Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

TV Baru Untuk Menimba Ilmu Baru

Televisyen baru kami, inshaAllah. Panasonic Viera TH-L42U30K dipilih kerana pertama, Zura boleh beli pada harga diskaun (yang agak banyak. :D) dan kedua, ada fungsi network dan WiFi. Jadi bila nanti mahu sambungkan ke internet, tiada masalah. Syukur juga kerana kami boleh bayar secara ansuran bulanan tanpa faedah (interest free). Bukan guna kad kredit tetapi kerana Zura ada seorang bos yang sangat Islamik, walaupun beliau beragama Hindu. Bos Zura menegah kami membeli secara ansuran di kedai seperti Courts atau Seng Heng kerana kedai-kedai ini mengenakan kadar faedah yang tinggi dan itu membazir katanya. Bos Zura ini walaupun seorang yang berbangsa Tamil, tetapi semangat 1Malaysia sangat kuat. Kami berkunjung ke rumah terbukanya semalam. Dia awal-awal lagi memesan makanan secara katering dari syarikat katering halal. Gelas dan pinggan mangkuk pakai buang digunakan. Tetapi apa yang menarik adalah apabila melihat kawan-kawan anak bongsunya datang beramai-ramai. Mereka ada orang India, Cin...

A Thousand Years

Christina Perri - A Thousand Years A dedication for my beloved wife, Maszura Ahmad who keep telling me that I'm not as loving as before. Dear, I love you so much and I think this song can explain it more than I can show it to you. <3

Mad World

Gary Jules - Mad World All around me are familiar faces Worn out places, worn out faces Bright and early for their daily races Going nowhere, going nowhere Their tears are filling up their glasses No expression, no expression Hide my head I want to drown my sorrow No tomorrow, no tomorrow And I find it kinda funny I find it kinda sad The dreams in which I'm dying Are the best I've ever had I find it hard to tell you I find it hard to take When people run in circles It's a very, very mad world mad world Children waiting for the day they feel good Happy Birthday, Happy Birthday And I feel the way that every child should Sit and listen, sit and listen Went to school and I was very nervous No one knew me, no one knew me Hello teacher tell me what's my lesson Look right through me, look right through me And I find it kinda funny I find it kinda sad The dreams in which I'm dying Are the best I've ever had I find it hard to tell you I find it hard to take When people r...

Bakal Ibu

Zura dengan Haziq, anak saudara. Semenjak Zura mengandung, dia selalu kurang sihat. Alahan biasa ketika mengandung. Ada waktunya, balik dari kerja dia terus tertidur kerana sakit kepala, kepenatan atau perut berasa kurang selesa. Pergerakan juga terbatas. Biasanya di rumah, Zura akan menggosok pakaian kerja di waktu malam atau waktu subuh hari. Ada waktu jika dia langsung tidak larat, aku membantu menggosok pakaian kerja. Ini bukan masalah langsung. Dulu waktu bujang aku lakukannya sendiri. Sekarang skil masih belum hilang. :D Begitu juga dengan kerja dapur, kecuali memasak. Aku tidak memasak. Kurang tahu. Jadi tugas aku biasanya adalah mengemas dapur setelah Zura tidur. Aku tidak lakukan waktu dia masih terjaga kerana dia pasti akan datang ke dapur dan melarang aku melakukannya. Waktu dia tidur, aku cuci pinggan mangkuk. Esok pagi dia mengeluh kerana aku lakukan semuai itu. Ini bukan masalah langsung. Dulu waktu bujang aku lakukannya sendiri. Sekarang skil masih belum hilang. :D Ya, a...

Jalan Lain (Memberi Respon di Facebook)

Selalu baca status wall orang di Facebook? Ada yang sangat menarik dan ada yang sangat bodoh. Apa pun, itu perasaan mereka dan mereka luahkan agar dikongsi bersama dengan orang lain, sekurang-kurangnya dengan orang yang dikenali mereka. Kita boleh komen apa yang mereka perkatakan, betul? Kadang-kadang aku dapati komen yang ditulis begitu negatif dan seperti menghukum. Entah kenapa. Mungkin manusia senang untuk memalukan orang lain dengan cara begitu. Aku pun pernah melakukannya. Tidak, aku tidak mohon maaf. Sebaliknya aku berdiplomasi. Memberi maksud yang positif kepada kenyataan asal yang negatif. Janganlah malukan diri sendiri balik. Sebaik-baiknya guna kebijaksanaan anda, jika perlu. Namun begitu, ada juga manusia yang menggunakan Facebook (atau laman sosial lain) sebagai tempat melempiaskan perasaan marah, bengang atau kecewa mereka. Lebih sukar hendak dimengertikan apabila mereka secara langsung mengaitkan pihak yang mereka marah, bengang atau kecewa di dalam post mereka di wall. ...

Pergi Kerja, Balik Kerja

Selesai kerja di petang Jumaat. Kita berhujung minggu lagi. Aku dan Zura masih belum ada perancangan khusus di hujung minggu nanti. Melihat keadaan Zura, aku lebih selesa berada di rumah saja. Biar dia rehatkan diri setelah penat bekerja sepanjang minggu. Zura sering mengadu kerja di pejabatnya sangat banyak. Biasanya petang jumaat begini, sama ada aku akan balik awal, seawal mungkin. Atau aku akan balik lewat menjelang maghrib. Puncanya, aku mahu mengelak kesesakan jalanraya sepanjang LDP, terutama di Puchong berhampiran IOI Mall. Hujung minggu kereta lebih banyak dari biasa. Mungkin orang lain mahu cepat pulang ke rumah atau ada destinasi lain yang hendak dituju. Sesak di LDP, perkara biasa - Foto MStar Rimas memandu sebenarnya. Jika ada pengangkutan awam yang efisien, sudah lama aku menggunakannya. Dulu ketika HQ pejabat ini terletak di PJ, aku berulang alik dari rumah di Kerinchi dengan LRT. Mudah dan cepat, walaupun kadang-kadang LRT boleh jadi bengap tak tentu pasal. Namun begitu...

Tukar!

Ada perbezaan? Ya, aku sudah tukar template baru. Template Dynamic View ini merupakan template terbaru Blogger. Ada banyak limitasi buat masa sekarang. Skrip pihak ketiga (Nuffnang dan lain-lain) masih belum boleh digunakan apabila kita guna template ini. Tetapi aku yakin Blogger akan menambahbaik tidak lama lagi. Aku terus guna template ini kerana dirasakan lebih menarik dan sesuai dengan peredaran masa dan kehendak pembaca. Ianya lebih mudah digunakan. Kekurang tersangat banyak. Kamu sendiri boleh tengok, bukan? Ianya masih terasa basic. Tidak mengapa. Lebih elegan. Secara rasmi, Selamat Datang Ke Laman Web Ahmad Sharidan, Versi ke-11 (2011 - 2012)

Kereta Impian - Jika Tiada Halangan

Tempohari aku bercerita mengenai kereta, http://frossonice.blogspot.com/2011/10/kereta-ku-lari-gagah-berani.html Masalahnya, semua orang ada impian. Takkan nak pakai Kancil sampai pencen. Hendak juga beli kereta lain, jika berkemampuan. InshaAllah. Kalau ada rezeki, bolehlah usahakan. Lagipun sekarang aku sudah berkahwin. Perjalanan balik kampung yang dulunya tidak lebih 300km, sekarang sudah jadi hampir 600km. Sehala. Namun begitu, jika bajet tidak menjadi halangan, kereta apa impian aku? Aku boleh kata Ferrari, Lamborghini atau Lotus. Tetapi kereta begini tidak praktikal untuk pergi balik kerja sehari hari. Maka sekiranya wang bukan halangan dan ianya tidak melampau batas, ini beberapa kereta idaman aku. Maklum juga kereta yang aku senaraikan ini adalah yang sedang dipasarkan sekarang dan seboleh mungkin, ada dijual di Malaysia. Kereta Pergi Kerja - Volkswagen Polo TSI Kenapa? Purata penggunaan petrol adalah antara 5.3 - 7 liter per 100km. Cukup bagus. Sebenarnya aku mahukan yang ber...

Salut Untuk Seorang Genius

Aku ingat-ingat lupa bila pertama kali aku berkenalan dengan komputer Apple. Seingat aku sewaktu 1989, ketika tingkatan 2 di MRSM Balik Pulau. Ketika itu MRSM sudah mempunyai makmal komputer sendiri dan setiap orang pelajar didedahkan dengan pengetahuan mengenai komputer. Sebelum itu aku sudah berjinak-jinak dengan komputer di rumah seorang sahabat dan menyertai kelab komputer di sekolah. Apple IIe Kebanyakkan komputer di makmal tersebut adalah terdiri dari jenis IBM AT, tetapi ada beberapa buah komputer Apple II/IIe (seingat aku). Malah, jika tidak salah, ada Apple Macintosh dan mungkin Lisa. Kami diajar menggunakan bahasa pengaturacaan mudah seperti Basic dan Logo. Jangan tanya, aku sudah lupa semua itu. Tetapi sangat menarik apabila kami dapat menghasilkan arahan-arahan mudah melaluinya. Lama selepas tamat belajar dan selepas habis universiti, barulah aku bertemu kembali dengan sebuah Mac. Ketika itu Mac tidak ada bezanya dengan komputer lain yang ada; monitor, CPU, keyboard dan mou...

MS Anking

Aku pernah menulis mengenai sebuah kapal bernama Anking di dalam post aku sebelum ini, Rahsia Diari Atok MS Anking Kapal Anking atau nama rasmi MS Anking pernah digunakan pada awal 1950an hingga pertengahan 60an sebagai kapal haji. Kapal inilah yang digunakan oleh arwah moyang aku, Abdullah bin Kechil untuk pulang setelah menunaikan haji di Mekah. Beliau meninggal dunia di atas kapal tersebut pada 11 Julai 1958. Cacatan kematian moyang oleh atok di buku catatan beliau. MS Anking dibina di United Kingdom pada tahun 1949 sebagai sebuah kapal pelayaran/perdagangan laluan Hong Kong - Singapura - Malaya.  Kapal MS Anking ini mempunyai sebuah kapal kembar, diberi nama MS Anshun. MS Anshun dibina pada tahun 1950 di Hong Kong dengan tujuan yang sama, pelayaran/perdagangan. MS Anshun, Kembar Anking di pelabuhan Singapura. MS Anking, dicat warna putih (warna pengendali kapal haji, Blue Funnel Line) ketika musim haji.  Pada tahun 1953, kedua-dua kapal ini telah digunakan oleh pemerintah ...

Kereta Ku Lari Gagah Berani!

Aku memandu sebuah Perodua Kancil ke pejabat setiap hari bekerja. Perjalanan sejauh lebih 25km dari Bandar Sunway ke Putrajaya aku lalui seorang diri. Jadi pada fikiran aku, Kancil adalah kenderaan yang sesuai untuk jarak perjalanan dan jumlah isi pengguna di dalam kereta tersebut. Maksud aku, tidak perlu memandu sebuah MPV besar untuk ke pejabat jika setiap masa ianya hanya akan diisi dengan orang manusia. Perodua Kancil - Working Man Hero. Aku dan Zura sejak awal kenal sering berkata bahawa akan tiba masa kami memerlukan sebuah kenderaan baru. Zura mahukan sebuah MPV kerana mudah untuk membawa barang dan mungkin, membawa saudara mara ke sana sini. Praktikal dan berfikir secara logikal. Aku lebih sukakan sebuah kereta saiz sederhana kerana memikirkan 90% daripada masa penggunaan kereta itu nanti, aku atau Zura akan bersendirian memandunya. Proton Exora - pilihan ideal keluarga sederhana. Lagi pun, biras aku sudah membeli sebuah Proton Exora walaupun anak masih seorang. Nampak selesa d...