Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

1957 Hati Me'layu'

Semalam aku menonton 1957 Hati Malaya karya Suhaimi Baba. Okay, aku faham kenapa filem ini hancur di pawagam. Setiap lima minit ada perkataan merdeka. Dan untuk mewujudkan emosi di dalam filem ini, pelakon terpaksa berpura-pura faham apa itu perjuangan pejuang kemerdekaan masa lalu. Maksud aku, kamu boleh lihat di riak muka mereka yang mereka tidak faham apa yang mereka sedang lakonkan. Kemudan, apa kes Suhaimi Baba dengan Kavitha Sidhu, Maya Karin, Man Bai dan lain-lain pelakon generic beliau? Ada kontrak berlakon bersama selama-lamanya ke? Aku respek lakonan Che Kem (watak Tunku Abdul Rahman) tetapi rasanya beliau terlalu berlebihan cuba menjadi watak Tunku hingga kadang-kadang kamu tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kata-katanya. Malah, ada masanya, seperti tiada emosi yang timbul dek kerana terlalu obses meniru suara dan lagak Tunku. Bila ada selingan iklan, ada promosi filem Sarjan Hassan yang akan ditayangkan malam ini. Bila kamu lihat Hati Malaya kemudian disogok dengan Sar...

Malaysia Membangun Ke Belakang?

Kenapa ya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mengaku gah dengan MSC dan dasar internet yang terbuka tetapi akses kepada internet terlalu terhad terutama dari segi kelajuan internet? Thailand di sebelah utara mempunyai kelajuan internet sekali ganda lebih tinggi dan Singapura di selatan, tidak perlu diceritakan. Buat malu kita saja. Ada agenda tertentu pihak kerajaan untuk mengawal internet melalui kelajuan? Entah. Tapi kalau kita buang faktor itu, kita boleh lihat sebenarnya berpunca daripada dasar monopoli TM serta kurangnya akses orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat lain. Pelik juga penyedia perkhidmatan internet di Malaysia lebih suka tertumpu di Lembah Klang dan bandar-bandar besar sahaja. Manakala kawasan luar daripada itu terpaksa berpuas hati dengan perkhidmatan internet Streamyx dengan kelajuan 150kbps, cuma tiga kali ganda daripada modem dail-up biasa. Kalau dasar ini berterusan, maka dalam masa lima tahun dari sekarang, kedudukan kita sebagai negara ...

Sekejap

Buka puasa di kampung senja tadi. Banyak aku makan, kecuali nasi. Hanguslah diet tak rasmi aku. Naik balik berat badan. Tidak mengapa. Sekali sekala. Esok sekali lagi. Esok kalau cuaca secantik siang tadi, aku mahu berfotografi sekeliling Kuala Kangsar, insyaAllah. Senaman tu... p/s: Ira, nak ambil gambar apa?

Hari Ini Aku Kembali Seperti 11 Tahun Lalu; Bahagia

Bila bersama dia, walau apa jua rasa amarah aku terhadapnya sebelum ini, semuanya pudar berganti senyum ceria paling bahagia. Kamu tidak boleh biarkan rasa hati kamu yang panas membara membakar suasana damai bersamanya. Ianya tidak berbaloi berbanding setiap senyuman yang diberikannya. Mungkin, sedikit mungkin, atau biar cuma seperti debu, harapan itu masih ada. Kerana mungkin juga aku lupa bagaimana rasanya perasaan ini dulu. Lupa bagaimana layanannya. Namun aku rasa ada sedikit berbeza dari yang biasa aku alami. Ada, itu aku sedar. Dia sendiri seperti mahu dekat. Seperti mahu memberitahu sesuatu. Atau, itu semua masih permainan ilusi di bawah sedar. Tapi apa jua keadaan, sepanjang masa tadi bersamanya adalah seperti yang aku mahukan ianya berlaku selama ini. Kalau selepas ini ianya berlangsung lebih dari ini, aku bakal jadi manusia paling bahagia. Terima kasih, kamu...

Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Masjid Besi atau nama rasminya, Masjid Sultan Mizan sudah pun siap kira-kira seminggu lalu. Aku yang bekerja seratus meter dari masjid ini masih belum berkunjung. Biasalah, kalau sudah dekat, lagi liat hendak ke situ. Semalam cuaca siang begitu cerah dengan awan memutih. Kebetulan aku bawa kamera. Lalu aku rakam beberapa shot dalam mod warna dan hitam putih. Dari jauh seperti sudah siap sepenuhnya. Berlatarkan awan memutih dan langit yang membiru, ianya agak tenggelam kerana reka bentuk masjid ini dari luar tidak "grand" seperti Masjid Putra. Tiada menara, tiada kubah kecil yang banyak. Cuma sebuah kubah besar besi berkilat di atas bumbung. Dari dekat, masih kelihatan kerja-kerja pembinaan masih belum siap sepenuhnya. Kongsi di tapak binaan masih wujud dan jalan di hadapan masih belum diturap semula. Jalur hitam di tepi bangunan masjid adalah kolam air yang terbina lebih 5 meter dari tanah. Menarik. Shot yang sama dalam mod hitam putih. Perhatikan awan lebih jelas kelihatan. ...

Main Kira-Kira

Enam hari puasa. Berat badan turun 3kg. Purata 0.5kg setiap hari. Kalau berterusan, maka di penghujung puasa nanti berat badan aku akan susut 15kg? Banyak tu. Bila ditolak dari berat aku sebelum berpuasa, 86kg, akan tinggal 71kg; berat ideal. Wahh... Itu belum kira makan ketika raya nanti. Aku bercuti lama, 11 hari. Jadi aku anggarkan berat badan aku akan bertambah 0.5kg setiap hari semasa raya selama 11 hari itu nanti. Jadi, berat aku akan meningkat 5.5kg, menjadikan berat anggaran selepas raya nanti adalah 76.5kg. Kurang 9.5kg daripada berat asal, 86kg. Macam matematik pula. Bear with me. Belum habis lagi. Katakanlah tiba-tiba dalam waktu berpuasa, aku makan macam orang gila, maka berat badan aku yang sepatutnya turun 0.5kg sehari, naik 0.5kg akibat dari makan berlebihan tersebut. Aku anggarkan tujuh hari perkara ini berlaku. Maka selama tujuh hari itu aku akan menambah berat badan aku sebanyak 3.5kg. Maka dari berat badan aku yang sepatutnya 76.5kg, akhirnya menjadi 80kg. Kurang 6kg...

Sandal Sang Buaya (Umpan Untuk Menggoda?)

Sejak lebih setahun dulu, aku teringinkan sandal Crocs. Tetapi memandangkan harganya yang melampau mahal (bagi sepasang sandal foam plastik), aku pendamkan niat begitu saja. Sehingga aku jumpa Crocs Outlet di The Mines. Sebenarnya kedai tersebut sudah lama. Tapi aku tidak terasa hendak masuk kerana memikirkan harganya yang mahal. Kemudian dalam bulan lepas aku sengaja juga masuk kerana terpandangkan promosi potongan harga. Rupanya Crocs Outlet berbeza dengan Crocs Store. Crocs Store menjual pada harga pasaran manakala Crocs Outlet menjual pada harga pemborong. Tapi seperti yang kita tahu, bila harga pemborong, maka modelnya juga pasti model lama. Betul. Kebanyakkan model Crocs yang dijual adalah model lama. Harganya berbeza separuh dari harga asal. Jadi kalau sandal Crocs Beach di kedai biasa berharga RM129, di Outlet cuma RM64.50. Separuh harga. Atas sebab itu jugalah, aku beli Crocs Beach berwarga hijau "Sage" di bawah. Warna kurang menarik, tetapi masih lebih menarik dari ...

Orang Ramai Ke Sini Cari Tiket Bas?

Semenjak Ramadan bermula, blog ini dilimpahi pengunjung. Bukan kerana mereka mahu membaca tulisan aku. Mereka sebenarnya mencari tiket bas. Lebih spesifik, mahu mencari cara membeli tiket bas secara online. Lama dulu aku pernah menulis mengenai bagaimana MaraLiner menyediakan perkhidmatan membeli tiket bas secara online. Hingga sekarang, apabila orang membuat carian di Google atau Yahoo!, pasti blog aku akan disenaraikan di muka pertama keputusan carian. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya orang tahu MaraLiner menyediakan jualan tiket secara online. Maklum juga orang sedang berebut membeli tiket bas untuk balik berhari raya nanti. Jadi aku senaraikan laman web syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan jualan tiket secara online (yang ada jual saja); MaraLiner ... Itu saja setakat yang aku tahu. Sudah beberapa tahun, masih hanya MaraLiner yang menyediakan perkhidmatan ini. Aku belum jumpa yang lain. Kalau ada, beritahu okay. Aku boleh tambah di sini.

365

Catatan ke 365 untuk tahun ini. Buka Mata, Buka Otak, Buka Hati Aku masih tidak mengerti kenapa ramai masih tidak faham beza parti politik dan kerajaan yang memerintah. Sama juga dengan aku tidak faham apabila sesebuah parti politik semasa berkempen di pilihanraya menjanjikan pembangunan demi pembangunan seperti mereka menentukan pembangunan tersebut perlu atau tidak dilakukan. Kamu boleh berkata begini, "Saya berjanji saya akan cuba mendesak kerajaan untuk membina sebuah sekolah baru di kawasan ini." Sebaliknya kamu tidak boleh berkata begini, "Saya berjanji kalau saya menang nanti, Parti X akan bina sebuah sekolah di kawasan ini." Janji pertama itu adalah sebuah usaha memberi cadangan atau mendesak atas kuasa beliau sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. Janji kedua pula adalah janji sebuah parti politik untuk membina sebuah sekolah. Kamu fikir, dari mana duit itu perlu datang kalau parti politik tersebut menang? Sepatutnya dari poket mereka sendiri, bukan dari...

Hampir

Post ke 364. Ada satu lagi post untuk lengkap post selama setahun. Aku beritahu seorang rakan mengenainya. Aku kata kalau sudah cukup 365 post, aku tidak perlu menulis lagi untuk tahun ini. Sama seperti majalah-majalah yang keluar pada bulan Ogos ini untuk edisi bulan September. Keluar lebih awal dari tarikh sepatutnya. Maka, begitu juga yang aku fikirkan. Dia ketawa, aku turut ketawa. Pernah dulu aku lihat sebuah majalah Amerika Syarikat yang dikeluarkan beberapa bulan sebelum tarikh sepatutnya dikeluarkan. Pada mulanya aku rasa pelik dengan situasi begini. Lama kemudian baru aku faham kenapa. Tapi sudah tentu blog adalah perkara lain, bukan? Ada orang yang menulis lebih 10 post sehari. Ada yang menulis satu post dalam masa tiga bulan. Bergantung kepada diri sendiri. Cuma yang paling penting, apa yang mahu kita sampaikan. Kalau dulu blog ini bersifat peribadi. Amat peribadi hingga segalanya aku ceritakan di sini Namun akibat terlalu ramai orang yang dikenali di pejabat yang membaca bl...

Tempat Berkunjung Yang Kurang Risiko H1N1 Di Kuala Lumpur

Aku tahu H1N1 sekarang menyebabkan kamu risau untuk ke sana sini dalam keadaan selesa, terutama di kompleks membeli belah yang begitu ramai pengunjung. Namun aku ada satu tempat (cukuplah satu dulu) yang kamu boleh pergi di KL tanpa kamu risau orang ramai ada di situ. Galeri Seni Lukis Negara, Jalan Tun Razak Awal pagi, Galeri Senilukis Negara memang sunyi. Dulu kalau pergi, kadang-kadang hanya aku seorang di dalam galeri. Kalau di galeri baru hadapan Jalan Tun Razak, kira okay sebab suasana tidak terlalu sunyi. Semasa di lokasi lama, berhadapan stesen keretapi Kuala Lumpur, ianya agak suram dan mampu meremangkan bulu roma. Kerana asal bangunan tersebut adalah sebuah hotel, Hotel Majestic, maka ruang bangunannya memanjang dari kiri ke kanan. Setiap penghujung bangunan diletakkan arca dan ada antara arca ini adalah acra kuno suku kaum orang asli di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Apabila kamu melalui laluan sempit untuk masuk ke bilik-bilik yang sudah diubahsuai menjadi ruang g...

Visa (Untuk Perjalanan)

Hari ini aku dapat tahu beberapa perkara; Kalau kamu mahu ke India sama ada untuk bercuti atau apa saja tujuan, kamu perlukan visa, walaupun untuk sehari. kalau kamu sudah check-in untuk penerbangan tetapi orang kaunter tidak perasan kamu ada visa atau tidak dan dia lepaskan juga, setibanya kamu di destinasi, kamu akan di tahan dan akan diarahkan berpatah balik. Kemudian pihak imigresen akan sama syarikat penerbangan kerana melepaskan kamu. Naya betul. Untuk membuat visa ke India, kamu tidak perlu ke Pesuruhjaya Tinggi India di Jalan Duta. Sebaliknya urusan visa mereka telah dikendalikan oleh pihak ketiga. Ianya mengambil masa dua hingga tiga hari dan kos lebih kurang RM160. Aku baru tahu bahawa negara-negara seperti Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan India, kamu perlukan visa untuk kesana dan untuk datang dari sana ke sini (pengunjung dari negara tersebut ke Malaysia). Sedangkan apa yang aku faham selama ini, kesemua negara itu termasuk Malaysia adalah negara Commonwealth. Pelik juga...

Salam Ramadan

Heartbeats

Heartbeats - Jose Gonzalez One night to be confused One night to speed up truth We had a promise made Four hands and then away Both under influense We had devine scent To know what to say Mind is a razorblade To call for hands of above To lean on Wouldn't be good enough For me, no One night of magic rush The start a simple touch One night to push and scream And then releaf Ten days of perfect tunes The colors red and blue We had a promise made We were in love To call for hands of above To lean on Wouldn't be good enough For me, no To call for hands of above To lean on Wouldn't be good enough And you, you knew the hands of the devil And you, kept us awake with wolf teeths Sharing different heartbeats In one night To call for hands of above To lean on Wouldn't be good enough For me, no To call for hands of above To lean on Wouldn't be good enough For me, no p/s : Oh ya... Ini lagu dari iklan televisyen, Sony Bravia. Lagu menarik.

Mempositifkan Islam

Aku fikir, untuk orang melayu, adalah suatu yang normal untuk bermain dengan sentimen keagamaan bagi menghalalkan atau mengukuhkan hujah. Kita sebenarnya adalah ekstremis agama dan kita guna agama sebagai medium peperangan minda dengan sesiapa saja, walaupun mereka itu bukan musuh kita. Kalau di sebuah kolam yang luas, kita kaut dengan dua tapak tangan sedikit air dari kolam tersebut dan kita jadikan penawar untuk segalanya. Kamu sedar berapa banyak air yang mengalir keluar dari kedua-dua tapak tangan kamu itu sebelum tiba ke destinasinya? Begitulah umpamanya kita orang melayu. Mana cerpisan agama yang kita mahu, kita pegang, simpan dan jadikan alat untuk menyokong setiap hujah kita. Mana yang kita tidak mahu, kita tinggalkan. Kita abaikannya. Aku bukanlah menolak nasihat atau pandangan dari orang lain. Tetapi kadang-kadang aku rasa ianya begitu cliche hinggakan apa yang diperkatakan oleh mereka tidak lebih daripada mulut-mulut yang meluahkan suara untuk memaksa orang dengar dan terima...

Aku Di Kutub Utara

Ya, biasanya kutub utara merujuk kepada elemen positif. Maka benar, aku sekarang berada di kutub utara! Aku buang perkara dan pemikiran negatif kerana ianya tidak menguntungkan aku, jauh sekali membantu aku menyelesaikan masalah. Kamu tahu, masalah kebanyakkan daripada kita adalah terlalu banyak elemen negatif dalam diri mereka, terutama dari segi perbuatan dan pemikiran. Kalau perbuatan itu kita boleh nampak; membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah atau menguntungkan, atau sekadar melihat orang lain berjaya, kita langsung malas hendak bergerak atau sekurang-kurangnya mengejar peluang tersebut. Itu kita nampak, secara fizikal. Itu orang lain pun boleh nampak dan beritahu kita. Apa yang kita tidak nampak atau jarang nampak atau langsung kita tidak sedar ianya wujud adalah pemikiran negatif dalam diri kita. Cuba kita duduk sejenak, 60 saat cukup kemudian kita kira berapa tidak boleh, tidak mahu, susahlah, payahlah, tidak mungkin, jangan, bodohlah, merepeklah dan lain-...

Aku Malu Gila!

Ada beberapa perkara yang memalukan buat aku apabila aku menyertai e-networking ini: Aku malu kerana walaupun aku belajar/berkursus/berbengkel mengenai ilmu seperti lateral thinking, anjakan paradigma dan pemikiran kreatif, MindMapping dan banyak lagi (pejabat memang selalu anjurkan kursus sebegini), apabila selesai kursus, aku jarang mengaplikasi ilmu tersebut. Ianya terkubur begitu saja. Tetapi mereka yang berjaya dalam e-networking ini belajar mengenai semua itu secara bersendirian; beli buku, berkongsi maklumat dan lain-lain dan kemudiannya mereka menggunakan ilmu tersebut 100%! Really, kenapa orang tamat darjah enam mahu ambil tahu mengenai anjakan paradigma? Kerana dia mahu mengubah dirinya menjadi lebih baik dan dia perlukan ilmu sebegitu sebagai tools untuk dia berjaya. Aku malu kerana ada antara mereka yang sudah berjaya cuma tamat sekolah setakat darjah enam dan pendapat sebulan mereka adalah lebih dari setahun pendapatan aku. Kalau sekarang suruh orang tamat darjah enam cari...

Fotografi Diri (Shot Sekarang Tidak Menarik!)

Empat Tiga Mikro Penat jari klik button beratus kali. Tapi bisnes punya pasal, sanggup. Cerita lain. Agak kurang aku menulis sekarang kerana tidak ada apa yang hendak diceritakan. Kalau kamu ulang cerita yang sama setiap masa, sesiapa pun akan jadi bosan. Kamera pun aku tinggalkan saja di rumah. Kalau biasa aku usungnya ke sana ke mari. Aku fikir dalam suasana sekeliling yang selalu berjerebu, gambar yang dirakam tidak akan jadi secantik mana. Tapi kadang-kadang bila mendongak ke langit dan melihat cahaya cerah, langit biru dan awan memutih, boleh buat aku tepuk dahi. Rugi tidak bawa kamera. Lalu aku teringatkan sebuah kamera digital jenis baru yang diperkenalkan oleh seorang jurufoto semasa di Agrotek tempohari. Olympus EP-1 PEN adalah sebuah kamera digital yang menggunakan teknologi sistem Micro Four Third . Sensor kamera lebih kecil menyebabkan keseluruhan kamera boleh dibina dalam saiz yang lebih kecil tetapi kualiti gambar yang lebih bagus daripada kamera digital biasa. Harga pasa...

Dari Putrajaya Ke Broga Dan Pulang Ke Rumah

Entah apa kerja gila aku hari ini, setelah keluar dari pejabat petang tadi, aku memandu kereta tanpa arah yang jelas. Mula-mula aku ke Kampung Limau Manis, tidak jauh dari Putrajaya. Dari situ aku memandu ke kawasan kampung berhampiran; Sungai Merab Hulu dan Hilir. Dari situ, aku ke Jenderam dan terus ke Bangi. Bangi Lama. Dari Bangi Lama aku lalui jalan kecil ke Semenyih. Mulanya fikir aku mahu terus dari Semenyih ke Seremban. Tapi bila tiba di simpang ke Broga, aku terus belok ke situ. Dalam perjalanan ke Broga, aku terserempak dengan kawasan penternakan (agaknya) arnab. Rabbit Fun Land yang terletak berhampiran Broga tidaklah sebesar mana pun. Tiket masuk cuma RM5 (agak mahal untuk kawasan yang hanya ada arnab, kambing, kuda, monyet dan anjing di dalamnya). Aku capai kamera dan rakam aksi arnab dan haiwan sekeliling kawasan. Ada banyak aksi arnab tetapi aku lebih tertarik dengan tiga ekor monyet yang dirantai. Kalau ikut saiz, ianya cuma anak monyet. masih kecil. Entah kenapa, hati ...

Ringkas

Aku masih belum mengunjungi Pesta Flora di Putrajaya. Esok hari penghabisan, bukan? Aku sudah menonton G.I.Joe. Pertengahan jalan, aku kabur. Apa sebenarnya cerita yang hendak disampaikan? Aku sudah menonton The Proposal. Menarik walaupun jalan ceritanya agak tipikal untuk genre sebegini. Aku menanti Up, Inglourious Basterds, 2012, Alice In Wonderland, District 9 dan Year One. Kalau ada, Bruno. Aku join e-networking dalam internet. Kamu berminat? Join aku di Tagged . Oh ya, mungkin kamu sudah tahu apa dia. Cakap apa saja, aku cuma ingin mencari duit lebih.

Ringkas

Dari jumaat hingga ahad di Port Dickson, ada bengkel kerja dan hari keluarga. Entah, aku malas hendak bercerita mengenainya. Dari hari ini hingga khamis aku akan berada di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Kursus Team Building, atau sekarang sudah dipanggil Kursus Semangat Sepasukan. Jadi urus setia. Minggu lagi satu ada mesyuarat teknikal. Haih... Banyak betul agenda. Maaf untuk seminggu yang kosong nanti.