Suatu masa dahulu, aku adalah antara golongan yang pasti akan kritik apa saja projek mega yang kerajaan buat. Bagi aku semuanya itu merugikan dan ada baiknya disalurkan kepada yang lebih memerlukan. Sehinggalah aku diajar berfikir secara kreatif dan keluar dari kotak. Buka tempurung yang menutupi aku dan lihat dengan lebih jelas keadaan yang sebenar. Sekarang aku faham kenapa dan aku tidak akan sewenang-wenangnya mengkritik apa saja projek mega yang dilaksanakan tanpa memikirkan positif dan negatifnya terlebih dahulu. Dahulu orang persoalkan kenapa perlu Jambatan Pulau Pinang sedangkan feri sudah ada dan ianya nampak membazir. Memang betul awalnya aku nampak tidak ada yang baik kerana sewaktu pertama kali melaluinya, kos tol adalah mahal dan amat kurang kenderaan melaluinya. Cuba kamu laluinya sekarang. Oh ya, orang Pulau Pinang pasti tidak sabar-sabar menantikan siapnya jambatan kedua. Sebenarnya aku fikir secara pembinaannya, nasib baik kerajaan tidak bertindak membina jambatan jenis...