Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kembali!

Sudah hampir dua bulan aku tidak menulis di sini. Kekangan kerja dan hal-hal lain menjadi alasan kenapa. Sukar hendak mulakan kembali kalau sudah lama tinggal. Aku tidak tahu dari mana atau apa yang hendak aku ceritakan. Kalau difikirkan, ada banyak tetapi mana satu yang perlu aku dahului? Apa pun, ini ringkasannya. Qaseh Nurzahra kini berusia lebih enam bulan. Lebih spesifiknya, 6 bulan, 17 hari. Qaseh sudah boleh meniarap dan berpusing sana sini. Sudah sering tersenyum dan ketawa dengan setiap interaksi kita dengannya. Sudah pandai mengambil hari papa dan mamanya dan sudah pandai merajuk dan mencari helah terhadap sesuatu yang tidak disukainya. Qaseh juga sudah mula diberi makan bubur nasi dan makan-makanan lain. Itu perkara yang paling disukainya. Makan. Jika tidak berhenti disuap, dia tidak akan berhenti makan. Apa saja mahu disumbat ke dalam mulutnya. Sambil menonton televisyen, dia akan menggigit sesungut atau jemari patung ulat beluncas kegemarannya. Kerja aku sekarang juga lebi...

Penjara Bangsa

Kita masih dalam bulan kemerdekaan, ya? Tahun ini paling kurang aku terasa untuk menyambut atau menghayatinya. Punca paling jelas adalah apabila kemerdekaan dipolitikkan dan ditukar menjadi agenda untuk meraih sokongan secara politik. Tiada lagi nasionalisme atau patriotisme. Tinggal cuma politisme yang cenderung menjadi fasis dan sempit. Perpaduan kaum juga semakin luntur. Kita boleh hitung detik dalam sehari berapa lama kita berinteraksi dengan kaum selain dari kaum kita sendiri secara mesra, layaknya seperti sahabat karib. Kalau ada yang melakukannya, mungkin ianya terlalu sedikit. Aku tercari-cari bagaimana hendak disuburkan semangat perpaduan kaum jika saban hari di media dan perbualan rakyat berbaur perkauman. Aku tidak faham obsesi manusia dengan kaum. Aku tidak faham obsesi manusia dengan ras dan etnik. Ini kerana apa yang aku nampak cuma manusia, sama saja antara satu lain. Tidak ada kaum yang lebih tinggi nilainya dari kaum yang lain. Nilai manusia terletak pada individu itu ...

Aidil Fitri Di Dua Kuala

Tahun ini pertama kali aku beraya di perantauan, jauh dari kampung halaman. Tidaklah jauh mana, sejauh Kuala Kedah saja. Rumah mertua. Ikut 'turn' seperti yang aku dan Zura rancangkan. Nasib baik juga perjalanan menghala ke Kuala Kedah perlu melintasi Kuala Kangsar terlebih dahulu. Maka, sebelum hari raya, aku singgah di Kuala Kangsar menziarahi ibu. Qaseh & Opah Qaseh yang pada mulanya merengek apabila didukung oleh opah, lama kelamaan menjadi biasa dan senang bergurau senda dengan opahnya. Syukur. Sekurang-kurangnya terubat hati opah melihat cucunya. Bersama Zura & Qaseh di Kampung Sematang, Kuala Kedah Tidak ada bezanya beraya di Kuala Kedah dan Kuala Kangsar. Rutinnya tetap sama. Solat sunat Aidil Fitri, maaf memaafi dan kunjungi saudara mara sebelah Zura. Cuma istimewanya tahun ini kami berdua menerima begitu banyak sampul duit raya! Terima bagi pihak. :D Qaseh Berhari Raya Ratusan ringgit duit raya Qaseh sudah diamanahkan oleh Zura kepada aku untuk disimpan di dal...

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kadang-kadang bila kita duduk di kalangan orang yang kita tidak kenali, kita curi dengar apa yang mereka bicarakan. Bukan hendak menjaga tepi kain orang atau menyibuk tak tentu pasal, cuma ada kalanya apa yang mereka bicarakan sesama mereka itu menarik dan menyentuh hati kita. Tempohari di pintu surau pejabat, aku terdengar perbualan dua sahabat mengenai komputer Apple. Bila dengar saja Apple atau Mac atau OSX, telinga cepat saja jadi kuali untuk menangkap apa yang dibicarakan. Lebih kurang begini; "Mac ni kalau nak buat grafik atau design okay la... Power." "Aku nak guna main games dan buat kerja lain je." Mungkin persepsi ramai orang terhadap Mac adalah begitu; Mac untuk grafik dan design, Mac adalah uber-cool atau Mac adalah mahal. Apple IIe Aku secara serius menggunakan Mac sejak 2006. Aku kenal Mac sudah lama, sejak 1989 di maktab. Ketika itu ada Apple IIe di makmal komputer. Kemudian sekali lagi aku diperkenalkan dengan Mac pada penghujung kurun lalu. Aku terk...

Jalan Damai

Artikel sebelum ini aku menceritakan bagaimana aku harus mengorbankan salah satu minat aku iaitu menonton filem di pawagam setelah kehadiran cahaya mata dalam hidup ini. Ianya sebuah pengorbanan yang wajar. Jambatan di Tasik Raban, Lenggong, Perak Satu lagi minat aku adalah 'merayau-rayau' di hujung minggu. Aku kata 'merayau' kerana selalunya aku akan memandu kereta tanpa merancang destinasi terlebih dahulu. Aku ikut gerak hati ke mana saja aku mahu pergi ketika itu. Berbekalkan sebuah kamera, aku merakam saat-saat dalam perjalanan dan juga tempat di mana aku berhenti. Taman Tasik Taiping. Ianya cukup mendamaikan dan membuka luas pandangan mata ini ke sudut yang tidak pernah aku tahu ianya wujud sebelum ini. Ya, aku lakukan semua itu berseorangan, tanpa teman. Aku lebih selesa begitu kerana aku tidak perlu risaukan kehendak dan keadaan orang lain ketika itu. Aku tidak mahu orang lain terbeban dengan perjalanan yang sedang aku lalui ketika itu. Kereta yang banyak berjasa...

Salam Ramadhan

Selangkah Demi Selangkah - 4

Hidup ini perlu ada pengorbanan. Ada perkara perlu kita lepaskan pergi demi sesuatu yang lebih bermakna. Sudah dua bulan lebih aku tidak menonton filem di pawagam, suatu perkara yang paling aku suka lakukan sejak dulu lagi. Membaca review dan menonton trailer membuat hati berdetik dan tersentuh. Betapa dalam masa setahun hidup ini berubah dan berlalu begitu pantas. Mungkin buat masa ini aku masih terasa kehilangan nikmat itu. Lama nanti rasanya semua itu tidak akan dikisahkan lagi. Aku yakin hidup ini lebih gembira dan damai sekarang. Malam tadi ketika di atas katil sambil melihat si Qaseh lena di antara aku dan Zura, aku tersenyum. Biarlah segala perkara lain itu aku terlepas dan terpaksa tinggalkan. Aku ada si kecil ini yang menemani gelak tawa dan ceria hidup aku sekarang. Melihat Qaseh membesar sehari demi sehari merupakan suatu anugerah dan rakaman nostalgia hidup yang penuh bermakna. Penuh cerita-cerita baru yang selama ini aku tidak tahu akan aku laluinya nanti. Melihat si Qaseh...