Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Sesudah Reunion - Part 5

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Saat-saat meninggalkan Pulau Pinang aku rakam sebagai tanda ingatan. Detik-detik feri bergerak meninggalkan jeti Raja Tun Uda membawa aku mengimbau kenangan lalu. Kenangan yang akan aku semat sepanjang usia ini. Ah, seperti dahulu. Bangunan tinggi itu sebagai tanda, dari jauh aku melihatnya dan menunggu tiba. Ya, aku pasti akan kembali lagi kesini.

Sesudah Reunion - Part 4

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Menjelang malam, Majlis Makan Malam 89ers pula diadakan di Hotel Copthorne Orchid. Ianya lebih mesra dan tidak formal. aku cuma berbaju T merah dengan gambar Clone Trooper dan berseluar jeans. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar. Selebihnya aku lebih banyak berbual-bual dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu. Tidak perlu aku bersusah payah mengambil gambar kerana sudah ada jurufoto dan juruvideo yang ditugaskan untuk mengambil foto. Aku cuma ambil beberapa yang perlu. Tidak ada apa yang lebih penting malam ini dari bertanya khabar berita sahabat lama. Ada yang melucukan hendak dibicara kerana setiap ketika pasti ada kedengaran hilai tawa mereka. Separuh dari kita tidak mengenali antara satu sama lain. Ada yang cuba mengagak dan cuma mengingatkan kembali wajah-wajah yang nyata sudah berbeza dari apa yang kita ingat suatu masa dahulu. Jadi biasanya perbualan pasti akan bermula begini, "Aku ingat muka hang, tapi nama da...

Sesudah Reunion - Part 3

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Sebelum aku sambung dengan majlis makan malam 89ers, aku mahu bawa kamu ke tempat lain sementara waktu. Aku pasti kebanyakkan ex-MRSM BP yang lelaki masih ingat dengan masjid ini. Masjid paling hampir dengan maktab. Kalau masa di sana dulu, ada yang cuba datang awal ke masjid hanya semata-mata mahu menikmati makanan yang disedekahkan ke masjid. Kalau tidak dapat nasi, pulut atau kuih, cukup sekadar beberapa biji pisang. Masjid ini kecil dan biasa di hari Jumaat ianya akan dipenuhi oleh pelajar maktab. Selebihnya orang kampung sekeliling. Aku pernah kesitu sewaktu cuti semester dan memang kosong. Pekan Balik Pulau. Hujung sana berhampiran dengan bulatan ada stesen bas lama yang kita guna untuk menunggu bas membawa kita ke Georgetown atau balik ke maktab. Penang Yellow Bus sudah lama menamatkan perkhidmatan mereka. Tiada lagi bas kuning dengan pemandu ala F1. Pekan Balik Pulau sekarang semakin sesak. Kalau dulu, kita masih boleh berjalan san...

Sesudah Reunion - Part 2

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Sebelum kamu baca (kamu yang bertaraf MRSM BP 89ers), aku ingatkan dulu; kamu sepatutnya datang dan tidak perlu aku bersusah payah membuat kamu cemburu. Kamu ingat, kita bermula di sini? Suatu ketika dahulu ianya tidak seindah begini. Ianya cuma dinding biasa dan tulisan nama maktab yang menjadi 'penjara' kita selama lebih kurang 4 tahun. Kini selepas 25 tahun, ianya memang gah. Seperti gahnya gerbang di pintu masuk MRSM Balik Pulau. Kerana anak-anak didiknya juga adalah mereka yang begitu bangga berpeluang untuk belajar di sini. Kau dan juga aku. Kamu juga pasti ingat dewan besar ini. Seperti kota yang teguh berdiri, sehingga kini setiap kali aku melihatnya, aku sentiasa bayangkan bahawa ianya kota yang amat berkuasa. Cuma sekarang semua yang terlihat di maktab dirasakan lebih kecil dari dahulu. Mungkin kita sudah besar... dari segi fizikal. Heh. Nash : "Aku ingat curam segitiga Shaari ni dulu lagi tinggi..." Itu dulu Na...

Sesudah Reunion - Part 1

KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU Lewat sikit aku upload gambar-gambar reunion. Maaf la ye. Aku pun baru balik dari kampung semalam dan harini baru boleh upload. Itu semua yang ada. Entah kenapa aku kurang ambil gambar. Mungkin teruja dengan suasana. Atau mungkin tergamam tengok si Zain dengan gaya jurufoto profesionalnya. Satu pengalaman yang menarik dan tidak akan dapat dilupakan. Aku masih belum mahu menceritakannya lagi. Biar kamu lihat dulu gambar-gambar yang ada dalam link di atas. Kemudian baru aku bercerita.

Nostalgia Lalu

Lusa reunion ex-student MRSM Balik Pulau batch 89. Atau lebih glamer digelar ex-MRSM BP 89ers. InsyaAllah aku akan menyertai mereka nanti. Tapi ke Maktab aku masih tak pasti. Rasanya malas tapi teringin pula nak ambil gambar. Naluri fotografi aku tiba-tiba mengajak aku kesana. Puncanya sedang aku asyik membelek-belek majalah Nostalgia, aku terlihat gambar aku sedang memegang sebuah kamera SLR jenama Nikon. Entah, aku sudah lupa modelnya. Tapi itu adalah kamera maktab dan aku ketika itu adalah jurufoto maktab. Sepatutnya aku berterima kasih kepada Amron Roni kerana dia mengajar aku teknik-teknik asas fotografi. Kalau tidak memang aku langsung tak mahir menggunakan kamera SLR. Ada beberapa shot yang aku ingat memang aku yang ambil. Tapi aku masih tidak boleh lupa si Joke, ketua editor Nostalgia merosakkan segulung filem kerana sedikit masalah peribadi. Marah pun ada tapi aku disabarkan oleh Amron. Tak, aku tak berdendam. Ketika itu saja yang aku marah. Aku asyik membelek-belek Nostalgia ...

Kakak & Adik Angkat Semasa Di MRSM BP Dulu

Aku teruskan lagi dengan agenda MRSM Balik Pulau. Sehari dua ni aku sibuk mencari kakak dan adik angkat aku. Aku jumpa seorang dua. Kak Musratulniza Mustaffa ( Link FaceBook ) adalah kakak angkat aku sewaktu aku form 2 sehingga form 3. Sekarang dia bekerja sebagai setiausaha Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) . Aku tak rapat sangat dengan Kak Mus. Mungkin sebabnya aku masih tak faham konsep adik angkat, kakak angkat ni. Aku masuk maktab dan memang aku sebenarnya tak kenal langsung dengan Kak Mus. Tapi kalau tak silap aku, masa minggu orientasi tu, beliau adalah mentor untuk kumpulan aku. Entah, aku tak ingat sangat cerita aku dengan dia. Memang tak rapat sangat pun. Aku masih mencari dua orang kakak; seorang adalah kakak angkat, kak Rafizah yang amat baik dengan aku dan seorang kakak yang minta aku jadi abang angkat dia, kak Hasnizah, orang Perlis. Kali terakhir aku terserempak dengan dia semasa pertengahan 90an di Kompleks PKNS Shah Alam. Kak Rafizah memang aku langsung tak jumpa...

Minggu Ini Aku Hanya Bicara Mengenai Reunion MRSM Balik Pulau Sahaja

Koleksi Reunion MRSM Balik Pulau 2003   Kiranya minggu ini tema blog aku adalah Reunion MRSM Balik Pulau. Ikutkan memang ada banyak lagi gambar semasa reunion 2003 tapi letih aku nak mencari. Jadi aku masukkan apa yang ada depan mata. Bila teliti balik gambar-gambar ni, aku nampak satu zaman yang sudah terlepas dari kita. Semalam aku lihat orang-orang yang berlainan dari yang pernah aku ingat 5 tahun yang lalu. Mungkin pada waktu itu usia masih muda (belum 30an) dan darah masih panas. Tapi sekarang aku lihat kebanyakkan dari mereka sudah cool dan sudah tenang hidupnya (aku tak pasti la yang restless di dalam). Kiranya sudah matang, mungkin. Kalau 5 tahun dahulu boleh kita lihat beberapa orang yang judgemental terhadap orang lain, tapi semalam tidak lagi. Semalam yang hadir adalah mereka yang begitu senang bertemu sahabat-sahabat lama seperjuangan. Mungkin sewaktu dinner nanti banyak yang diceritakan adalah mengenai keadaan hidup sekarang. Pastinya ada yang masih mahu mengimbau kenangan...

Alumni MRSM BP

Semalam lewat petang, sempat aku bertemu rakan-rakan lama MRSM Balik Pulau. Tujuan utama adalah untuk mengambil baju alumni yang ditempah tidak lama dulu. Hujung minggu ini ada program sambutan ulang tahun MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang. Aku datang semalam sudah lewat, tidak sempat berbual dengan semua orang. Kebetulan aku bawa kamera dan ada seorang pakar turut bersama semalam. Jadi aku serahkan pada dia untuk ambil gambar. Aku nak tengok hasil dan teknik dia. Memang cantik dan hidup suasana gambar; seperti di atas. Aku dapat inspirasi baru dalam fotografi.

Cliche Hujung Minggu

Hidup ini semakin cliche. Hujung minggu berpusu-pusu orang ke kompleks membeli belah, taman-taman awam, sungai, pantai dan rimba untuk 'bersantai'. Bersesak-sesak di lokasi tersebut dan entah apa yang mereka cari. Tenangkah mereka dalam kesesakan orang ramai?

Masjid Putrajaya

Aku memerhatikan pembinaan Masjid Putrajaya atau lebih dikenali sebagai masjid besi dari jendela pejabat. Ianya terletak lebih kurang 200 meter daripada bangunan JPN. Terpapar di satu sudut dalam tapak pembinaan adalah jumlah hari yang tinggal untuk masjid ini siap. Tadi aku nampak cuma tinggal 72 hari saja lagi. Tidak lama, lebih sikit dua bulan. Apabila siap kelak, menjadi lebih mudah bagi aku dan lain-lain umat Islam di sekitar Presint 2 hingga 4 untuk menunaikan solat.   Kebetulan pula aku ada gambar masjid besi ini dari sudut yang sama aku telah rakam kira-kira setahun yang lalu. Menarik apabila melihat perubahan yang berlaku sepanjang waktu tersebut. Putrajaya ini masih ada masa yang panjang lagi untuk betul-betul membangun. Aku tidak peduli dimana pihak kamu berdiri mempersoalkan kebaikan dan keburukan pembinaan Putrajaya. Boleh dikatakan setiap minggu aku menemui sesuatu yang baru di sekitar Putrajaya. Baru saja aku temui pantai berpasir berhampiran Alam Warisan di Presint 6, P...

Kad Kahwin (Orang Lain Punya)

Ini Contoh kad undangan perkahwinan terbaru yang aku buat untuk seorang member. Aku fikir untuk Aidil Fitri nanti aku mahu buat jualan kad raya fully customize. Tapi terhad saja. Aku tak larat nak print banyak-banyak. Nanti aku siapkan design asas, InsyaAllah.

Apple Keynote (Lebih Cool Daripada PowerPoint)

Jarang-jarang menulis sekarang. Satunya kerana kekurangan idea. Lainnya kerana aku berjanji tidak akan berbual hal politik lagi, maka tiada sumber untuk aku berbicara. Malah selepas ini, aku juga tidak mahu lagi berbual hal politik di rumah atau di mana-mana saja. Itu protes aku tentang keadaan politik di Malaysia sekarang. Sepanjang minggu ini sibuk dengan persembahan slaid untuk pelawat-pelawat yang mengunjungi JPN. Mereka datang dari dalam dan luar negeri. Maka bahasa slaid juga berbeza untuk pelawat-pelawat tersebut. Mungkin ianya menjadi agak mudah kerana aku mengguna perisian Apple Keynote 3.0 yang lebih efisien daripada PowerPoint. Mungkin juga aku menggunakan iMac, membantu menyempurnakan tugas aku dengan lebih selesa. Seperti tadi, sedang sibuk bos memberi kata-kata aluan, aku tersedar dalam slaid tidak diletakkan jadual atur cara seperti yang dikehendaki beliau. Sedang muka pertama slaid sudah siap terpapar di skrin. Nasib baik sebelum pelawat datang aku sudah buat setting wa...

Putrajaya - Pengangkutan Awam & Libur

Aku sudah lebih 3 tahun bekerja di Putrajaya. Banyak perubahan yang aku nampak. Sebelah pejabat sudah sibuk mesin-mesin bergema mendirikan kompleks bangunan komersial. Mungkin ianya komplek bangunan komersial swasta yang pertama di Putrajaya. Lebih spesifik lagi di kawasan pulau. Ya, Putrajaya ada pulau. Bermula dari Kementerian Kewangan dan Putrajaya Holding berhampiran masjid Putra hingga sebelum jambatan berhadapan PICC adalah pulau yang dikelilingi oleh tasik buatan. 3 tahun dulu, untuk kemana-mana di Putrajaya ini amat sukar. Bas memang terlalu sedikit dan menjelang senja, perkhidmatan bas sudah habis. Tiada langsung bas dari luar yang datang ke Putrajaya. Hinggalah pertengahan 2005 baru bas Sri Indah dan Metro mengadakan perkhidmatan dari KL ke Putrajaya. Sekarang, aku boleh anggap perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya hampir lengkap. Bas sentiasa ada walaupun ada waktunya terpaksa tunggu lama. Kita kena faham dengan karenah pemandu perkhidmatan awam di Malaysia ini. Mereka...

Jejak Cikgu

"cikguzul berkata... Assalamu'alaikum Sharidan, Found you while surfing the net! Dunia menjadi semakin kecil dalam zaman IT. Menghubungkan silaturrahim menjadi semakin mudah. Saw your post about me. Thanks. Baca-baca juga beberapa posting di sini terutama yang berkaitan dengan MRSM BP. Yang berkenaan dengan merry-go-round dan rahsia-rahsia yang berkaitan dengannya, baru dapat tahu hari ni... tempat tu memang bukan tempat pilihan untuk buat spot check... Insya-Allah will be there in BP for the Nostalgia 25 tahun on 26 Julai. Hope to see you there! Best regards, Cikgu Zul. cikguzul@tm.net.my" Tak sangka juga bila seorang bekas cikgu telah mengunjungi blog aku dan meninggalkan komen. Seorang itu lebih menarik kalau beliau adalah cikgu motivasi yang sentiasa menarik perhatian semua pelajarnya. Cikgu Zul singgah ke blog aku dan meninggalkan jejaknya. Terima kasih. Mungkin lepas ini aku perlu menulis dengan lebih baik. Aku sudah bosan untuk menulis apa saja yang melibatkan poli...

Jadi Media Yang Bertanggungjawab

Ya, masih mengenai Utusan Malaysia dan media arus perdana melayu lain. Kalau kamu buka mata setakat 10% saja, aku fikir pasti jualan kamu akan meningkat jauh lebih tinggi dari sekarang. 10% saja, tidak banyak. Kamu tahu, orang tidak mahu kamu jadi media seperti Harakah, Rocket dan Suara Keadilan. Semua itu adalah media-media arus politik. Orang ramai mahu kamu jadi media yang liberal, berada di tengah-tengah dan sepatutnya menjadi suara rakyat (bukan suara Pakatan Rakyat). Kamu sebagai media arus perdana perlu kritis dan perlu tepat dalam menyampaikan maklumat. Orang Malaysia tidak tinggal di atas pokok lagi (seperti orang barat selalu anggap dulu-dulu). Orang kampung pun sudah tahu apa itu Google dan apa itu Wikipedia. Orang kampung juga sudah lama tahu apa itu blog dan ramai juga mereka yang ada blog sendiri. Aku tidak kata kamu perlu jadi media yang kerjanya kritik kerajaan yang memerintah sepanjang masa. Tapi kamu perlu jadi media yang proaktif, kritis dan bebas dari pengaruh polit...

Akhbar Melayu Perosak Bangsa

Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar Melayu yang amat bodoh. Mungkin wartawan-wartawan dan ketua editor mereka adalah budak sekolah tadika yang diambil bekerja atas alasan, mereka takkan melawan cakap orang tua. Kamu menghina diri sendiri tau tak, Utusan Melayu? Bila orang seluruh dunia heboh mengenai kampung tergadai, kamu sibuk berceritakan mengenai Pak Kadok tak pakai seluar dalam. Bila orang seluruh dunia heboh mengenai Luncai yang terjun dengan labunya, kamu sibuk berceritakan mengenai ikan yang nampak Luncai dalam air. Ah, kamu Berita Harian pun sama. Jangan bagi aku ulas pasal Metro dan Kosmo! Kamu memang berniat untuk karatkan pemikiran orang-orang melayu ye? Atau memang kamu ada tugas yang amat besar iaitu merosakkan pemikiran orang melayu supaya mereka tidak boleh berfikir dengan waras dan hari-hari perlu baca akhbar mengenai kejadian aneh, kes-kes seks dan cerita mengenai buah betik yang berbuah di dalam... Kamu tahu apa pengarang-pengarang dan ketua editor Utusan Malaysia (...

Kamu Pergi Tengok Orang Melayu Di Bukit Bintang!

Kelmarin aku ke Low Yat di Bukit Bintang. Mencari kertas Matte Art Double Sided untuk printer. Aku mahu cetak kad jemputan perkahwinan, bukan aku punya. Aku park kereta di Berjaya Times Square dan berjalan ke Low Yat. Sepanjang jalan aku lihat budak-budak melayu yang aku pasti hampir semua dari mereka itu berumur tidak lebih daripada 20 tahun. Ada yang mundar-mandir dan ada yang melepak di sepanjang tepi bahu jalan. Dulunya aku fikir ini perbuatan pendatang-pendatang asing di Chow Kit dan Kotaraya saja. Rupanya anak melayu kita juga berbuat perkara yang sama, cumanya di Bukit Bintang. Kemudian aku terfikir. Patutlah kaum bukan melayu marah sangat dengan orang melayu perihal hal meritokrasi, ketuanan melayu dan hak-hak istimewa orang melayu. Bila kamu berada disitu melihat anak-anak melayu kita dalam keadaan begitu, aku tak fikir sesiapa yang waras sekalipun yang mahu mempertahankan meritokrasi, hak-hak istimewa dan ketuanan melayu. Kita sepatutnya tidak layak langsung untuk bangun dan ...

Malam Semalam

Across The Universe

Words are flying out like endless rain into a paper cup They slither while they pass They slip away across the universe Pools of sorrow waves of joy are drifting thorough my open mind Possessing and caressing me Nothing's gonna change my world Nothing's gonna change my world Nothing's gonna change my world Nothing's gonna change my world Images of broken light which dance before me like a million eyes That call me on and on across the universe Thoughts meander like a restless wind inside a letter box they tumble blindly as they make their way across the universe Nothing's gonna change my world Nothing's gonna change my world Nothing's gonna change my world Nothing's gonna change my world Sounds of laughter shades of life are ringing through my open ears exciting and inviting me Limitless undying love which shines around me like a million suns It calls me on and on across the universe Nothing's gonna change my world Nothing's gonna change my world...

Apa Polis Anggap Pada Orang Ramai Yang Berpiket?

Polis memberi amaran agar orang ramai tidak berkumpul hujung minggu ini untuk menyertai tunjuk perasaan mengenai kenaikan harga minyak di Petaling Jaya. Pertamanya, ini negara bebas. Orang ramai boleh pergi kemana-mana sesuka hati mereka. Ini bukan negara polis walau hakikatnya polis di Malaysia amatlah berkuasa. Keduanya, apa kena dengan polis di Malaysia ni? Kamu lihat, kalau parti politik pro-kerajaan nak buat piket atas jalan tengah Kuala Lumpur, dibiarkan saja. Itu orang-orang parti politik. Sedangkan yang hendak membuat tunjuk perasaan hujung minggu ini adalah NGO. Jadi NGO tidak boleh berpiket tapi parti politik boleh, walau di luar waktu berkempen pilihanraya? Ada beberapa lagi alasan tidak masuk akal yang selalu dikeluarkan oleh orang besar dalam polis. Bila ditanya kenapa serang dan bertindak kasar terhadap orang ramai yang berpiket, jawab mereka untuk melindungi anggota polis. Apa? Gila apa? Kerja polis untuk melindungi orang ramai, bukan untuk melindungi polis. Bukan ke pol...

Hanya Billionaire Tinggal Di Zimbabwe

Kamu tak percaya? Lihat cek dan resit di bawah. Tengok berapa harga sebotol air mineral. Realitinya, Zimbabwe sedang mengalami inflasi yang teruk hinggakan US$1 Dollar sama dengan Z$1 Billion Dollar matawang Zimbabwe. Sini di Malaysia pun tidak mustahil boleh berlaku sekiranya kerajaan sekarang tidak pandai mengurus ekonomi negara. Ramai orang sudah mula risau dengan keadaan ekonomi negara tapi peliknya akhbar dan media masih menyebarkan berita bahawa ekonomi Malaysia sedang rancak berkembang dan inflasi masih rendah. Apa yang baik kalau semua harga barang meningkat naik dan kos hidup makin meningkat? Kamu pemberita tinggal di mana? Dalam zoo?

Windows XP Dalam Mac OSX

Setelah beberapa lama mengidam, akhirnya aku guna juga Parallel Desktop 3.0. Hasilnya aku telah boot Windows XP seperti gambar atas dalam Mac OSX. Tapi beratnya, masyaAllah. Terasa sikit pula guna 1GB memory ni. Aku berkira-kira untuk memohon kepada pengurusan supaya dapat upgrade sekurang-kurangnya 1GB lagi memory. Bukan untuk Parallel saja, tapi untuk program lain yang aku jalankan. Kenapa aku mahu guna Parallel Desktop sedangkan Mac OSX sudah cukup? Sebenarnya ada beberapa software yang aku perlu guna tapi tidak ada untuk OSX. Jadi alternatifnya samada aku guna sebuah PC lagi di sebelah atau guna BootCamp/Parallel Desktop. Aku malas guna PC kerana letih dengan virus. Aku malas guna BootCamp sebab aku terpaksa restart iMac setiap kali aku perlu guna. jadi aku guna Parallel, senang. Tapi paling penting, aku kena upgrade memory...

Fernando Torres, Sepanyol Dan Liverpool F.C.

Sepanyol menjuarai Kejohanan Bolasepak Negara Eropah (Euro 2008) di Vienna kelmarin hasil jaringan pemain Liverpool, Fernando Torres. Aku anggap pasukan yang sepatutnya menang telah menang dan aku puas hati. Sepanjang kejohanan berlangsung, hanya Sepanyol yang aku nampak bermain dengan begitu cantik dan berseni. Seperti melihat Brazil bermain bolasepak. Maka, wajar Sepanyol dianggap sebagai Brazil Eropah, bukannya Crotia atau Portugal. Malah buat masa sekarang, Sepanyol adalah lebih baik daripada Brazil dari segi seni permainan bolasepak mereka. Jauh lebih cantik dan lebih hebat. Aku tengok pertandingan kelayakan Piala Dunia 2010 Zon Amerika Selatan dimana Brazil telah ditewaskan oleh Paraguay. Aku agak hairan ketika itu, adakah betul pasukan Brazil yang sedang bermain atau kelab divisyen 2 mereka. Sekarang dengar pula khabar angin mengatakan beberapa pemain utama Sepanyol berminat untuk mewakili Liverpool. David Villa berminat katanya tapi harga beliau adalah terlalu tinggi untuk Live...