Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2007

Salahkan Orang Lain

Tadi berbual-bual dengan Asyikin di YMS. Sudah lama tidak berbuat begitu. Sibuk mungkin. Kemudian aku katakan padanya yang sudah lama aku tidak hadiahkan bunga ros kuning. Itu yang dia suka. Ros kuning. Kalau orang bagi ros warna lain padanya, mungkin dia terima. Tetapi tidak segembira menerima ros kuning. Selesai berbual aku mencapai akhbar Kosmo! yang amat-amat jarang aku baca. Selak-selak kemudian terbaca perihal David Beckhman yang setiap hari tidak pernah miss (betul ke ni?) berikan bunga ros kuning kepada isterinya, Victoria. Hmmm... Ini teori aku. Maka bermula esok hari Asyikin bakal menerima kuntuman demi kuntuman ros kuning dari para peminat/pemujanya. Sudah pasti sekurang-kurangnya ada yang akan berbuat begitu. Mungkin juga di Malaysia ini akan kehabisan bunga ros kuning tidak lama lagi semata-mata orang ingin meniru keluarga Beckham. Ros kuning juga bakal naik harga nanti. Habis, macamana aku nak belikan untuk Asyikin? Bodoh punya Kosmo!

Town Boy di Amerika

Kenapa hidup sekarang tidak boleh menjadi semudah "Kampung Boy" dan "Town Boy" oleh Lat? Kenapa hidup sekarang penuh dengan kekeliruan tanpa jalan penyelesaian, malah tanpa jalan keluar? Pembaca di USA sedang sibuk memperkatakan mengenai "Town Boy" dan "Kampung Boy" oleh Lat. Malah salah seorang pengkritik disana telah menampilkan "Kampung Boy" sebagai komik terbaik untuk tahun 2006. Menarik bukan? Suasana hidup orang kampung yang digambarkan oleh Lat mendapat perhatian ramai di negara barat. Aku pernah lalui hidup cara begitu. Kenapa manusia, secara khususnya orang Malaysia pelbagai bangsa sekarang terlalu mengikut cara hidup yang lain dari norma hidup mereka sendiri?

Hari Ini Bahagia

Apabila melihat senyuman seseorang, hati ini menjadi gembira. Walau senyuman itu cuma hanya untuk seketika, cukup. Aku tidak perlu lebih dari itu. Kerana sekurang-kurang dihari yang sebegini cerah langit dan awan, dia ingat pada aku yang sebegini pudar. Maka apabila mengharapkan aku terserempak dengannya, aku sebenarnya bukan mengharap. Aku mahu lakukan dan aku lakukannya. Suatu kepuasan. Ianya mungkin tidak membawa maksud apa-apa. Tidak akan kemana-mana. Namun, untuk hari ini yang indah, ianya cukup sempurna. Aku tidak mahu memikirkan kemungkinan. Aku mahu hanya sebuah suasana yang damai dan aku milikinya sebentar tadi. Selepas dari itu, bahagia. :-)

Open House Dahulu Dan Sekarang

Tadi pergi Open House rumah office mate. Ada nasi briyani, ada spageti dan ada kuih-muih. Seperti biasalah untuk sebuah Open House hari raya. Sebenarnya aku tak berapa faham konsep Open House. Adakah ianya bermaksud, "Maka hari ini kami sekeluarga akan membuka pintu rumah kami untuk menerima tetamu dari pagi hingga petang atau mungkin malam dan anda boleh menikmati juadah hari raya sebanyak mungkin, duduk berbual-bual dengan kami atau mungkin bermain-main dengan anak-anak kami selama beberapa minit atau hingga anda fikir tuan rumah sudah berasa rimas dengan kehadiran anda untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Maka ini juga dimaklumkan bahawa hari-hari sebelum dan selepas dari hari ini, pintu rumah kami akan tertutup rapat dan kami tidak akan menerima kehadiran tetamu lagi. Sekian, terima kasih." Begitu mungkin maksudnya open house? Oh, seingat aku masa aku masih berhari raya suatu waktu dahulu, aku tidak pernah dengar Open House diadakan dikalangan orang-orang biasa...

Kebodohan ASTRO

Para penterjemah di ASTRO tu samada faham bahasa Inggeris atau buat-buat tak faham. Mutu penterjemahan amat teruk sampai kadang-kadang aku boleh tergelak membaca hasil terjemahan suatu adegan walau adegan tersebut adalah adegan sedih. "I got you" - dengan niat asal dalam cerita untuk memberitahu, "Saya faham" maka ASTRO dengan riang gembira menterjemahnya menjadi, "Saya dapat awak" Para penterjemah ASTRO, terjemah ni, "I'm an idiot!"

Siapa Yang Membuahkan Perkauman Sebenarnya?

Sebenarnya aku tidak suka berpolitik. Kalau boleh aku mahu membenci politik. Namun tidak pula aku seorang anarki. Politik adalah ciptaan manusia untuk membeza-bezakan pendapat dan fahaman dan mewujudkan dogma dalam hidup mereka. Politik sebenarnya cuba mewujudkan pengaruh, dan cuba mempengaruhi. Tidak kira apa jua fahaman; sosialis, demokrasi, kapitalis, fasict, liberal. Apa saja dan ianya mempunyai suatu niat yang antara sedar dan tidak, mempengaruhi corak hidup atau mungkin secara jelas fahaman itu dipengaruhi oleh corak hidup individu itu sendiri. Kenapa dan mengapa dia memilih fahaman tersebut adalah kerana faktor-faktor hidup yang dilaluinya. Tidak ada manusia yang mahu menyusahkan dirinya sendiri atau secara sedar menyusahkan diri sendiri. Manusia mahu senang. Susah payah yang dihadapinya jua adalah untuk mencapai kesenangan. Perit jerih hidupnya juga adalah untuk mencapai kesenangan. Ada ke manusia yang membina satu jalan yang akhir tujuannya untuk mencapai kesusahan dalam hidup...

Metroseksual Yang DiLanggar MetroBus

Semalam menghadiri majlis jamuan hari raya kementerian. Seperti biasa kementerian dalam kerajaan pasti akan mengadakan majlis jamuan hari raya dengan tujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama rakan sekerja dan orang ramai. Selalunya majlis ini akan diadakan di hotel-hotel dan dewan-dewan konvensyen yang besar. Makanannya pelbagai jenis dan sudah pasti tidak sedap. Katering, apa yang sedap? Serentak dengan majlis itu juga, diadakan majlis perpisahan KSU. Maka majlis kali ini adalah edisi bumper dan sudah semestinya masa yang diambil pun akan jadi bumper juga. Artis yang dijemput, Anita Sarawak. Wahh... Berapa banyak sistem kecantikan yang dia guna untuk nampak sebegitu muda? Takkan la tak buat apa-apa. Takkan la natural. Sudah semestinya mesti ada Botulinum Toxin (BOTOX). Tak apalah, duit dia. Persembahan yang seperti diduga untuk seorang artis seperti dia, baik. Kemudian bermulalah edisi sambutan perpisahan. Dimulakan dengan deklamasi puisi selama 7 hari 7 malam. Oh, sebelum itu, ada...

Mengenai Photoshop Brushes

Sekarang aku sudah jadi Photoshop Brushes fanatic. Perlu diingatkan bahawa aku adalah pengguna amatur maka kelibat aku terkinja-kinja kegembiraan temui brushes tidak perlu dihairankan. Ianya telah menyenangkan kerja aku dengan faktor 10 skala richter kerana selama ini aku terkial-kial mencari cara yang paling menarik untuk design sesuatu backdrop dan background agar kelihatan menarik dan boleh menyebabkan orang berkata "Wow!" walau cuma di dalam hati...

Mengenai Astro

Ahh... Apa lagi hendak diperkatakan dengan Astro. Yep, pretty much sums up everything... Hehe.

Mengenai Sunyi

Watak-watak sunyi dalam hidup ini sudah kembali. Sudah menari-nari depan mata mengajak aku bersama mereka menghadapi hidup yang suram. Aku tidak mahu memperdulikannya namun kerana orang disekeliling juga membisu diri, lalu turut serta membisu. Bukan kerana aku kecewa tetapi senang untuk aku berdiam diri dari menyibuk dengan hidup orang lain. Mungkin mereka juga rimas dengan suara dan sms aku kepada mereka. Maka, aku mahu diam sahaja. Harapnya mereka lebih bahagia begitu. Aku tidak bersedih pun. Kerana aku sudah terlalu letih untuk bersedih. Jadi aku biarkan saja.

Mengenai Hit Counter

Entah bila masa hit counter web ini sudah mencecah 9900 lebih. Ramai betul. Tapi mungkin juga sebab aku sudah guna hit counter yang sama sejak 2001 lagi. Lebih lama mungkin. Aku sudah lupa. Jadi selama itu kalau 9000 lebih orang yang datang berulang-alik mengunjungi web ini, kiranya sudah bagus kerana aku tidak menulis hal dunia. Aku cuma menulis hal aku.Mungkin aku perlu 70 tahun lagi untuk hit counter aku mencecah 90000 pula. Aku suruh anak cucu aku yang sambung nanti. :-)

Mengenai Blog

Ya, ianya telah menjadi komersial. frossonice.com pun sudah bermaksud komersial. Namun isinya tetap sama. Cuma aku perlu cari duit lebih untuk menyara diri sendiri. Jadi aku letakkan iklan-iklan dengan harapan ada yang 'terklik'. Satu klik aku cuma untung 0.05 sen. Tak sebanyak mana dan aku perlu ratusan klik untuk dapat duit. Hehe. Biarlah. Bukan harapan. Cuma mencuba.

Aku Tahu Macamana Raya

Sewaktu di kampung. Hari ke-3 berhari raya di kampung. Tiada apa yang menarik sama seperti hari raya yang lalu. Mungkin aku sudah terlalu tua untuk menikmatinya. Mungkin ini masih kawasan bandar. Maka kurang budak-budak kecil yang datang berderetan dari rumah ke rumah untuk berhari raya atau yang lebih penting mengutip duit raya. Kalau di kampung, hari raya ke-3 ini adalah sama seperti hari raya pertama kerana pasti ada budak-budak atau orang yang datang berhari raya. Maka kuih raya mesti banyak dan sentiasa ada. Lemang dan ketupat mesti sentiasa ada. Sekurang-kurangnya cukup sehingga hari raya ke-7 atau budak-budak sudah kembali ke sekolah. Aku pernah melalui fenomena berhari raya sebegitu semasa zaman budak-budak di Gerik. Sekitar hujung 70an dan 80an ianya perkara yang amat-amat biasa. Sekumpulan budak-budak berjalan kaki atau berbasikal akan singgah dari rumah kerumah untuk makan sebiji dua kuih dan kalau sedap akan tambah sekali lagi dengan harapan untuk dapat duit raya 10 sen ata...

Mengenai "<" dan ">" lagi...

Mengenai ' '. Aku belum habis bercerita. Sebenarnya aku tak faham dengan Disebabkan internet bersifat universal dan bergerak pada kelajuan cahaya atau gigabits per saat, informasi doktrin mereka itu mudah tersebar luas dalam sekelip mata. Maka > secara sekelip mata terpopular kerana penulisan rebelius mereka menongkah arus norma hidup melayu biasa (yang majoriti). Sementara > mentafsirkan diri mereka sebagai menjadi lain, keluar dari kekotak hidup dan cuba menjadi yang tidak biasa, secara membabi buta (kenapa babi jadi mangsa? - aku sebenarnya tak pernah tengok babi yang buta, babi kena virus nipah pernah la tengok). Maka > terus diangkat sebagai 'wira' sekiranya boleh digunakan perkataan itu dikalangan penyokongnya kerana tulisan non-kompromi mereka terhadap golongan (yang takde kena mengena dengan terhadap orang lain yang bukan . Maka orang seperti aku dan ramai lagi yang selalu dianggap oleh parti-parti politik sebagai pengundi atas pagar (walaupun aku ti...

Tutup Sementara

Ini tulisan terakhir sebelum aku tutup sementara blog ini. Aku sedang dalam proses berpindah ke domain baru, www.frossonice.com Maka setelah selesai perpindahan nanti, korang boleh terus saja taip alamat di atas untuk ke sini. Secara beransur-ansur nanti website ini akan menjadi sebuah website komersial yang antara lain akan menjual produk-produk seperti kraftangan tempatan bermula dari Kuala Kangsar seperti labu sayong dan songket tekad. Semua akan dijual secara online. Blog tetap akan diteruskan seperti biasa melalui website ini. Tetap ada. Jangan risau. :-) Cuma aku rasa sekarang aku perlu bergerak. Tidak lagi boleh berdiri mati disini melihat orang lain pergi sedang aku masih cuma menyimpan angan-angan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

"<" dan ">"

Seperti yang selalu aku sangka, dalam internet ini pasti akan ada seseorang yang mahu mengakui sesuatu itu adalah hasil usahanya, atau paling itu dialah yang mempengaruhi orang lain berbuat sedemikian. Contohnya seperti menulis blog dalam bahasa Malaysia, seperti yang diakui oleh orang INI . Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan kelibat penulis melayu yang menulis blog dalam bahasa Melayu. Ribuan ahli Geng Jurnal sejak wujud sejak dahulu. Cuma mungkin, mereka adalah terdiri dari amatur yang menulis dalam gaya bahasa Melayu sekolah, bukan Melayu universiti berfikiran lampauan imaginasi. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan oleh sesiapa sahaja melainkan orang mereka yang sentiasa egois yang dari sudut mereka adalah betul, orang lain adalah bodoh. Maka, mereka yang berkata-kata dalam lingkungan dasar Islam (golongan ). Mereka (>) ini akan menghentam sesiapa saja yang cuba menyuntik Islam ( ) atau cuba menegur tingkah perbuatan mereka (>). Menurut (>), apa yang mereka lak...

Aku dan Apple; 18 Tahun Lalu dan Kini

Ini dia. Inilah benda yang membuat aku meminati Apple sejak dahulu lagi. Sebuah komputer yang amat 'mudah' ianya seperti sebuah permainan. Ianya wujud dalam makmal komputer MRSM Balik Pulau dahulu dan hampir setiap pelajar pernah menggunakannya. Tidak perlu bersusah payah. Cuma hafal dan faham beberapa kod dalam bahasa pengaturcaraan Basic, cukup. Ianya amat hebat. Ketika menteri-menteri pendidikan negara-negara Komanwel melawat maktab, aku ada situ untuk mengendalikan salah sebuah komputer tersebut yang telah disiapkan dengan sebuah perisian asas geografi. Aku mengendalikannya. Aku cuma perlu masukkan disket liut 5.25 inci dan ON komputer. komputer terus membaca isi kandungan disket lantas memulakan program yang terdapat dalamnya. Cukup. 1 minit ianya selesai dan siap sedia. Monochrome saja warna yang terdapat di skrin komputer. Kawan dapat skrin warna. Tapi aku tidak peduli. Pastinya aku cukup senang hati dapat mempersembahkan kepada menteri-menteri tersebut apa yang telah ak...

Mengenai Yus

Inilah satu-satunya foto aku bersama Yus, ex-girlfriend aku semasa di universiti dahulu. Selama 4 tahun aku belajar di sana, selama itu juga aku bercinta dengannya. Lepas habis belajar, tidak lama kemudian putus. Sebahagiannya salah aku dan selebihnya salah dia. Tetapi tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain. Sebelum foto ini, dia tidak bertudung. Rambut lurus hitam dipotong layered gaya orang cina. Kalau sekali tengok pun macam orang cina juga. Masa awal dulu, tidak terlintas untuk aku bersama dia. Mungkin kerana memikirkan ianya masih awal belajar dan banyak perkara lain perlu aku lakukan. Malah mungkin, dia bukan dalam pandangan aku walaupun secara jujur, banyak-banyak perempuan dalam kelas, dia yang paling menarik. Pada malam qiamulail untuk majlis apa pun aku dah lupa, kami sedang mendengar ceramah agama. Dalam masjid, aku duduk dibelakang dalam kelompok orang lelaki bersama seorang kawan. Manakala orang pempuan duduk tidak berapa jauh dibelakang kami. Sedang kusyuk (konon) ...

Puasa Yang Dulu

Inilah suasana berbuka puasa di kampung bersama ayah, emak, adik beradik dan pakcik. Aku rasa ini gambar tahun 90an. Sudah lama. Aku pun tak pasti gambar ini diambil di rumah yang mana satu. Mungkin kuarters kerajaan sebelah stesen keretapi Kuala Kangsar. Selalunya pasti ada cucuk udang yang emak sendiri buat dan juga kadang-kadang bubur. Semua orang dalam keluarga sudah ada tempat masing-masing untuk duduk dan makan. Ayah pasti di tengah mengadap TV. Emak pasti dipaling hujung berhampiran dengan air minuman. Aku pastinya di hujung lagi satu atau di mana saja ada ruang. Sebenarnya sejak aku berumur 14 tahun, aku amat jarang berada di rumah. Aku bersekolah jauh dan selepas SPM, terus aku sambung merantau bekerja di Kuala Lumpur. Jadi kalau sekali sekala balik, emak akan sediakan makanan yang lebih banyak. Biasanya ayah pada jam 5 petang akan keluar dengan motosikal bersama salah seorang adik aku atau berseorangan untuk ke pasar ramadan membeli kuih muih, lauk dan air. Selebihnya emak ma...

Untuk Lily

Ini Lily. Seorang kenalan lama yang suatu ketika dahulu cukup rapat dengan aku. Semasa dia belajar di USM dahulu, aku sering kesana, satunya untuk bertemu dia dan selebih dari itu, aku memang suka Pulau Pinang. Tempat aku sendiri belajar suatu masa dahulu. Aku dari Kuala Lumpur akan menaiki bas atau tren malam dan sampai di Butterworth awal pagi. Kemudian terus aku naik bas mini ke USM. Di sana nanti aku akan singgah di masjid USM untuk mandi. Kemudian bertemu Lily. Kami akan jalan-jalan sekitar Pulau Pinang. Sayangnya aku tak pernah bawa dia ke Balik Pulau, tempat aku belajar. Sekarang dia sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Aku terkenangkan masa lalu di masa aku begitu senang dengannya. Banyak juga salah aku terhadap dia. Semenjak aku sibuk kerja di sini, aku amat-amat jarang menghubungi dia. Hingga ulang tahun hari lahirnya tempohari aku lupa. Tak mengapalah, hilang di pandangan. Takkan hilang dalam kenangan.

Spageti Melayu

Semalam berbuka makan spageti berperisa cendawan pedas. Si Lea, member dekat rumah aku cakap kalau nak makan spageti, belikan daging, cendawan dan sos prego apa-apa perisa, spageti sudah ada. Jam 5 petang aku berjalan ke Jusco yang hanya 5 minit dari rumah. Ramai orang. Cari daging cincang. Mulanya nak ambil daging kambing. Tak jadi. Kemudian tengok daging lembu. Kenapa beza harga besar sangat padahal lebih kurang sama saiz? Rupanya ada dua jenis. Satu daging tempatan dan satu daging Australia. Terfikir nak guna daging Aussie tapi fikir-fikir balik, takat nak letak pada spageti je. Tak payah la. Jadi aku ambil daging tempatan saja. Kemudian cari cendawan. Susah juga cari cendawan butang. Tak pasti mana satu yang halal. Hatta cendawan butang cap Ayam pun halalnya diragui. Jadi aku settle dengan satu cap yang kurang glamer tapi halalnya dari JAKIM. Mungkin benar. Cari sos spageti segera. Prego la jawabnya. Terpinga-pinga aku lihat pelbagai perisa yang terhidang depan mata. Mana satu nak ...