Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Penyelesaian Rubik Cube

Ada seorang pengunjung di sini bertanya kepada aku bagaimana cara untuk belajar bermain dan menyelesaikan Rubik Cube. Ini berikutan dengan post aku sebelum ini mengenai minat aku bermain Rubik Cube tidak lama dulu (aku sudah lama tidak bermain). Aku tidak boleh nak tunjuk secara visual di sini. Tetapi di dalam internet, terdapat banyak laman web dan juga video yang boleh membantu sesiapa saja menyelesaikan Rubik Cube dengan mudah. Malah ada tutorial yang mengajar Speed Cubing, menyelesaikan Rubik Cube dalam masa yang amat pantas. Selalunya digunakan semasa pertandingan Speed Cubing. Aku senaraikan beberapa website yang aku fikir boleh membantu kamu menyelesaikan Rubik Cube. Juga, kalau rajin, sila cari video di YouTube. Banyak video cara menyelesaikan Rubik Cube di sana. Laman web yang menyediakan kaedah menyelesaikan Rubik Cube: http://www.geocities.com/ninjamerah2/rubik/index.html (BM) http://www.wrongway.org/cube/solve.html (BM) http://rover1000.blogspot.com/2009/08/penyelesaian-r...

Ulu Kenderong (In Sepia)

Aidil Fitri hari ke-3, aku pulang ke kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak. Aku sedari jalan sudah berturap baru dan lebih besar. Dulu ianya cuma lorong kecil yang hanya muat sebuah kereta dalam satu masa. Sebelum itu, ianya cuma jalan tanah merah yang akan berlopak air bila hujan turun. Sekarang, ianya sudah besar, lebar dan jauh lebih selesa. Tetapi suasananya tetap sama. Tidak sibuk. Pondok telefon depan rumah datuk sudah kehilangan telefonnya. Mungkin ada yang terlalu nakal mencuri untuk dijadikan modal berhari raya. Tetapi rasa aku ianya sudah lama tiada. Begitu juga dengan rumah usang di tepi pagar rumah datuk ini. Tahun lepas aku sempat mengunjungi rumah tersebut kerana masih ada orang yang mendiaminya. (2009) (2008) Tahun ini aku lihat semak samuk disekeliling rumah tersebut semakin menebal. Aku terjumpa nenek yang tinggal di rumah ini. Aku tidak bertanya sama ada beliau masih tinggal di rumah ini atau tidak. Harapnya dia sudah berpindah ke rumah baru yang lebih selesa. Jalan mas...

Aidil Fitri 2009 (In Sepia)

Kenapa sepia? Nampak kusam dan lama. Supaya bila aku balik ke sini 10 tahun lagi dan tengok gambar ini, aku akan berkata "Ah... macamni raya 10 tahun dulu ya" Seperti biasa, hari pertama Aidil Fitri, rumah keluarga aku akan dibanjiri sanak saudara sebelah Ayah. Kerana Ayah adalah paling tua di kalangan adik beradik beliau (Atuk, Nenek, Pak Long, Pak Ngah dan Mak Njang sudah meninggal dunia), maka sebagai adatnya, adik-adik beliau akan berkunjung ke rumah dulu. Meriah rumah dengan sanak saudara yang jarang berjumpa. Tidak lupa hidangan laksa Kuala Kangsar yang Emak buat (setelah aku dan adik-adik mendesak beliau menukar rancangan daripada membuat nasi ayam). Jadi biasanya, hari raya pertama kami sekeluarga jarang keluar. Menunggu sanak saudara datang berkunjung. Esoknya baru boleh berkunjung ke rumah orang. Aku pula, hari raya ke empat baru boleh berkunjung ke rumah sahabat, kerana sepanjang tiga hari sebelum, aku bertugas sebagai pemandu buat Ayah, Emak dan adik-adik. Bunga a...

Google Chrome

Aku rasa pelik sikit dengan web browser aku, Google Chrome sejak sehari dua ini. Rasa agak perlahan dan perlu klik beberapa kali untuk ke laman web yang aku mahu pergi. Mungkin kerana aku tukar theme (seperti gambar di bawah). Atau mungkin internet bermasalah. Atau, mungkin juga Google Chrome sendiri bermasalah. Aku sudah menggunakan Google Chrome sejak tahun lepas. Aku amat selesa dengannya kerana mudah, ringkas dan ringan. Walaupun ada waktunya berlaku crash, tetapi tidak mengganggu keseluruhan suasana berinternet aku. Sebentar tadi aku sudah reset theme aku kepada asal. Itu sebenar masalah yang dihadapi. Theme yang menyebabkan Google Chrome jadi lambat. Tidak mengapa. Lebih cepat lebih bagus. Theme kalau sekadar untuk mencantikkan tetapi mengakibatkan ianya menjadi berat dan lambat, terima kasih sajalah. Apa yang menarik mengenai Google Chrome? Pertama, antaramuka pengenalan apabila kita buka Google Chrome. Ianya merupakan snap-shot lapan laman web yang paling kerap aku kunjungi. S...

Tasik Temoh

Kalau catatan sebelum ini aku siarkan gambar Tasik Temoh yang sudah diolah menggunakan teknik HDR, kali ini aku siarkan gambar Tasik Temoh tanpa teknik HDR. Aku buat olahan kecil menggunakan Picasa 3.0 untuk mendapatkan gambar yang lebih cerah dan bersih. Memang cantik permandangan di Tasik Temoh. Kalau kamu yang selalu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Utara, keluar di tol Tapah dan belok ke kanan mengala ke Kampar. Kamu akan lalui tasik ini disebelah kanan sebelum tiba di pekan kecil Temoh. Sudah puas duduk di situ menikmati keindahan alam, masuk kembali lebuhraya di tol Gopeng. Atau patah balik ke tol Tapah. :) Apa pun, pergi tengok sendiri kalau nak puaskan hati. Kalau ada yang kaki pancing, bawa joran dan umpan. Boleh memancing di situ. Cuma jangan bawa jala.

Masih Belajar HDR

Aku tiada niat langsung untuk semua gambar di bawah ini nampak natural. Semuanya sudah diolah semula menggunakan teknik HDR, jadi tidak perlu nampak asli. Aku guna Photomatix dan set kepada mod Painterly. Itu saja. Tidak ada adjustment tambahan. Malas sebenarnya. Di mana? Hehehe... Tasik Temoh, yang terletak di Temoh, sebuah pekan kecil antara Kampar dan Tapah di Perak. Setiap kali aku balik ke kampung, aku sering lalui jalan di tepi tasik ini. Semasa balik untuk berhari raya tempohari, aku sudah bertekad untuk merakamkan suasana di tasik ini apabila aku balik dari berhari raya kelak. Syukur juga kerana cuaca petang tadi cukup cantik dan cahaya cukup cerah dengan gumpalan awan yang indah. Aku tadi pada mulanya cuma ingin rakamkan gambar biasa saja. Tidak terlintas untuk merakam beberapa set gambar untuk dioleh dengan teknik HDR. Jadi aku tidak keluarkan tripod (dalam bonet). Bila teringat, aku terus rakam tanpa tripod dengan harapan tangan aku cukup stabil untuk merakamkan shot yang sa...

Perjalanan Pulang

Siang nanti aku akan bergerak balik ke Lembah Klang, InsyaAllah. Kalau ikut perangai aku, perjalanan sebegini aku tidak rancang langsung. Aku masih ada tiga hari. Jadi aku tidak perlu terburu-buru. Sebab itu bila aku memandu, biasanya kelajuan kereta hanya sekitar 80km/j. Sebolehnya juga aku akan guna jalan lama, jalan persekutuan nombor satu. Aku lebih selesa menggunakan jalan tersebut kerana lebih redup dan banyak permandangan yang menarik. Kadang-kadang perjalanan yang sepatutnya mengambil masa cuma tiga jam akan berlarutan hingga lima enam jam. Aku tidak perlu kejar apa-apa. Kecuali ada penumpang. Aku sendiri jadi kurang selesa. Esok mungkin ada penumpang. Jadi perancangan yang sepatutnya tidak terburu-buru menjadi agak tertekan kerana memikirkan keselesaan orang lain dalam perjalanan nanti. Takkan mereka mahu duduk dalam kereta berjam-jam lama bila sepatutnya mereka cuma perlu duduk tiga jam? Esok aku fikirkan.

Destinasi Seterusnya

Aku memandu dari Kuala Kangsar ke Gerik siang tadi dalam cuaca yang amat menarik. Kalau tidak kerana ada penumpang lain dalam kereta, mahu saja aku berhenti kereta di tepi jalan setiap dua tiga kilometer, keluarkan kamera dan tripod, lalu rakamkan suasananya. Cuaca di sebelah utara ini walaupun dalam keadaan hujan lebat terasa masih selesa dan menyegarkan. Tidak seperti di Putrajaya atau Kuala Lumpur; panasnya membahang dan hujannya melekit. Kalau di kampung Ulu Kenderong siang tadi, gegak gempita bunyi guruh dan titis-titis hujan yang turun dapat aku dengar satu per satu dengan jelas. Itu irama alam yang sempurna. Aku berkira-kira. Kiranya hujung tahun nanti ada peluang untuk aku bercuti, aku mahu membuat road trip. Memandu ke beberapa destinasi yang sudah ada dalam perancangan aku. Tidak ke Langkawi atau pulau yang selalu menjadi tumpuan orang. Tetapi ke pekan kecil dan jalan yang suatu masa dulu pernah aku lalui. Aku mahu berhenti setiap beberapa kilometer (kiranya cuaca mengizinkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rezeki Hari Raya

Aku sudah berada di Kuala Kangsar sejak siang tadi. Sepatutnya sampai awal. Tapi kerana aku lebih selesa guna jalan lama, aku lewat beberapa jam. Tidak mengapa, lebih segar memandu di jalan lama. Cuma bila tiba di Kampar, kereta aku dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal. Mungkin kerana hujan yang lebat. Anehnya kerana semua kereta sedang berhenti di lampu isyarat ketika itu. Bukan baru berhenti, sudah lama. Menunggu lampu hijau menyala. Mungkin penunggang motosikal tersebut terlalu laju atau cuba mengelak kenderaan lain. Nasib juga aku cuma brek dengan kaki, tidak menggunakan hand-brake. Jadi semasa dihentam, kereta aku bergerak ke hadapan sedikit. Aku tidak keluar melihat apa yang berlaku kerana aku berada di laluan tengah dan lampu hijau sudah bernyala. Aku sedar ada orang bangun dan angkat motosikal yang sudah patah nombor pendaftaran dan bengkok cermin. Terus saja dia meluru laju ke arah lain. Biarkanlah. Bila sampai di hentian Simpang Pulai barulah aku periksa kereta. Bump...

We Are Breeding Losers

Sudah aku katakan sejak dulu, aku tidak menyokong Barisan Nasional. Malah aku tidak menyokong mana-mana parti politik di Malaysia. Tetapi tidak bermakna apabila aku tidak menyokong, aku menghentam sesedap rasa. Cuma aku tidak faham dengan ramai orang di Malaysia. Kenapa hampir semua aspek yang dilakukan oleh kerajaan (pemerintahan Barisan Nasional) dicemuh, dikutuk dan dibuat tanggapan negatif. Tidak ada satu yang elok? Aku rasa mereka memilih untuk tidak melihatnya. Kerana menghentam dan mengutuk adalah lebih senang daripada memuji dan menghargai, bukan? Seperti penubuhan pasukan F1 Malaysia. Kalau ianya menggunakan duit rakyat, memanglah negatif kerana ada banyak perkara lain yang boleh dilakukan melaluinya. Tetapi dengan terus menghentam atau mengutuk tanpa se"iota" maklumat mengenainya adalah amat bebal dan dangkal. Begitu juga dengan pemberian taraf kewarganegaraan kepada ramai orang kebelakangan ini. Apa yang ringkas disimpulkan oleh orang (yang suka menghentam) ialah i...

1Malaysia F1 a.k.a Lotus F1 Team (Yay!)

Tahun hadapan, Formula 1 akan disertai oleh sebuah pasukan daripada Malaysia. Kalau mengikut FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa), pasukan ini akan dipanggil Lotus F1 Team. Tapi bila sampai di media Malaysia, mereka kata 1Malaysia F1 Team. Apa yang pasti, 1Malaysia F1 Sdn Bhd adalah pemilik manakala nama pasukan adalah Lotus F1. Mengikut berita lagi, pasukan ini akan dibiayai oleh konsortium usahawan Malaysia yang diketuai oleh Tony Fernandes (AirAsia) dan juga kerajaan Malaysia. Bagaimana penglibatan kerajaan Malaysia nanti, aku tidak tahu (tidak dijelaskan dengan terperinci). Cuma kalau menurut berita, ianya mungkin melalui Proton. Proton memiliki Lotus, jadi sudah tentu penglibatan Proton ada dalam pasukan ini. Aku harap Petronas juga turut terlibat. Bagi aku, aku sokong usaha ini. Cuma jangan guna wang rakyat untuk membiayainya. Nanti orang aka marah (orang sudah marah pun). Kalau betul caranya, ia boleh menjadi pemangkin kepada industri automotif negara. Perlu diingat, banyak ...

Buka Luas-luas

Apabila kerajaan mengumumkan untuk menaik taraf laluan LRT di Lembah Klang dengan anggaran modal sebanyak RM7 bilion, rakyat cuma inginkan satu perkara. Mereka mahu RM7 bilion yang bakal dibelanjakan itu 100% dibelanja ke arah membangunkan infrastruktur LRT yang dicadang. Rakyat mahu ianya dilaporkan secara terbuka dan didedahkan segala aspek perbelanjaan yang berlaku. Mereka juga mahu tidak sesen pun wang yang keluar nanti masuk kembali ke poket mereka yang dianggap kroni. Namun begitu, adakah kerajaan yang memerintah sekarang sanggup bertindak begitu? Mahukah mereka bersifat terbuka? Itu persoalannya. Rakyat tidak mahu nanti mereka dapat tahu sebuah mangkuk tandas di stesen LRT yang baru dibina berharga RM10,000, sekeping jubin berharga RM1,000 atau sebuah speaker berharga RM5,000. Itu harga yang amat tidak masuk akal. Akauntibiliti kerajaan sekarang menjadi sandaran. Kita bukan hidup di zaman maklumat diperolehi cuma melalui surat khabar, peti televisyen dan surat layang. Kita hidup...

Lagu Minang (Negeri Sembilan)

Lagu dari filem Tunang Pak Dukun (1960an) Ada mana-mana negara terasa nak tuntut hak milik filem ini ke? Ye lah, sebab bahasa yang digunakan sama saja dengan Bahasa Minang di mana-mana pun. Manalah tau kalau-kalau ada rakyat negara mana-mana yang terasa kita sudah ciplak budaya mereka sejak tahun 60an dulu lagi. Kita pun tahu asal usul budaya dan adat Minang ini. Cukup-cukuplah. Kita serumpun. Tak nampak lagi ke?

Liverpool Tukar Jersey (Aku Boleh Beli!)

Menjelang 18 September nanti, jersey Liverpool FC yang selama ini ditaja oleh Calrsberg (membuatkan ramai peminat beragama Islam tidak membelinya) seperti di bawah akan bertukar penaja kepada... Yeah... Standard Chartered! Woohoo... Boleh beli jersey original Liverpool, akhirnya. Okay, sementara tu, kena fikir macamana nak kumpul RM259. Huh! Tidak mengapa. Lagipun sponsor akan bertukar musim depan. Lambat lagi. Boleh kumpul beli home dan away terus! Hehe.

Hujung Minggu, Lagi

Hujung minggu lagi.  Seperti Isnin hingga Jumaat berlalu dengan begitu pantas. Tiba di hujung minggu, jiwa bagai tersentak menghadapi realiti hidup. Mana pergi semua masa yang ada? Jadi hujung minggu seperti ini biasanya aku akan habiskan masa untuk diri sendiri. Memandu ke daerah yang tidak pernah aku pergi. Mencari sudut untuk aku rakamkan dengan kamera dan juga membaca, perkara yang aku tidak dapat lakukan sepanjang lima hari sebelum. Pergi MPH atau Borders dan duduk di satu sudut sambil membaca. Abaikan orang lain dan abaikan suasana. Mungkin kerana sudah lebih 10 tahun begini, aku jadi amat selesa dengan cara ini. Aku akan cari pelbagai alasan untuk menyendiri. Aku selalu tulis di sini bagaimana dan apa yang aku hendak makan ketika berbuka nanti. Nampak rumit dan menyusahkan. Sebenarnya tidak. Aku tidak perlu bersusah payah menetapkan dalam diri untuk makan apa hari ini. Kelmarin ketika di The Mines, niat di hati untuk berbuka di Carl's Jr. Tiba di situ, tempat duduk sudah dip...

ezbus - Beli Tiket Bas Secara Online

Bagi sesiapa yang rajin sangat masuk sini kerana mencari cara membeli tiket bas secara online, cuba pergi website ini; www.ezbus.com.my . Sebenarnya aku sudah jumpa beberapa minggu lepas tapi asyik terlupa nak masukkan di sini. Bukan kerja aku pun nak sediakan link ke website jual tiket bas secara online. Mungkin aku agak terlewat memberitahu kamu. Tapi sekurang-kurangnya lepas ini kamu tahu di mana harus kamu cari bila kamu mahu beli tiket bas secara online. Bukan di sini ya!

Aku Hilang Kemahiran Menulis

Sejak bekerja di JPN, jarang sekali aku menggunakan pen atau alat tulis lain sebagai alat utama untuk menulis. 99% kerja yang aku lakukan melibatkan aku menaip atau menggunakan mouse. Akibat daripada itu, aku sedari semakin hari semakin teruk tulisan aku. malah aku rasa semakin tidak pandai hendak menulis. Aku masih boleh melukis (sketching saja), tetapi menulis bagi aku difikirkan agak sukar. Mungkin bila tiba masanya nanti, aku akan hilang skil untuk menulis dan tulisan aku akan jadi seteruk (secomel) tulisan budak sekolah tadika. Semasa mengisi borang kad Mesra di Petronas tadi, aku sedari bahawa aku tidak boleh menulis dengan baik setiap huruf yang aku perlu tulis. Tapi kamu berilah aku keyboard atau mouse pada bila-bila masa, aku boleh pejam mata sambil menaip ini (walaupun dengan sedikit kesilapan ejaan). Adakah kita sebagai manusia suatu hari nanti akan hilang kemahiran untuk menulis? Maksud aku, kamu boleh lihat sendiri apa yang berlaku sekarang. Keyboard dan mouse sudah mengam...

Politik, Sikit Saja

Untuk yang cerdik akal, mahu berfikir secara terbuka dan tidak fanatik, sila baca baca The Rembau Times oleh wengerkhairy. Tapi kalau kamu rasa kamu tidak boleh ditegur, racist atau lebih rela percaya bumi ini leper, pergilah baca Parpukari. Aku bukan penyokong UMNO atau BN pun. Tapi aku tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. Aku tidak letak link kerana tidak ada sebab untuk aku melakukannya. Untuk UMNO dan BN berubah menjadi lebih baik (daripada sekarang), perlu wujud mentaliti dan perlakuan seperti di The Rembau Times. Serius, sekarang lebih ramai golongan muda yang menyokong PR (namun begitu, jauh lebih ramai yang berada di atas pagar) daripada BN. Kenapa? Kerana arah perjuangan dan strategik politik BN yang sudah terlampau kuno dan lapuk. Sudah beberapa kali aku sebut dalam post sebelum ini bahawa BN tidak boleh lagi memainkan sentimen rakyat perlu berterima kasih, rakyat perlu bersyukur, janji pembangunan (sedangkan itu tanggungjawab wajib kerajaan yang memerintah) atau ...

Qayyim

Ini Qayyim, anak Asyikin. :) Comel. Aku tertarik dengan seluar yang dipakai Qayyim. Cute.

Kepentingan Umum Atau Kepentingan Sendiri?

Ada situasi baru mengenai capaian internet di pejabat. Semua gambar yang disimpan di website file sharing. photo sharing dan media sharing tidak boleh kelihatan kerana sudah disekat aksesnya. Aku tidak tahu apa motif pihak pentadbir akses internet di pejabat untuk menghad akses ini. Lebih pelik pula website sosial networking seperti Facebook, Friendster dan Tagged dibiarkan terbuka aksesnya. Aku tahu kenapa. Ini kerana ramai staf yang bekerja di bahagian teknologi maklumat yang mengawal akses internet mempunyai akaun Facebook, Friendster dan Tagged.  Jadi kalau mereka hadkan akses ke website social networking, mereka sendiri tidak boleh aksesnya nanti. Memandangkan laman web file sharing, media sharing dan photo sharing kurang ada fungsi untuk mereka dan mungkin juga kerana alasan untuk mengelakkan staf melihat pornografi dan download fail yang tidak elok, maka mereka hadkan akses. Ada satu lagi alasan rasanya, fail media memerlukan saiz streaming yang besar dan ini akan memberatkan ak...

Catatan Ke-1000

Catatan ke-1000. Terima kasih kamu semua yang sentiasa sudi berkunjung ke blog ini. Setelah lima tahun menulis dengan aktif di blogspot, barulah aku capai catatan ke-1000. Lima tahun untuk mencapai angka 1000 adalah suatu jangka masa yang lama. Ada yang boleh hasilkan 1000 post sebulan. Tidak mengapa. InsyaAllah, laman ini akan terus bertahan selagi aku terdaya untuk menulis. Ini potret terbaru, dirakam oleh seorang kenalan yang baru bermain dengan SLR. Agak menarik shot dia. Tapi gambar di atas sudah aku edit. Siang Ahad, aku akhirnya berkesempatan untuk merakam suasana di dalam Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Aliah minta aku komen mengenai masjid ini. Aku rasa buat masa ini aku tidak mahu komen apa-apa. Ianya masih baru dan banyak yang belum siap. Terimalah rakaman lensa aku siang tadi. Agaknya, akibat jarang menggunakan kamera, skil pun beransur kurang. Sigh... Semua gambar masjdi di atas dirakam dalam masa 30 minit. Selepas itu aku dapat call yang menyebabkan aku terpaksa ke pejaba...