Sebentar lagi aku akan pulang ke kampung halaman. Ya, kampung halaman. Susah sebenarnya hendak aku definisikan maksud kampung halaman. Sejak berumur 14 tahun, aku telah jauh dari kampung halaman. 20 tahun hidup di perantauan. 20 daripada 34 tahun usia aku ini dihabiskan jauh dari kampung halaman. Aku tidak ada ramai kawan di kampung halaman. Aku tidak ada teman karib. Aku tidak pernah ada teman istimewa di sana. Aku tidak sempat untuk menikmati saat-saat itu. Jadi, entah benar atau tidak tafsiran aku mengenai kampung halaman ini. Aku sentiasa anggap kampung halaman aku adalah Gerik, Perak. Kerana separuh usia muda aku bersama keluarga aku habiskan di sana. Dari usia 10 hingga 13 tahun, aku berada di Kuala Kangsar setelah mengikut keluarga berpindah. Lebih kurang empat tahun. Kemudian merantau jauh. Maka kadang kala amat sukar hendak aku terima Kuala Kangsar sebagai kampung halaman. Aku tidak pernah lama di sana. Kalau aku balik ke Gerik, aku sentiasa rasakan ianya adalah kampung. Seben...