Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Dalili

Ini Dalili, anak bos di pejabat. Baru berusia 2 tahun 7 bulan dan berat 18kg! Berat tu. Aku sendiri pun letih nak dukung budak ni. Tempohari, semasa kejohana badminton pejabat, Dalili datang dengan ibunya ke dewan untuk menyibuk. Entah kenapa, Dalili memang baik dengan aku. Nampak aku seperti dia sudah lama kenal. Hinggakan sewaktu di dewan tersebut, aku yang sedang berada di tingkat atas mengambil gambar aksi pertandingan, aku terdengar jeritan si Dalili memanggil nama aku, "Shidannnnn!!!!" Dia menjerit berkali-kali dengan penuh perasaan. Kami yang ada di dewan ketawa melihat telatah Dalili. Aku tidak kisah budak panggil aku dengan apa nama sekali pun. Aku tetap suka. Malah di pejabat, kadang-kadang jeritan Dalili itu menjadi ajukan kawan-kawan kalau memanggil atau bergurau dengan aku. Inilah budak umur 2 tahun 7 bulan paling cute sekarang. Hehehe. p/s: Ini post ke 40! Yay!

Badak Air Sudah Berpindah Ke Miri, Sarawak!

Akhirnya si badak air sudah berpindah ke Miri, mengikut tuan barunya. Pagi tadi hari terakhir badak air di pejabat. Khaty (yang berbaju biru dalam gambar di bawah) manusia paling sedih melihat badak air dibawa pergi. Adalah adegan menghentak-hentak kaki tanda tidak setuju. Walaupun seketika berada di pejabat aku, si badak air sudah menarik perhatian ramai orang. Ada saja yang bertanya dan mahu memegangnya. Si badak air bukan peduli pun semua itu. Sekarang si badak air sudah ada tuan baru dan rumah baru, di Miri, Sarawak! Apalah ceritanya nanti ya. Dengar tadi tuannya beritahu kotak kandang badak masih tersangkut di KLIA dan cuma akan tiba di Miri, jam 11 lebih nanti. Itulah akibat membawa badak air bersama dalam penerbangan. Sudah kena bayar cas lebih RM800! Hahaha. Nasib la kau Hani. Jaga badak air baik-baik okay. Dia suka makan McDonald's McFlurry Mudpie dan juga suka melihat Khaty ketawa terbahak-bahak setiap kali orang lain buat lawak. Have a pleasant new life, badak air. We in...

Politik Lain, Kerjaya Lain. Harap Kamu Pandai Bezakan Juga

Ada orang pernah bertanya kepada aku, "Idan, kenapa kau tak sokong BN?" "Kenapa perlu aku sokong BN?" "Kau kan kerja kerajaan. Kau patut sokong BN. Baru betul." "Tidak. Kerja kerajaan tidak ada kena mengena dengan menyokong mana-mana parti politik." Itu jawapan aku. Lagipun, aku bukan anti BN. Aku cuma tidak menyokong idealisme politik mereka. Bagaimana pula dengan Gagasan 1Malaysia? Aku sebagai penjawat awam menyokong dan mendokong penuh gagasan 1Malaysia. alah, aku design logo 1Malaysia jabatan aku, yang sekarang tersemat di kolar baju ramai kakitangan. Aku mahu minta royalti 10 sen setiap orang yang memakainya setiap hari selama 365 hari. Hehehe. Cerita lain. Apa saja agenda kerajaan (kalau aku, kerajaan persekutuan), aku akan laksanakan kerana itu tanggungjawab aku sebagai penjawat awam. Kerana kamu perlu tahu, kerajaan bertindak atau berfungsi untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira apa fahaman politik mereka. Duit yang digunakan untuk menja...

Politik + Blog (Di Malaysia) = Jijik

Aku sebenarnya sudah semakin membenci suasana politik di Malaysia. Ianya sudah keterlaluan dalam menggerakkan fahaman "matlamat menghalalkan cara". Politik itu sendiri tidak kotor. Demokrasi itu sendiri pun tidak kotor. Tetapi manusia yang berjuang dalam arena politik, baik mereka yang berjuang demi kuasa atau mereka yang berada di bawah yang sentiasa menyokong, mereka inilah yang mencorakkan suasana politik di Malaysia hingga menjadi sebegini rupa. Aku tidak perlu ulas peranan media arus perdana kerana semua orang ianya milik parti pemerintah sekarang dan usaha mereka menyebarkan propaganda politik tidak langsung bertapis lagi. Aku mahu tunjuk kamu di dalam internet, bagaimana saban hari kamu akan temui blog-blog dan laman web yang begitu jijik dengan cerita politik tanpa tapisan dan sempadan. Sekarang, siapa saja boleh membuka cerita dan ianya tersebar sekelip mata. Anehnya pula, blog sebegini dijadikan pilihan oleh media arus perdana sebagai sumber rujukan. Blog sekarang l...

Uprising

Uprising - Muse The paranoia is in bloom, the PR The transmissions will resume They'll try to push drugs Keep us all dumbed down and hope that We will never see the truth around (So come on!) Another promise, another scene, another A package not to keep us trapped in greed With all the green belts wrapped around our minds And endless red tape to keep the truth confined (So come on!) They will not force us They will stop degrading us They will not control us We will be victorious Interchanging mind control Come let the revolution take its toll if you could Flick the switch and open your third eye, you'd see that We should never be afraid to die (So come on!) Rise up and take the power back, it's time that The fat cats had a heart attack, you know that Their time is coming to an end We have to unify and watch our flag ascend They will not force us They will stop degrading us They will not control us We will be victorious Hey .. hey ... hey .. hey! They will not force us They...

Buka Luas Mata Untuk Melihat Debu

Kita sebagai manusia sering melihat alam sebegini rupa, seperti gambar di bawah. Alam yang luas terbentang dan menghampar segala cerita buat kita. Kita nampak secara keseluruhan dan kita andai (membuat kesimpulan); gambar ini sewaktu senja. Aku sering berkata kepada sahabat, buka mata luas sedikit dan cuba lihat dengan lebih teliti. Lihat apa yang ada di sekeliling kita dan cuba fahami mereka. Bukan medesak mereka untuk menerima idealisme kehidupan kita. Berfikir lebih jauh dan berfikir lebih mendalam sebelum kita mendesak apa-apa terhadap diri kita dan orang lain. Hidup sepatutnya lebih indah begitu.

Si Badak Dan Basikal

Badak air aku memang suka merayau. Setiap hari ada saja tempat yang hendak dikunjungi. Kelmarin (sebenarnya minggu lepas), si badak terjumpa basikal aku. Awalnya si badak cuma memerhatikan dari jauh. Pada fikiranya, siapalah yang bebal sangat simpan basikal di dalam pejabat.  Namun lama-kelamaan si badak semakin teruja dengan basikal tersebut. Lalau dia memanjat naik ke pelana dan duduk di atasnya. Tempat duduk gel, jadi amat lembut dan selesa. Lama si badak duduk tanpa melakukan apa-apa. Akhirnya si badak mengeluh, "Seat ni tinggi sangatlah. Kaki aku tidak sampai ke pedal!" Lalu si badak turun dari basikal cuba dengan kudrat yang ia ada menggerakkan basikal tersebut. Si badak mungkin perasan bagus tetapi ia tidak sedar bahawa roda belakang basikal sudah berkunci. Basikal tidak akan ke mana. Penat si badak cuba menggerakkan basikal, akhirnya ia berputus asa. Dalam keadaan keletihan, si badak berlalu pergi dari basikal. Kecewa mungkin. Dan terdampat di tempat pembaringan, kepe...

Badan Kata Berhenti Sebentar Untuk Berehat

Aku tidak mungkin boleh tunaikan 40 post untuk bulan ini. Esok hari terakhir dan aku masih ada enam post (tidak termasuk ini) yang perlu aku hasilkan. Agak sukar, tetapi aku akan cuba esok. Badan sedang kurang sihat sekarang. Petang tadi sepatutnya aku bermain badminton bersama-sama rakan pejabat, tetapi aku batalkan niat. Aku pergi ke The Mines untuk mencari kertas berwarna perak atau brush-metal untuk dijadikan latar kepada carta organisasi bahagian. Aku tidak menemuinya. Rakan sepermainan badminton Tetapi kebetulan pula rakan-rakan daripada bahagian lain juga datang ke The Mines untuk bermain boling sempena pertukaran salah seorang kakitangan bahagian tersebut. Aku cuma duduk dan memerhatikan telatah mereka. Selesai mereka bermain, aku turuti mereka pergi makan di Bangi. Bihun tomyam menjadi santapan tetapi rasanya agak kurang menyelerakan. Balik dari makan, aku masih terasa badan agak lemah dan batuk semakin memeritkan. Malam ini aku perlu tidur awal. Jadi, sudah aku katakan bahawa...

Suatu Penghargaan Daripada Bos

Kelmarin apabila aku menyiapkan slaid persembahan majlis perpisahan untuk bos, aku tidak jangka kesan daripadanya begitu mendalam bagi sesetengah orang. Petang tadi semasa aku berikan salinan animasi flash tersebut kepada bos yang diraikan kelmarin, aku lihat dia begitu teruja. Kemudian, sempat juga aku mainkan flash tersebut di komputer pembantunya. Bos turut menonton. Aku nampak lihat sebak di wajahnya. Itu kesan yang aku mahukan. Bukan dari orang lain, tetapi dari dia sendiri. Aku teruja juga melihat sebuah lukisan yang begitu besar di dalam biliknya, hasil karya seorang kakitangan pejabat yang berjiwa seni. Lukisan alir sungai yang sungguh menawan, mengingatkan aku alir sungai yang sama di Hulu Langat yang setiap bulan kami kunjungi tahun lepas. Kemudian bos bersuara. "Dan, lukisan kalau saya nak letak harga, lebih kurang RM10,000" "Wah, mahalnya. Tapi memang berbaloi" aku teruja. "CD ini pula..." Sambil menunjukkan CD yang mengandungi animasi flash ya...

Ringkas

Aku sedang bekerja keras menyiapkan Laporan Tahunan 2009. Tahun ini ianya menjadi dua kali lebih sukar kerana perlu dibuat dalam dwi-bahasa di samping tiada pedoman khusus daripada pengurusan. Kali ini hasil kerja tidak dapat dijangkakan bagaimana. Satu sebabnya kerana aku sendiri seperti sudah kehabisan idea. Sebentar lagi aku akan berbasikal, inshaAllah. Itu pun kalau keadaan cuaca baik. Sudah lama tidak berbasikal; empat hari. Ini hari ke lima. Seperti aku perlu mula balik dari titik A. Berkayuh perlahan untuk mencari mood dan tenaga. Minggu depan aku akan ke Perlis. Ada projek di sana. Ini permulaan perubahan ke dua aku, dari segi ekonomi pula. Harapnya ia bergerak seperti yang aku sedang lakukan dengan kesihatan dan fizikal. Maksud aku bergerak dengan baik. Selebih dari itu, biar Tuhan tentukan arahnya.

36 Jam Terbeban Tugas

1.30 pagi. Lebih awal daripada semalam, tetapi kerja yang sama. Aku selesai menyiapkan slideshow perpisahan bos setelah siang tadi mereka bertindak membatalkan nyanyian latar dan mahu biarkan saja muzik bermain secara instrumental. Lagu asal yang digunakan tidak sesuai sekiranya dimainkan secara instrumental. Lalu aku terpaksa cari lagu lain yang bersifat instrumenal dan mengubah kembali susun atur persembahan. Nampak mudah kalau sekadar melihat. Orang yang membuat saja tahu betapa sukarnya untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dihayati orang. Harapnya apa yang telah aku hasilkan berbaloi walaupun masa yang diberikan amat singkat. Aku kepenatan dan aku amat mengantuk. Selepas ini aku akan terus tidur dan bersedia esok pagi untuk majlis nanti. Sudah lama aku tidak melakukan sebegini, berjaga hingga lewat malam. Tidak sihat. Tidak bagus untuk aku. Selamat malam untuk kamu semua.

Sibuk Di Larut Malam

2.45 Pagi. Aku masih berjaga di penghujung minggu dan esok hari Isnin, hari kembali bekerja. Aku berjaga kerana ada kerja pejabat yang perlu disiapkan. Jumaat tempohari ianya diberi sebagai tugasan, secara ad-hoc. Seperti biasa, itulah yang berlaku. Sukar untuk menolak permintaan (arahan?) sebegini. Jadi aku lakukan juga dalam masa sehari, sekadar mampu. Maklum saja hari Sabtu lepas aku ada program lain (juga berkaitan dengan tempat kerja), maka aku cuma ada hari Ahad untuk melakukannya. Mengumpul data sepanjang siang dan malam hingga sebentar tadi, aku sudah siapkan 50%. Aku perlu siapkan slideshow berbentuk Flash sempena majlis perpisahan seorang bos di pejabat. Ianya akan diadakan pada pagi Selasa. Esok ada rehearsal. Harapnya ia dilakukan di sebelah petang. Jadi pagi esok bolehlah aku siapkan baki slide tersebut. Kerja terkejut, hasilnya tidak seberapa. Aku cuba, sekadar mampu. Itu yang aku beritahu awal-awal kepada mereka. Tambah tepu otak apabila muzik latar yang dipilih begi...

DSLR Semakin Popular

Siang tadi bos besar yang bakal bertukar Mei nanti membelek-belek kamera Canon G10 milik pejabat. Aku sedar dia sungguh berminat dengan kamera tersebut. Maklumlah, nampak sedikit canggih berbanding kamera digital biasa. Aku beritahu bos besar, G10 bertaraf semi-profesional. Fungsi-fungsi kamera DSLR lengkap terdapat dalam kamera tersebut tetapi struktur dan bentuk, sama seperti kamera digital biasa. Aku sedari satu perkara. Ramai orang di pejabat sudah mula menggunakan kamera DSLR. Sama ada mereka ada pengalaman menggunakannya sebelum ini, aku tidak tahu. Tapi kalau melihat dari gaya memegang kamera dan sudut fotografi, aku sedari mereka masih 'baru'. Anehnya, aku kini lebih selesa dengan kamera digital Sony Cybershot. Ianya jauh lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana tapi perlu membebankan diri. Aku harap mereka yang baru berjinak-jinak dengan kamera DSLR supaya pergi mencari sumber/bahan untuk belajar menggunakan kamera DSLR dengan lebih baik dan efektif. Tahu pegang dan merak...

The Ballad of Badak Air and Idan

Kisah badak air lagi. Kamu jangan harap aku akan berhenti. Kamu juga boleh salahkan Khaty, si budak yang suka gelak kuat di pejabat ini. Dapat saja BlackBerry aku di tangannya, badak air akan jadi mangsa modelnya. Mungkin kerana bosan akibat suami dia yang berada jauh di Sarawak, badak air aku dikacau Khaty. Dia suruh aku melakarkan cerita dari rakaman gambar-gambar badak air. Si badak air baru bangun dari tidur, di dalam kotak penuh berisi folder kosong. Macam sudah tidak ada tempat lain untuk dijadikan tempat tidur. Dengan dagu sebagai tongkat di pintu kotak, si badak air mengeluh; "Idan, aku dahaga air..." "Itu, satu tasik Putrajaya kau boleh minum. Jangan kacau aku buat kerja!" bentak aku. Mungkin kerana kemalasan, si badak air tidak mahu terjun ke tasik Putrajaya. Badak air terpandang labu sayong yang terletak di atas kabinet besi, belakang kubikel aku. "Arrghhh.. macamana aku nak buka penutup labu ni?" keluh badak air. Dia cuba membukanya dengan mulu...

The Art Of Badak

Jangan salahkan aku kalau aku cuma bercerita mengenai si patung badak air. Setiap hari ada saja yang hendak dilakukan oleh orang di pejabat terhadapnya. Tadi, aku fotostat badak air di mesin fotostat. Beginilah hasilnya; Cool saja gayanya. Ada yang mungkin mempersoalkan apa motif bermain dengan patung badak air seperti budak perempuan. Ini adalah satu konsep brain simulation. Kita mencipta kreativiti dan juga mencari idea berdasarkan objek yang sedia ada. Kita berfikir dan ini akan menyebabkan otak dan fikiran kita sentiasa aktif. Kita cuba cari positif dalam setiap keadaan yang ada. InshaAllah perkara remeh seperti patung badak air boleh meluahkan hasil yang menarik.

Badak Air Bersiar-Siar

Siang tadi kata seorang staf di pejabat, badak air aku merayau sana sini. Ada ketika dengan selamba, si badak air duduk di atas iMac. Konon hendak memantau. Kaki lembik si badak memang mengganggu tumpuan aku buat kerja. Badak air sedang memberi motivasi kepada aku supaya tidak menguap untuk ke seratus kali dalam sejam. Selepas itu aku menonton video lagu hindustan di YouTube. Macam tahu sangat apa yang sedang aku buat. Siap pijak sipi-sipi telefon bimbit aku. "Apa kau buat ni, Idan?" tanya si badak air kepada aku. "Tengah siapkan Laporan Tahunan la" jawab aku ringkas. "Apa lembab la kau buat kerja ha? Bila nak siap?" si badak air mula bersuara lebih serius. "Banyak nak kena ubah ni!" tegas aku. "Eleh Idan, bukan aku tak tahu kau asyik dok berbalas mesej dengan awek baru kau!" si badak menjawab sinis. "Kurang asam! Pergi kacau Kathy!" bengang betul aku. Hahaha.

Aur Dan Tebing

Aurnya adalah tasik Putrajaya yang sentiasa tenang. Sekali sekala ianya berombak kuat akibat bot pelancong yang melayari sepanjang tasik sehingga ke tepi empangan di penghujung Putrajaya. Tebingnya pula adalah tangga batu beralas jubin dan dipenjurunya dihias dengan bola batu (tanpa aku fahami motifnya), di belakang Masjid Besi. Sesekali bila ombak kuat, air akan melimpahi tebing ini. Kalau ikut rasa hati, mahu saja aku menari-nari di penjuru itu sewaktu air tasik melimpahi tebing.

Enjoy Berbasikal

Siang tadi semasa berkayuh, aku terdengar bunyi yang kurang menyenangkan pada basikal. Aku masih belum pasti bunyi apa, aku masih mencari punca. Kalau dulu sewaktu aku miliki sebuah basikal lumba, segala kerosakan aku baiki sendiri. Sekarang, aku akan lebih senang hantar ke kedai saja. Biar mereka yang mahir melakukannya. Di bawah jambatan Seri Saujana Namun, aku fikir ianya mungkin masalah kecil. Mungkin ada part yang sudah lama diminyakkan. Kalau kamu lihat posisi pelana duduk di dalam gambar di atas, nampak biasa. Sebenarnya untuk orang yang lebih kurang tinggi aku, ianya agak tinggi. Kamu terpaksa berjengket apabila basikal berhenti. Namun kedudukannya masih rendah. Aku akan naikkan lagi seat hingga tahap maksima kaki aku boleh menyentuh pedal basikal. Di tepi padang bola sepak di Presint 5. Aku amat berpuas hati dengan basikal ini. Walaupun ada kekurangan, tetapi aku tidak ada masalah menggunakannya setakat ini. Kayuhan lancar dan sistem gear sentiasa dalam keadaan baik. Untuk bas...

Teh O Ais (Earl Grey) Madu

Sebelum aku terlupa. Aku mahu ceritakan kenapa kebelakangan ini aku sering minum air Boh Teh-O-Ais. Ini bukan promosi produk sebab aku tidak dapat apa-apa bayaran pun. Aku minum kerana aku sebenarnya mahu membancuh sendiri teh o dengan madu sebagai manisan. Kebetulan sewaktu aku mencari air teh o ais dalam tin, aku terjumpa teh o air Boh yang menggunakan madu sebagai pemanis (juga dicampur gula). Rasanya agak berlainan daripada rasa teh o yang ditinkan oleh syarikat lain. Ianya ada rasa madu (walaupun mungkin sedikit).  Aku mahu mereka bagaimana teh o air yang dimaniskan dengan madu rasa. Aku mahu kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan aku. Sekarang aku sudah tahu bagaimana rasanya (secara umum). Tadi sebelum tidur, aku bancuh teh o yang dimaniskan dengan madu. Aku simpan dalam bekas air yang besar dan dimasukkan ke dalam peti ais. Esok aku akan bawa ke tempat kerja. Teh O ais madu yang sedap. Cuma aku guna Teh Earl Grey kerana aromanya yang sungguh menawan. Ia bagi aku adalah m...

Putrajaya Dari Sudut Presint 7

Siang tadi sewaktu aku berbasikal, sempat aku rakamkan suasana petang yang cerah dan damai. Mulanya aku berkayuh ke Presint 9, melihat rakan-rakan berlatih badminton di dewan tertutup sana. Dalam perjalanan balik ke Core Island, aku membelok ke Presint 7, di mana terletaknya Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir. Jalan ke bangunan tersebut agak jauh dan di sepanjang jalan agak lengang, seperti terbiar. Tetapi, aku perolehi permandangan ini semua. Masjid besi yang sentiasa kelihatan gah dari sudut mana sekalipun ianya dirakam. Pejabat aku, dua dari kiri tersergam di samping pejabat-pejabat lain. Jambatan Seri Gemilang di jauh sana dan langit petang bersama awan melakarkan keindahan alam. Suasana di sebelah barat Putrajaya sebenarnya mendung dengan awan tebal menyelubungi langit. Damai sungguh hidup ini sekarang. Terima Kasih Tuhan.

Siang Tadi Aku Berlawan Dengan Nafsu; Aku Kalah

Siang tadi punya cerita. Awal pagi aku bergerak ke pejabat untuk menghadiri kursus. Aku berhenti di stesen minyak untuk membeli sarapan pagi; sanwich tuna dan telur bersama setin air teh boh madu (nanti aku ceritakan kenapa aku minum air ini). Dua benda itu sudah berjumlah 460 kalori, lebih kurang. Cukup untuk sepanjang pagi, kononnya. Sewaktu rehat pagi, aku menjamah dua biji kuih. Aku pasti dua biji kuih itu pun sudah beratus kalori. Rehat tengahari dengan niat aku tidak akan makan, seperti hari semalam. Tetapi apabila melihat menu yang menarik; kari ayam dengan kentang dan daging (aku rasa rendang tok. entah), aku makan sepinggan. Sudah pasti beribu kalori aku suap ke dalam badan. Selepas habis kursus petang tadi, ada jamuan. Aku menjamah dua tiga ketul (aku rasa lima ketul) kuih. Tidak perlu aku beritahu berapa kalori. Banyak. Naik ke pejabat untuk menukar kasut dan di dalam fikiran aku mahu terus balik rehat. Ketika itu juga hati berkata, aku perlu berbasikal. Hari ini aku makan d...

Belajar Untuk Belajar

Sepanjang hari ini dan esok, aku berada di pejabat untuk menghadiri kursus Coaching and Mentoring. Siapa yang beri alasan tidak mahu pergi, kamu sendiri yang rugi. Setakat sehingga tengahari ini, keadaan program penuh dengan keceriaan dan gelak ketawa. Games mudah yang dilaksanakan memikat hati peserta untuk terlibat. Kebanyakkan daripada peserta kursus ini (lebih 90%) adalah kakitangan lama di pejabat. Kiranya kita boleh gelar mereka 'Otai' dengan ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Jadi menghadiri kursus sebegini dengan mereka adalah sungguh istimewa. Mereka yang kebanyakkan berpangkat tinggi pasti mempunyai pengalaman tersendiri bagaimana mengendalikan sub-ordinat mereka. Kursus sebegini boleh membuka ruang untuk mereka perbaiki teknik mereka. Bagi aku pula, ini peluang aku untuk belajar sebanyak mungkin teknik, panduan dan cara-cara yang berkesan untuk memberi motivasi, galakan dan berkongsi ilmu dengan sub-ordinat nanti. Namun begitu, aku datang ke kursus ini bukan dalam ...

Obsesi

Ada orang berkata aku semakin aktif dengan aktiviti, terutamanya bersukan. Betul. Itu pasti. Malah aku dalam perancangan untuk sibukkan lagi diri aku dengan bersukan. Aku merancang untuk mula berenang. Putrajaya ada dua buah kolam renang awam yang buka hingga jam 10 malam. Jadi selepas berbasikal, selepas senja, aku boleh terus sambung berenang. Kenapa berenang? Ianya satu riadah/sukan yang cukup bagus untuk tone balik badan yang sudah gemuk. Tenaga yang keluar pun banyak. Lagipun berenang nampak cool. Hehehe. Kemudian aku merancang untuk ke Taman Cabaran dan cuba Wall Climbing. Nampak susah sangat sebab guna hampir semua otot di badan. Jari, tangan, kaki dan semua otot kena kuat. Seperti berenang, panjat dinding pun nampak cool juga? Apa lagi? Kalaulah Yoga tidak diharamkan, aku sudah pasti akan mencubanya juga. Hahaha. Entah, kata orang Yoga yang tidak ada unsur pujaan agama dibenarkan. Kalaulah aku mulakan ini semua beberapa tahun lalu atau kalaulah selepas sekolah dulu aku tidak be...

Arah Tujuan

Aku sedari sesuatu. Semenjak ada BlackBerry di tangan, aku kurang ada idea untuk menulis di sini. Puncanya mudah. Berbanding menulis blog, BlackBerry dengan Facebook dan Twitter yang sentiasa tersedia, aku boleh memberi update sepantas mungkin. Aku boleh rakam gambar dan ketika itu juga upload ke Facebook tanpa bertangguh. Aku boleh maklumkan keadaan yang sedang berlaku di sekeliling aku dengan mudah melalui Twitter. Jadi bila tiba waktu untuk menulis blog, aku kekeringan idea. Aku sudah tidak ada cerita yang hendak dikongsi. Lagi sukar jika tiada gambar yang boleh dijadikan penyeri cerita. Kalau sekadar tulisan sebegini, aku risau ianya menjadi tawar. Mungkin, blog ini perlu berubah menjadi blog yang lebih umum sifatnya. Lebih bersifat informasi yang mungkin ada orang yang akan memerlukannya. Bagaimana kata kamu, boleh? Aku mahu saja aku kekal sekali sekala disulam dengan cerita sebegini dan keluhan rasa hati? Hakikatnya, rasa hati ini sekarang sentiasa ceria. Kalau ada sedih sekalipu...

Mendengarmu II

Kadang-kadang kamu temui orang yang hidupnya dalam keadaan berputus asa. Kamu cuba bagaimana cara sekalipun, dia tetap kembali ke ruang kecewa dan deritanya. Apa yang boleh kamu buat lagi? Kamu beri dia ruang. Biarkan dirinya dalam ruang itu untuk sementara waktu. Jangan kamu datang dan berkata kepadanya, "Sabar ya" atau "Harap kamu bersabar dengan dugaan yang mendatang" atau "bawalah bersabar" atau "Awak, sabar itu separuh daripada iman" Tidak perlu ucapkan itu kepadanya kerana mungkin orang pertama yang menasihatinya sudah memulakan ayat itu sebagai cara memujuk. Kamu temani dia bersedih. Masih ingat lagi dengan kata-kata, 'Susah sama susah, senang sama senang'? Nah, ini masa untuk kamu bersusah-susah dengannya. Temani waktu susahnya. Ratapi hibanya. Biar dia bercerita waktu sedihnya dan berikan 'bahu' kamu untuk dia bersandar, menangis. Jangan lupa juga untuk ceriakan hatinya. Berikan baris-baris kata-kata semangat. Hiburkan ha...

BlackBerry Sudah Dimiliki

BlackBerry 8520 Curve sudah berada dalam genggaman. Oh, sungguh teruja. Jangan minta. Aku sudah jatuh hati dengannya. Juga, jangan minta telefon lama aku. Aku masih guna kerana line Maxis aku masih diperlukan. Tetapi aku tidak pernah suka ada lebih daripada sebuah telefon di dalam poket seluar. Nanti aku lihat bagaimana jadinya.

Hadiah (Kecil) Blog4FT

Aku sudah terima surat pengesahan aku memperolehi hadiah khas juri pertandingan Blog4FT tempohari. Tidak mengapa cuma sekadar hadiah kecil. Aku sudah cukup puas hati. Hadiah utama adalah sebuah kereta Peugeot 308! Aku terima voucer Borders sebanyak RM100, sebuah telefon Blackberry 8250 Gemini (? Aku fikir ianya adalah 8520 Curve) dan pakej Celcom Broadband dengan langganan percuma sebulan. Okay juga. Voucer Borders pasti aku akan guna untuk beli buku yang menarik. Blackberry aku akan guna. Broadband aku masih belum tentukan apa yang akan aku lakukan. Tahniah untuk diri sendiri. Kalau ada lagi pertandingan seumpama ini, inshaAllah aku akan cuba lagi. Kalau menang Peugeot 308, aku tidak akan tawar kepada sesiapa! Hahaha. Oh, esok aku mahu pergi ambil Blackberry dan broadband di Pavilion KL. Jom!

Lagenda Budak Setan Difilemkan

Aku bukanlah peminat filem melayu moden. Amat jarang aku menonton filem melayu di panggung wayang, melainkan kalau diajak oleh kawan-kawan. Aku juga bukanlah peminat novel melayu moden, tambah-tambah kalau ianya ada bau-bau cinta dan remaja. Kali terakhir aku membaca novel melayu, entah bila. Anehnya, aku sendiri sedang menulis novel, berbahasa melayu. Filem Lagenda Budak Setan yang bakal dipertontonkan di panggung wayang Jun nanti diangkat daripada novel bertajuk sama karya Ahadiat Akasyah. Aku tidak pernah membaca novel ini. Tetapi suatu masa dulu, sewaktu zaman remaja aku, novel ini adalah novel paling popular di kalangan kawan-kawan, terutama kawan perempuan. Aku suka apabila sebuah novel difilemkan dan aku pasti novel ini adalah novel yang cukup baik untuk difilemkan. Kalau tidak, masakan novel ini begitu laris suatu ketika dulu. Pasti mereka yang dulu cuma sekadar membayangkan adegannya di dalam mainan ilusi mereka akan ternanti-nanti filem ini. Adakah aku akan menontonnya nanti?...

Jersi Baru Liverpool FC

Jersi Home Liverpool FC 2010/12 sudah keluar. Penaja juga sudah bertukar, Standard Chartered. Quite nice. :-) Masa untuk kumpul duit dan dapatkan sehelai.

Patutkah Kerajaan Wujudkan Universiti Tadbiran Awam Khusus Untuk Penjawat Awam Malaysia?

Aku sedang sibuk berkira-kira untuk sambung belajar. Tiga pilihan universiti; Open University Malaysia, Wawasan Open University dan Universiti Teknologi MARA. Aku fikir sudah sampai masa aku serius untuk sambung belajar. Tidak ada apa halangan dan rintangan kerja di depan masa buat masa terdekat. Kemudian aku terfikirkan suatu perkara. Kenapa Perkhidmatan Awam Malaysia tidak menyediakan sistem pendidikan dalaman (internal) berkonsep universiti bagi kakitangannya yang berjumlah 1.2 juta orang? Maksud aku, agensi pendidikan perkhidmatan awam iaitu Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN) patut dinaik taraf menjadi universiti dalaman khusus untuk semua kakitangan kerajaan. Kursus apa yang hendak disediakan? Begini caranya, aku beri contoh. Pertama; Aku kerja di Jabatan Pendaftaran Negara. Banyak akta dan peraturan serta perlembagaan yang berkaitan perlu difahami dan diketahui oleh kakitangan terutama yang bergred KP (Keselamatan dan Pertahanan). Mereka bekerja sebagai kerani (pembantu pend...

Seronok Berbasikal!

Aku kepilkan di sini potret diri, aku rakam sendiri sekitar aku berbasikal sejak awal Mac lalu. Sudah hampir sebulan aku berbasikal setiap petang (hampir) dan ianya sentiasa memberikan pengalaman dan suasana yang baru. Hari-hari terawal berbasikal. Kayuh 12km, sesak nafas. Oh, perut aku. Itu punca utama aku berbasikal. Untuk membuang lemak yang sudah lama bertapa di dalam badan ini. Gambar atas dan bawah di tempat yang sama, hari berlainan. Di puncak bukit di Taman Wawasan. Kamu perlu pergi di situ untuk melihat keindahannya sendiri. Gambar atas dan bawah, di trail berhampiran Parcel C - F dan Dataran Putra. Laluan yang landai dan berpinggiran dengan tasik sungguh menenangkan fikiran. Petang hujung minggu lalu, aku menanti senja berlabuh di tepi Jambatan Seri Saujana. Sungguh indah. Siang tadi, sementara berehat setelah selesai berbasikal. Awan di kala senja semakin menjelang tiba membuat aku terhenti dan duduk menghargainya. Oh, hidup ini sungguh bertuah. Terima Kasih kepadaNya.