Apa yang dicari dalam hidup ini? Empat hari lagi bakal menjelma tahun 2008. Semakin dewasa hidup ini, semakin pantas masa berlalu. Hingga tidak terasa musim yang dilalui, kini menjelma pula musim yang baru. Sebenarnya aku sudah penat. Penat mengejar bayang-bayang hidup dan penat bermain-main di gigi air sedang yang indah hanya wujud nun di tengah sana, yang langsung tidak akan dapat aku capai. Aku penat berusaha secara jujur untuk memperolehi sesuatu kerana kejujuran aku itu akhirnya dilihat sebagai gangguan oleh orang lain. Aku penat berjalan dan mendengar kata-kata mereka sepanjang jalan itu yang bila tiba di penghujung simpang, mereka berlalu saja meninggalkan aku terus berada di situ. Aku penat memberi sesuatu kerana pemberian itu tidak pernah dilihat lebih dari sebuah penghargaan semata-mata, bukan suatu pengharapan. Kecewa? Tidak. Aku tidak kecewa. Tidak sama sekali. Aku cuma penat. Itu saja. Sudah tidak ada istilah kecewa dalam hidup ini sejak lama dahulu. Sudah pudar dengan sec...