Sebenarnya aku sedang merancang untuk mengusung kamera SLR digital pejabat untuk merakam suasana pilihanraya. Perlu aku ingatkan, walaupun aku kerja kerajaan, aku nonpartisan. Jadi tidak perlu fikir gambar apa yang aku akan tumpukan. Aku mahu rakamkan sepanduk, poster dan papan iklan parti-parti politik yang aku fikir menarik dan amat-amat membosankan. Kalau terserempak, mungkin aku boleh ambil gambar pemasang poster. Atau ahli-ahli politik sedang berkempen. Itu yang aku mahu lakukan. Tapi entah bila ada masa untuk aku lakukan semua itu. Banyak masa aku habiskan di pejabat. Selasa depan aku perlu ke Port Dickson untuk menjadi urus setia (sekali lagi, ejaan yang betul) kursus selama 8 hari. Mungkin aku perlu ada 48 jam sehari...