Aku sudah beli sebuah kamera digital SLR (akhirnya!). Walaupun setakat kamera entry-level, ianya sudah cukup baik untuk aku buat masa sekarang. Tidak perlu ucap selamat datang untuk aku ke dunia SLR. Aku sudah guna SLR sejak 1991. Kemudian hiatus 10 tahun dan sekarang sambung balik. Aku beli sebuah kamera SLR digital jenama Canon, model 400D. Sebenarnya tidak lama lagi akan keluar model 450D dengan enjin Digic 3 yang jauh lebih bagus. Tetapi aku fikir ianya takkan mampu untuk aku beli, jadi baik aku settle dengan entry-level canon ini. Pejabat aku sendiri menggunakan 350D jadi menggunakan 400D, tidak ada masalah. Cuma tiada lagi skrin monochrome tambahan di atas skrin LCD. Resolusi piksel juga sudah bertambah ke 10.2. AF point juga sudah bertambah dari 7 ke 9 point. Kemudian ada Custom WB shift yang aku ingat 350D memang takde. Ini lebih senang untuk aku guna. Sebenarnya aku hendak dapatkan lensa ini, Canon Zoom Lens EF24-105 IS USM. Tapi, harganya cukup mahal untuk aku batalkan saja n...