Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008

Makan

  Gambar di Restoran Seri Melayu Ahh... Makan. Kau tahu betapa aku sudah bosan dengan McDonald's, KFC dan restoran makanan Pantai Timur depan rumah. Aku bosan dengan Pizza Hut, Kenny Roger's Rooster, Secret Recipe, Burger King, Port Aroma (satu lagi restoran makanan melayu), Carl's Jr. dan segalanya yang aku selalu makan. Aku mahu makan sesuatu yang berlainan. Mungkin ketam. Atau mungkin laksa Kuala Kangsar (realitinya laksa Penang tapi 10 kali lebih menarik dan sedap). Atau mungkin lemang. Cucur kodok yang emak aku goreng. Aku sudah bosan makan makanan melayu yang sebenarnya dimasak dan resipinya dari Indonesia. Gulai? Ya, gulai yang aku kenal memang langsung tak sama dengan gulai yang terjual di restoran dan gerai-gerai makan di lembah Klang. Kurma daging? Yeah, suck big way. Makanan yang ada di lembah Klang ini rasanya lebih banyak cliche dari yang sebenarnya. Nasi lemak? Okay, nasi ye, lemak? Takde kot. Roti canai? Kali terakhir aku makan roti canai dan memujinya ada...

Membuang Yang Lama, Menunggu Yang Baru

Aku membuat keputusan untuk menjual PC lama aku. Sudah amat lama usianya, lebih dari 2 tahun menghampiri 3 tahun. Sebuah mini pc jenama Biostar iDeq (seperti gambar di atas) dengan prosesor AMD Sempron 2200+, 768 DDR RAM, 80GB HDD, DVD Writer, PowerColor ATi Radeon 9550 256MB Graphics Card dan Creative Sound Blaster! Live Sound Card. Ikutkan harga keseluruhan semasa itu mungkin mencecah RM2000, tidak termasuk monitor LCD ViewSonic 15 inci berharga RM600 semasa aku beli dahulu. Mouse wireless A4Tech dan Keyboard Genius. Mungkin kalau dibuat penilaian harga, bakal cecah RM2200. Aku jual kepada seorang sahabat baik dengan harga RM500. Itu nilai realiti sekarang. Aku tak boleh untuk naikkan harga semata-mata mengikut harga pasaran yang aku beli lebih 2 tahun dahulu. Tidak masuk akal. Itulah realitinya nilai sebuah PC. Murah. Beli mahal, jual balik memang akan jadi amat-amat murah. Malah kalau aku tunggu lagi beberapa tahun, mungki langsung tidak bernilai. Cuma, PC ini asalnya bukan aku p...

Asyikin & Secret Recipe

Semalam aku tak ke pejabat. Aku bercuti kerana sakit. Sakit perut. Seperti biasa yang orang semua tahu, sakit perut bukan sakit yang berpanjangan. Jadi menjelang tengahari perut sudah okay. Cuma aku tak perlu ke pejabat. Jadi aku ke Kuala Lumpur. Lebih jelas lagi ke KLCC. Lebih jelas lagi aku bertemu Asyikin. Cukup sukar untuk bertemu dengannya namun apabila bertemu, ianya suatu yang menenangkan fikiran. Sesuatu yang damai dengan hanya melihat wajah cerianya. Bila waktu cerianya, seluruh alam jadi terang dan tenang. Seperti mendengar lagu Michelle nyanyian The Beatles atau Hey There Delilah nyanyian Plain White T's. Jadi aku cuma perlu diam dan dengar kata-katanya. Seperti menikmati suara merdu sambil menikmati makanan di Secret Recipe. Itu saja. Kerana paling utamanya dia amat-amat menghargai apa yang kita berikan padanya biarpun sekecil perkara. Aku bukan peminat Secret Recipe namun untuk tenang dan damai sambil berbual dengan orang yang aku amat hargai, Secret Recipe sudah cuk...

Bio-Fuel

Aku sebenarnya ingin menulis mengenai bahan bakar bio (bio-fuel). Entah kenapa. Aku rasa aku ada satu teori yang agak menarik. Mungkin orang lain sudah memikirkannya tetapi aku masih tidak jumpa mengenainya. Lagipun, baik sekali sekala aku selitkan dalam ruang blog ini mengenai bicara ilmiah, walaupun ianya cuma sebuah pandangan umum. Seperti yang kita tahu, bio-fuel (ini lebih senang disebut) sekarang mendapat perhatian yang amat serius dari segenap pelusuk pemikiran dan pemerintah. Malah di negara-negara barat sudah pun wujud stesen-stesen bio-fuel untuk kegunaan umum. Aku tidak mahu membicarakan mengenai penggunaannya. Aku cuma mahu berbicara mengenai kesan alam sekitar yang bakal dibawa bersama sekiranya bio-fuel ini diterima oleh orang ramai. Pertamanya, mungkin berlaku peningkatan terhadap penanaman tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan bio-fuel, seperti contoh di Malaysia, kelapa sawit. Kalau buat masa ini kelapa sawit lebih digunakan sebagai bahan masakan, kini, sya...

Kotak Kosong

Kotak posting ni sudah terbuka sejak dari pagi dan aku tidak menulis apa-apa pun sehingga 15 minit selepas jam 6 petang. Itu maknanya aku tidak ada idea untuk menulis. Habis.

Laman Web Lama

Tengok ini, Halaman Web Ahmad Sharidan Versi 3.2 Sudah amat-amat lama, lebih 8 tahun lalu. Aku temui semula setelah separuh malam aku mencarinya. Tengoklah zaman bodoh IT aku.

Keluh

Sudah berapa jauh aku berjalan? Terlalu jauh dan sering kali aku lalui liku-liku yang perit untuk dilalui lagi. Bila kali terakhir hati ini benar-benar tenang? 10 tahun lalu mungkin bila arwah Kak Nor masih ada untuk aku berbual-bual dengannya tentang kehidupan. Bila kali terakhir aku menyesali perbuatan yang aku telah lakukan? Apabila aku melihat potret-potret bahagia insan-insan yang pernah aku kenali dan kini berada begitu jauh dari aku. Kenapa aku masih mencari setelah sekian lama? Kerana aku terlalu sensitif dan memilih. Aku akui jua akhirnya. Aku sentiasa mencari kesempurnaan dalam apa jua keadaan, sama seperti hasil-hasil kerja aku. Sedang sempurna itu hanya di mata. Adakah begini akhirnya hidup ini? Mungkin. Mungkin bersendirian tanpa arah dalam mengejar bayang-bayang yang berlari meninggalkan aku. Aku tahu aku meletakkan sasaran yang terlalu tinggi dalam hidup ini hingga menyusahkan diri aku sendiri. Sebenarnya semua ini kerana wang. Aku tidak punya cukup wang walau untuk hidu...

Dataran Selera

Rupa-rupanya cerita mengenai makanan di MRSM Balik Pulau dalam post aku bertajuk Membuang 83 Gram Sehari  perhatian member-member yang pernah belajar di sana dahulu. Sesiapa pun takkan dapat melupakan pengalaman makan di Dataran Selera (DS) sama seperti mereka (terutama lelaki) yang takkan dapat melupakan Kak Zah, salah seorang pekerja di DS. Seingat aku dahulu, masa awal form 2 semasa belajar di sana, kami sebolehnya akan cuba berlari ke DS setiap waktu makan tiba untuk berdiri di barisan hadapan sekali menunggu makanan dihidangkan. Satunya nak dapat makanan yang masih panas dengan pilihan yang banyak. Keduanya hendak mengelakkan dari kena ragging oleh senior suruh ambil itu ini dan kena potong Q . Yang kedua itu yang selalu dalam fikiran ketika itu. Pelajar senior biasanya makan di baris belakang berhampiran dengan laluan dari Blok A. So , kalau hujan, memang naya bila lalu situ. Masing-masing akan cuba jalan dengan laju sambil menunduk kepala untuk mengelak dari dipanggil oleh ...

Sakit Kaki

Tumit kaki aku sakit. Sakit gila. Nak berjalan pun agak susah. Ini bukan sakit baru, sudah berlaku sejak sebelum aku ke Cameron Highlands tempohari. Tambahan pula semasa di Cameron, aktiviti yang dilakukan agak lasak dan aku perlu sentiasa berjalan dan berlari kesana kemari, ini menambahkan lagi rasa sakit pada tumit aku. Nasib ketika di sana aku guna kasut sukan yang bertapak lembut, bukan kasut kerja. Di pejabat, aku cuma pakai sandal Rider aku yang ada gel di bahagian tumit. Ini mengurangkan rasa sakit. Tapi kalau aku berkaki ayam di rumah, memang pedih tumit aku. Semalam pula aku pergi berjogging, memang cari nahas. Sampai sekarang rasa sakit pada tumit kaki masih ada. Jalan pun terhencot-hencot. Aku perlu kurangkan bergerak buat sementara waktu. Nasib baik aku tidak diarahkan kemana-mana buat masa sekarang. Boleh duduk saja di pejabat dan rumah.

Membuang 83 Gram Sehari

Agak rumit untuk menggunakan WordPress kiranya aku tidak dapat menggunakan web address sendiri dan di rumah aku tidak boleh mengaksesnya. Amat rumit untuk aku tinggal setelah sekian tahun. Jadi aku kembali kesini buat sementara waktu (sementara masalah Streamyx di rumah dapat diselesaikan) sehingga WordPress benar-benar selesa untuk digunakan. Aku tukar serba sedikit paparan blog ini bersesuaian dengan tahun yang baru ini. Warna hanya sedikit dan tiada iklan seperti yang dahulu. Aku akan tukar lagi sekiranya aku fikir perlu. Buat masa sekarang, blog ini akan jadi begini, simple . Entah apa yang aku cari sebenarnya. Aku fikir aku akan temuinya tidak lama lagi namun tidak lama itu mungkin lebih lama dari yang aku sangkakan. Kemudian semakin hari aku semakin mengalami halangan mental untuk menulis dan menceritakan sesuatu di sini. Aku mahu kurus. Itu sebenarnya mungkin. Kerana aku sudah bosan dengan gemuk dan bersusuk tidak menarik untuk aku sendiri pandang. Namun semangat untuk ...

Untuk Kamu Tahu

Harus kamu tahu selama ini dia sentiasa ada disisimu. Menunggumu sepanjang masa dan entah untuk berapa lama lagi. Kamu harus tahu, kamu sepatutnya menyayangi dan menghargai orang yang menyayangi dan menghargai dirimu, seperti dia. Kamu tidak sepatutnya tinggalkan dia bisu dan terdiam di situ menanti kamu dalam diam dan bisunya itu. Kamu juga seharusnya tahu bahawa apabila tiba masa nanti selepas kamu terlewat, dia akan meninggalkan kamu tanpa salam perpisahan. Kamu akan berdiri di situ mencari dan pastinya kamu tidak akan temui lagi dia atau yang seperti dengannya.

Apple MacBook Air

Apple MacBook Air... speechless.

Hujan

Taman Tasik Titiwangsa. Petang hujan lebat. Walaupun hanya menggunakan kamera digital murah, aku berjaya mengambil gambar sebuah pemandangan yang aku fikir amat indah di sebalik hujan lebat yang turun ketika itu.

Tidak Sengaja Bersembunyi

Ceritanya, Aku fikir aku mahu berubah ke server Wordpress kerana lebih menarik dan lebih santai di sana rasanya. Lalu aku tukar segala DNS di dalam setting domain name aku ke server Wordpress supaya dalam masa 2 hari, aku boleh persembahkan blog baru kepada pembaca. Tidak pula aku sedar di Wordpress, untuk menggunakan domain sendiri, aku perlu membayar 10 kredit setahun dan barulah ianya diaktifkan. Sedang aku sudah pun copy dan paste DNS Wordpress ke setting DNS domain aku tanpa aku save DNS asal yang menuju ke Blogspot. Akibatnya, selama 2 hari juga blog aku tidak dapat di akses oleh sesiapa pun termasuk sendiri. Aku sedar sehari lepas dan cuba perbaikinya dengan membuang redirecting www.frossonice.com ke Blogspot di setting Blogspot. Bodohnya aku tidak membaca dengan teliti cara yang sepatutnya aku lakukan hingga ke saat tadi. Sekarang blog ini kembali dari persembunyian yang tidak sengaja. Tetapi kamu tidak boleh terus menaip www.frossonice.com untuk kesini. Aku terpaksa menunggu r...

Lights-Off

Ingat masa sekolah dahulu, semasa di asrama waktu malam sebelum tidur? Ini khusus untuk orang yang pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh atau sekurang-kurangnya sekolah yang ada asrama pelajar. Cukup susah hendak tidur. Kalau kita tahu lights-off jam 11 malam, maka itulah masa paling susah hendak lelapkan mata, kecuali kamu terlalu letih. Masa aku form 2, warden MRSM Balik Pulau memang seorang yang garang. Cikgu Hamid namanya. Biasanya grill pintu akan dikunci menjelang lights-off untuk mengelakkan student keluar masuk tak tentu pasal. Jadi bila jam 11 malam je, lampu akan terpaksa dipadamkan tapi suara-suara masih bising. Kalau ada jeritan suruh diam pun, datangnya dari brader Hislimas atau brader Akram Shah, anak Sanusi Junid (brader lain aku sudah lupa nama mereka) suruh diam. Diam saja, bukan suruh tidur. Memandangkan setiap kubikel tidur kami ada lampu sendiri, maka cara paling mudah untuk terus berjaga ialah pasang lampu tersebut dan selubungnya dengan kain, biasanya tu...

Ya, Ini Untuk Kamu!

Kamu dapat rasakan sesuatu yang berbeza apabila seseorang cuba mengelak dari kamu. Perlakuan dan sifatnya berbeza. Kata-katanya juga berbeza. Apa saja yang dibuat lebih senyap dari yang sepatutnya. Kamu sedar apa yang mereka lakukan itu terhadap kamu namun kamu seperti di awangan; tidak pasti apa yang sebenarnya sedang berlaku, apa akibatnya. Ya, kamu yang cuba menjauhkan diri; orang sedar akan perbuatan kamu itu. Aku sedar. Jadi tidak perlu berselindung di sebalik cliche kehidupan. Kamu tidak perlu berselindung. Sebaiknya kamu beritahu saja yang kamu ingin menjauhkan diri dari orang yang kamu ingin jauhi. Tidak perlu manis dengan kata-kata. Kerana aku tahu apa yang kamu cuba lakukan. Kamu tidak mahu dipersalahkan kemudian hari nanti. Kamu tidak mahu menjadi orang yang berlabel pemutus persahabatan atau apa jua hubungan. Kamu mahu jadi dewa/dewi yang tidak bersalah dan sebaliknya meletakkan salah itu di pihak lain. Tidakkah kamu berasa kejam? Tidakkah kamu merasa orang yang kamu mahu ...

Zaman Universiti

Koleksi gambar-gambar aku semasa belajar di UiTM Shah Alam awal 90an lalu. Depan bengkel perkayuan di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) dengan Dillah (lelaki..), coursemate aku. Aku ambil Teknologi Perkayuan, tapi sekarang ni rasanya sudah hampir 5 tahun tidak bertukang. Bersama-sama coursemate aku yang lain menuju ke bengkel perkayuan di FRIM untuk kerja-kerja praktikal membuat cement board, particle/fibre board dan chip board. Kelas kami biasanya di adakan pada Jumaat petang hingga malam dan pagi Sabtu hingga petang. Tengok aku sebelah kiri bercermin mata, kurus kan? Sekarang bayangkan aku sekali ganda saiz tersebut. Semasa camping di hutan UiTM Pahang di Jengka. Biasalah, kalau dah couse perkayuan, mesti ada camping dan masuk hutan. Kami masuk hutan seminggu dan bertapa di sana. Segalanya kena buat sendiri sebab kiranya macam survival la. Best sebab bukan pergi sikit-sikit orang. Sekali pergi sampai 50 orang. Ramai. Kalau pergi sikit-sikit, apa bestnya?

Banding 1982

Gambar keluarga aku bersama arwah atok semasa di lebuhraya timur-barat dalam tahun 1982. Masa itu komunis masih berleluasa. Anytime boleh kena tembak atau kena culik. Tapi kami beranikan juga untuk berhenti tepi tasik banding dan bergambar. Kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, rumah Pak Ngah aku di sana. Aku yang berdiri berbaju belang di tengah.

Asyikin

Wallpaper Asyikin. Adobe Photoshop CS2. 1024x768. Japanese Foliage brush & Stalk brush. Jangan menggatal nak copy!

Yus

Inilah Yus...

Fikiran Singular Dalam Dunia Majmuk

Selalu ada situasi di mana kita suka 'melonggokkan' sekumpulan manusia atau objek dalam golongan-golongan dan gelaran-gelaran tertentu. Contohnya orang melayu malas, kereta Proton tak bagus, orang India jahat, orang Cina kaki judi, kaunter kerajaan servis teruk dan macam-macam lagi. Bukan saja layman macam aku dan kamu, malah golongan pemikir dan orang yang perasan bagus pun selalu berbuat demikian. Entah kenapa ianya berlaku tapi mungkin kerana manusia malas hendak berfikir. Nah, aku sendiri telah melonggokkan manusia sebagai golongan yang malas berfikir. Akibatnya persepsi manusia lain yang membaca penulisan kita menjadi tertumpu semacam jarum dengan andaian-andaian yang kita lakukan. Aku kurang suka keadaan begini. Kerana ianya bersifat tidak adil dan sedikit sebanyak berlaku diskriminasi dalam kehidupan. Apa hak kita hendak merangkumkan sesuatu golongan dan objek kepada satu kesimpulan mudah sedang kita sendiri punyai corak hidup yang kompleks dan tidak sama antara satu sam...

Drama & Masa

Aku sepatutnya sudah ada post baru lebih kurang 3 hari lepas dan juga kelmarin. Akhirnya aku cuma ada yang ini, dua hari sesudah tahun baru 2008. Sudah habis lapuk segala yang hendak diperkatakan beberapa hari yang lepas. Tapi biar aku ceritakan juga. 29hb yang lalu di JPN ada pertandingan dramatari JPN peringkat kebangsaan. Hampir semua negeri mengambil bahagian. Inilah pertama kali ianya diadakan dan bertemakan Merdeka, sempena 50 tahun merdeka. Akhirnya team dari ibu pejabat Putrajaya menang dan aku tumpang gembira sebab aku salah seorang tenaga kerja yang terlibat secara langsung. Tugas aku jadi penata bunyi dan visual. Aku siapkan mixing lagu untuk persembahan dan juga video slide show yang bermain di latar belakang semasa lakonan dijalankan. Seronok mendapat pujian hasil kerja yang bermutu dan hebat. Puas juga walaupun amat sibuk dengan tugas lain. Ini sebenarnya bukan pertama kali aku terlibat dalam pementasan baik dramatari atau drama. Semasa di MRSM Balik Pulau dahulu, aku se...