Isnin, 3hb Januari lepas adalah hari pertama aku kembali berbasikal setelah sekian lama terhenti. Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku tidak berbasikal; hujan, sibuk dengan kerja, sibuk dengan aktiviti sosial (dating la ni) dan paling utama, malas. Bila tiba awal tahun, aku sedari butang seluar sudah semakin sukar hendak dipasang. Perut semakin membesar dan badan semakin berat. Tinggal enam bulan dan badan masih seperti badak air. Jadi aku mulakan kembali usaha untuk berbasikal, dengan tujuan utama untuk kembali sihat. Tujuan kedua, untuk kurus. Begini, tanpa senaman yang cukup, kamu buatlah apa saja pun, badan kamu yang besar tidak akan mengurus dengan elok. Kamu boleh diet, sila. Tetapi risiko yang bakal melanda adalah boleh membahayakan organ dalaman badan. Diet yang terkawal lebih baik daripada crash-course. Tetapi cara yang terbaik adalah tetap dengan senaman. Awal berbasikal dulu aku memang jaga pemakanan. Aku kira setiap kalori yang diambil dan aku sasar jumlah kalori yang t...