Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2004

Entah

http://www.i-putra.com.my/sites/Site.cfm?id=34 Link diatas adalah link ke laman web kalau korang nak tengok bangunan JPN baru dan macamana nak kesana. Kalau susah sangat, tanya je orang Putrajaya macamana nak ke Palace Of Justice. JPN dekat situ je. Err... Dah blur..

Jadi Orang Putrajaya!

Baru selesai pindah pejabat ke Putrajaya. Penat amat sangat sebab banyak barang nak kena angkat walaupun ada tukang angkat barang. Ye la, barang keselamatan (kad kosong belum bercetak) takkan nak bagi orang biasa angkat. Bahaya! Production MyKad masih belum bermula kembali. Ada masalah dengan suasana kerja. Pejabat memang canggih tapi aircond tak sesuai dengan mesin. Agak panas dan boleh menyebabkan mesin overheating. Jadi tak nak ambil risiko mesin rosak. Itu pun tadi sebuah mesih dah rosak. Kalau murah takpe. Ini berjuta-juta RM kosnya. Bos besar macam tak faham keadaan ni mendesak kami jalan juga. Katanya orang dah tunggu. Memang la tunggu. Nak buat macamana. Daripada langsung tak boleh buat nanti, baik tunggu sampai betul-betul okay. Jadi orang ramai kena bersabar. Macam pindah rumah, tiada apa yang boleh sempurna dihari pertama. Semua jadi panas termasuk orangnya. Itu ini tak kena. Aku malas sangat nak fikir sebab itu kerja bos. Tapi bos hilang. Pelik juga bos ni. Dulu masa tengah

Sakit..

Berhari-hari aku dilanda sakit perut yang amat sangat. Mula-mula pergi klinik, dia bagi ubat angin yang pelik. Aku makan tapi tak berhasil. Lusanya aku pergi klinik kerajaan di Plaza Pantai, dia bagi ubat angin juga dan masih tak berkesan. Semalam aku pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dia bagi ubat angin dan gastrik. Aku tak ada gastrik kata doktor sebab hati okay. Appendiks pun okay sebab aku tak demam. Jadi cuma angin berlebihan dalam perut. Tapi dia bagi juga Histac 150mg iaitu antara ubat gastrik yang power. Maxolon pun dapat. Entah apa kena la perut ni. Sekarang baru okay sikit. Tapi kadang-kadang pedih juga. Makan okay. Cuma sekarang aku dah kurang makan pedas (macam la aku selalu makan pedas). So, dua hari cuti. Esok baru pergi kerja. Aku rimas tak kerja. Duduk rumah tak selesa. Dulu kalau ada motor, boleh jalan sana sini tanpa fikir nak parking di mana. Sekarang berkereta, nak fikir parking yang pening tu. Mulai 10 Disember ni pejabat aku sibuk berpindah ke Putraja

Berkereta akhirnya...

Sudah lama tak menulis. Lepas raya semuanya jadi malas. Kerja pun agak sibuk tambah-tambah lagi nak kena pindah ke Putrajaya. Backlog production MyKad dah mencecah 700,000. Jadi kalau sesiapa yang baru apply MyKad, maaf, kad korang sure lambat siap. Jangan salahkan pekerja. Erm.. sikit-sikit boleh la. Tapi mood raya masih ada. Kemudiannya ditambah dengan problem suppy bahan mentah dan data, jadi terpaksa rugi masa. Takde apa yang menarik nak diceritakan buat masa ini. Cuma satu, aku dah tak bermotosikal. Aku berkereta. Kancil 850 EX second-hand. Jadilah. Apa nak bagi nama ye?

Selamat Hari Raya

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Jemput datang ke rumah di No. 5750D Jalan Taiping, Kuala Kangsar, Perak. Aku balik raya esok, hari Jumaat pagi. Beraya sampai hari Rabu minggu depan. Bukan tak nak raya lama-lama, tapi tugas banyak. Orang lain nak berseronok cuti. Jadi aku takpelah bagi ruang kasi diorang cuti. Lepas ni aku cuti lama-lama jangan banyak komplen pula. Aku nak beli kereta. Isyk...

Kuala Kangsar

Aku sekarang berada di Kuala Kangsar. Semalam balik hantar barang-barang adik yang baru habis belajar di Kuala Lumpur. Penuh kereta Iswara dengan barangnya. Nasib Iswara, kalau kancil agaknya kena letak atas bumbung. Kenapa orang perempuan suka simpan barang banyak-banyak? Aku 12 tahun berada di Kuala Lumpur barang baru 1/2 bilik. TV, DVD, komputer, almari dan lain-lain. Aku rasa satu kereta pun muat. Tapi ini duduk belajar 3 tahun di KL tapi barang dah macam orang duduk KL 10 tahun. Bila aku periksa balik, semua barang yang remeh temeh dibawanya. Aku kata tinggalkan je sebab tak berapa penting. Entah, mungkin lain orang lain value sentimentalnya. Sekarang tengah surfing internet di AMS Komputer, Cyber Cafe cum PC shop member. Kedai kecil tapi maintain coolnya.

Suatu Masa Dulu

Dari Blog |[melur]| :: Monday, March 18, 2002 :: ahmadsharidan: huh.. ahmadsharidan: :) ahmadsharidan: its okay to be sad about this thing ahmadsharidan: but life has no ending till we die ahmadsharidan: so why stops here.. ahmadsharidan: continue on with our beautiful life.. |[melur]|: ermm ahmadsharidan: makes it more beautiful |[melur]|: tapi zidan aku dah tawar hati.. |[melur]|: takut |[melur]|: semua ada ahmadsharidan: err... |[melur]|: gembira pun buat buat.. |[melur]|: cube cari kegembiraan ==== Persahabatan itu sesuatu yang amat menarik. sukar untuk difahami tetapi mudah didekati.

Berpusing-pusing di Satu Paksi

Kalau diam membisu dan itu membahagiakan orang lain, pasti akan aku lakukannya. Kalau diam membisu dan itu menyenangkan orang lain, pasti akan aku lakukannya jua. Aku dah bosan untuk berkata-kata sedang mereka hanya seperti tunggul memantulkan semula kata-kata itu. Aku dah cukup bosan untuk mendengar kata-kata orang lain, cadangan dan permintaan orang lain untuk aku berubah. Untuk apa? Untuk kebaikan aku kononnya. Selama aku hidup, takde pun keadaan asal itu menyusahkan aku. Maka ada baiknya aku bertindak mengikut hati ini saja dari mendengar dan menuruti kata-kata orang lain tanpa apa-apa maksud. Kata orang, buat sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ye, betullah tu. Makan hendak kenyang, minum hendak hilangkan dahaga, sembahyang hendak pahala dan keredhaan Allah. apa saja tindakan kita sentiasa ada sebab dan balasannya. Takde buat sesaja sesedap rasa tanpa dapat apa-apa. Jadi salahkah aku buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu? Entahlah. Aku dah amat-amat bosan. Takp

MRSM Balik Pulau

Baru lepas surf www.ansarabp.com . Website xMRSM Balik Pulau. Ye, aku budak MRSM. 12 tahun lalu aku tamat belajar disana. 16 tahun lalu aku masuk belajar form 2 di sana. Patutnya aku masuk MRSM Gerik masa form 1 tapi MRSM tu tak siap sampai 1996, jadi kami batch asal seramai 126 orang ditendang ke MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Masa tu aku kecik je. Jadi memang sah senang-senang jadi mangsa buli. Lepas tu kiranya aku taraf budak baik sebab merokok pun tak, apa pun tidak. Tapi takat lompat pagar (actually pagar tu boleh tolak tepi) keluar maktab tu perkara biasa. Bila form 4 aku masuk kelab lumba basikal. Asal petang je keluar sekolah naik basikal lumba. Bukan training pun. Saja pegi town, Pekan Kongsi. Nak cerita pasal kenangan di MRSM BP memang banyak. Tapi yang paling jelas korang boleh baca komik STUDENT LIFE karya SIREH@Anoy. Itu memang merujuk MRSM Balik Pulau sebab budak Anoy tu pun ex-student sana. Kalau yang pernah baca, cikgu disiplin garang nak mampos tu ialah cikgu Hamid. d

Duit Bonus Tak Boleh Beli Ubat Rabun Warna

"Engkau nak beli apa bila dapat duit bonus nanti?" "Tak tau lagi." "Tak beli baju raya ke?" "Baju melayu tahun lepas dah ada sepasang dan masih okay. Ada dua helai lagi baju melayu yang masih elok. Paling penting, kasut kulit untuk kerja. Rasanya dah cukup." "Jadi tahun ni takde baju baru la ye?" "Ada, baju dan seluar pergi kerja. Aku dah gemuk, semuanya dah tak muat." "Lagi apa nak beli?" "Meja TV. Sekarang ni aku letak atas polisterin je. Kemudian kalau ada duit lebih nak beli almari baju baru. Yang lama dah sarat." "Itu je?" "Ntah. Tak tahu apa nak fikir lagi." ==== Kalau orang lain, mungkin dah lama ada perancangan untuk menyambut hari raya. Aku masih tak tahu apa nak buat. Cuma yang aku rasa paling nak buat ialah cari sehelai samping dan butang baju melayu. Itu je. Aku rasa baju melayu yang ada sekarang masih elok. Jarang sangat aku pakai. Seminggu lebih kurang sekali je aku selang

Membuang Keliru

Aku pelik melihat manusia yang ada diantara mereka begitu keras hati dan sentiasa ingin rasa betul dalam semua keadaan sedang hakikatnya orang tidak mempersoalkan betul atau tidak. Kenapa dalam hidup ini mesti sentiasa ada betul atau tidak? Kenapa kalau diwujudkan persoalan jawapannya nanti adalah dalam bentuk terbuka tanpa mempersoalkan siapa yang betul siapa yang tidak? Ada orang yang sepanjang hidupnya melihat apa yang dilakukannya adalah betul dan setiap tindakan beliau sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain. Dan apabila bersahabat dengan mereka, mereka timbulkan pelbagai ugutan kononnya mereka akan bosan dan meluat dengan kita kalau kita tidak mengikut haluan tuju atau mempersoalkan tindakan mereka. Aku, cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang ini tetapi setiap kali aku dilayan seperti bukan yang aku harapkan. Tapi aku tak harap dilayan sebegitu baik. Cuma aku mahu dihormati sebagai seorang kawan. Bukan digunakan jika perlu dan dibiar jika mereka ada hal lain. Setiap soala

Zura Menyibuk.. hehe

Si Zura ada disebelah tengah sibuk perbetulkan permohonan KPLI J-QAF nya. Ala, iklan nak jadi guru tu. Dah berapa kali dia minta KPLI aku tak pasti tapi memang setiap tahun atau setiap kali iklan keluar dia pasti akan pohon. Tapi kali ini aku rasa peluang dia agak baik sebab berkaitan rapat dengan kelulusan dia sebagai graduate linguistik bahasa Arab. Jadi kalau jadi guru bahasa Arab memang sesuai sangat. Kata dia orang Arab di Jordan dulu pun tak sangka dia orang Malaysia sebab cakap Arabnya berabuk. Aku harap dia dapat sebab aku dah kesian tengok dia susah hati bila tak dapat. Hari tu disalahkan kaum lelaki sebab memang KPLI baru-baru ni ramai budak lelaki yang dapat. Aku takde apa nak komen, mungkin betul. Esok puasa, agaknya. Harini kiranya ramai orang yang akan makan bersungguh-sungguh time tengahari sebab esok tengahari dah tak boleh nak makan. Aku pun sama. Tapi tak banyak mana pun makan. Cuma harini aku nak makan aiskrim kalau sempat. Kek dah makan. "Selamat berpuasa, mest

Suatu Petang Itu

Bila berbicara dengannya, ia dirasakan begitu berat kerana pendapat dan pandangan masing-masing amat kritis dan terbuka. Kadang-kadang selepas berbual jadi begitu penat memerah otak untuk mengutarakan sesuatu yang signifikan dengan kehendak akal dan fikirannya. Itulah yang menarik minat untuk aku terus berbicara dengannya. Dan dia juga akui, berbual dengan aku banyak yang bermanfaat. Berdebat, kritik dan soal-jawap sentiasa dalam keadaan yang 'panas' dan menarik. Terima kasih untuk sebuah petang yang mendamaikan...

Puasa

Ramadhan menjelang tiba. Kali ini ialah Ramadhan yang ketiga aku berpuasa di pejabat ini dan kali terakhir disini. Tahun depan mungkin di Putrajaya. Banyak kenangan berpuasa di sini, tapi tak boleh nak dibandingkan dengan kenangan berbuka puasa di MRSM BP dan juga di UiTM Kolej Perindu dulu. Makan dengan member nasi kawah dan kadang-kadangan dengan ikan jacket dan ayam sebesar ibu jari. Air paling glamer pastilah sirap. Itulah yang kalau boleh orang dewan makan nak sediakan setiap hari. Sekali sekala dapat makan diluar. Dulu masa duduk dengan Bob, member baik UiTM, aku dengan dia selalu ke Bukit Bintang. Bila time nak buka puasa, pergi naik tingkat lima beli nasi bungkus, nasi saja. Turun bawah pegi KFC dan beli ayam dua ketul. Masa tu masih murah lagi. Dua ketul tak sampai RM3. Buka puasa di KFC makan nasi berlauk ayam KFC dan kuah cili sos. Itu je. Memang merepek tapi pengalaman. Kalau buka puasa telan air liur, minum air paip tu dah memang biasa. Sekarang dah mewah sikit. Time buka

Dah Habis Exam

Selepas habis exam, apa rasa? Biasa je. Ada subjek yang okay, ada yang KO. Tapi yang pasti next sem aku study lagi. Heh. Cuti la aku untuk beberapa bulan. Mungkin sampai hujung bulan November. Jadi aku rasa nak mulakan balik projek website aku yang amat lama tergendala ni. Tengah cari idea nak buat camana. Aku nak ubah konsep tapi takutnya nanti konsep yang aku pilih tak kena dengan gaya aku pula. Aku rasa dah berapa banyak interface aku buat tapi masih tak puas hati lagi. Ada saja yang tak kena. Tunggulah ye.

EXAM dan Start!

Harini bermula exam final aku. Pagi tadi baru lepas jawab soalan Sains Politik. Semua orang komplen sebab apa yang disoal begitu terbuka sampai pening nak jawab. Takde detail, takde definisi, takde terangkan. Lecturer memang tak ajar agaknya. Tapi kalau ikut soalan semester sebelum pun, memang banyak beza dari segi konsep. Jadi memang susah kalini. Nasiblah. Agaknya semester ni bukan semester aku nak score. Selasa nanti ada exam English, kemudian Rabu exam Financial Accounting. English aku tak risau sangat tapi Financial Acc. memang memeningkan. Dengan buku rujukan pun merepek, lecturer lagi lah merepek. Aku pun memang tak boleh nak catch up. So dari malam karang sampai malam Rabu nanti akan aku sibuk studi Financial Acc. Tapi tengah mengantuk ni. Malam tadi tak cukup tidur walaupun tidur awal. Ada je yang mengganggu tidur. Sejuk tapi tak cukup selesa. Agaknya dah tiba masa aku beli tilam. Selama dua tahun asyik tidur atas comforter jek. Badan pun dah makin protes dengan sikap tak ambi

Balik Kampung

Nak balik kampung. Dah dekat tiga bulan tak balik. Nak ambil surat exam. Kemudian nak pegi rumah Lily kalau sempat. Esok ulang tahun hari lahir dia. Kalau tak pegi nanti bising pula dia. Hujung minggu depan final exam. Hehehe.. Ready? Belum. Tengah ready? Belum. Habis buat apa? Main The Sims 2. Best!

Kenapa Tunjuk Alim Sedang Hati Busuk?

Awal Oktober ada peperiksaan akhir Universiti. Sekarang aku dah mula sibuk studi. Mungkin semester ni lebih sibuk sebab subjek Financial Accounting aku blur habis. Bukan susah tapi lecturer ajar kelam kabut ditambah dengan ugutan-ugutan dia mengenai kemungkinan gagal (bukan ugut mengugut macam Siti Nurhaliza). Sains Politik aku rasa aku boleh score macam sem lepas. Cuma mungkin tak sebaik dahulu. Aku dah kira-kira result aku sure rendah berbanding last sem. Tapi aku tak terkilan macam sem lepas. Dapat 3.5 keatas tapi tak dianugerah sijil dekan. Semester ni jadi malas nak bersungguh-sungguh. Kadang-kadang meluat tengok orang bodoh sombong buat-buat pandai. Lepas tu dia tahu ada orang dekat dia yang tahu tapi tak nak minta tolong sebab ego dia tak nak layan orang tu. Akibatnya cukup sekadar mengedap dari jauh melihat kerja orang yang pandai buat kemudian dicuba tanpa dia faham kenapa. Walaupun betul, tapi aku tak fikir dia akan faham kenapa. Sebab itulah aku ni bukan dari jenis orang yan

TV Baru...

Semalam sepatutnya awal-awal lagi aku sudah pergi beli meja TV. Aku tidur sampai aku lupa. Bukan lupa tapi tak sempat. Aku kira takpelah, esok saja aku beli. Tapi malam semalam aku terima panggilan dari kedai elektrik, TV hendak di hantar malam semalam juga. Pening kepala. Dekat jam 10 malam baru tiba LG Flatron 21" baru. Gembira memang gembira sebab lama sangat dah aku guna PC sebagai TV aku. Cuma aku tak tahu mana nak letak. Buat masa sekarang aku alaskan dengan polisterin saja. Selepas buat setting itu dan ini, puas hati dapat menonton TV sebenar kembali setelah sekian lama. Jangan persoalkan kenapa aku pilih LG. Murah memang murah, design simple dengan bebutang terlindung dibawah tanpa perlu ada pintu (yang biasanya akan mudah patah) menutupinya. Skrin flat yang aku idam-idamkan. Fungsi keseluruhan tak begitu rumit jadi senang aku set tanpa perlu susah payah macam nak baiki sebuah kapal terbang. Hasilnya dapat tengok Majalah 3, kemudiannya Queer Eyes For The Straight Guy (aku
Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan selepas 6 tahun di penjara dan selepas 6 tahun dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ramai kata keadilan mahkamah akhirnya dapat ditegakkan kembali. Ada juga yang kata Perdana Menteri, Pak Lah telah sedikit sebanyak memainkan peranannya dalam pembebasan Anwar. Seperti yang ramai orang tahu, Pak Lah dan Anwar begitu rapat suatu masa dahulu. Apa pun, beliau sudah dibebaskan dan wajar pergi ke Alpha Clinic seperti yang dipinta beliau untuk menjalani pembedahan tulang belakang dengan segera. Kesian tengok Anwar susah nak bergerak. Nampak sangat kesakitan yang dialaminya. Apa lagi yang orang nak? Harap jangan la lagi pergi berpiket di Dataran Merdeka atau mungkin depan Masjid Putra pula. Harap takde lagi politik caci mencaci. Orang UMNO perlu sedar terutama pemimpin mereka, mereka tak lebih tinggi dari mahkamah. Setegas mana mereka mempersoalkan keputusan mahkamah, mahkamah tetap mahkamah.

Kampung Baru (Isu Lama)

Kenapa la cerita pasal Kampung Baru tu tak pernah sudah? Dulu orang marah Drs. Sulaiman Daud pasal dia berusaha nak majukan Kg. Baru. Orang marah bukan apa, pampasan dan cara dia nak majukan tu tak menguntungkan orang Kg. Baru. Sekarang orang start bising lagi pasal nak majukan Kg. Baru. Nak tukar status tanah rezab melayu kepada tanah terbuka supaya orang bangsa lain boleh beli dan dimajukan. Kenapa? Kenapa perlu tukar status? Kenapa nak bagi orang bukan melayu beli? Kenapa nak majukan? Takde cara lain ke kalau nak majukan? Aku heran setiap kali cakap nak majukan Kg. Baru, perkara pertama yang mesti orang-orang ni nak buat ialah cuba mencungkil atau melepaskan hak milik tanah penduduk Kg. Baru. Kenapa nak ambil hak penduduk? Suka ke kalau orang dengan paksa nak beli tanah kita? Tak suka, sesiapa pun tak suka melainkan kalau dia jenis tak reti jaga harta atau jenis desperate gila. Memang tanah Kg. Baru tu teramat mahal. Sekaki persegi mungkin ratusan ringgit. Kawasan pula amat strategi

Heh!

Minggu ni minggu beku. Idea pun takde. Apa nak tulis pun tak tahu tapi apa yang terfikir tu memang banyak. Cuma tak tertulis di sini. Rasanya kalau boleh rekod apa yang difikirkan kemudian secara automatik diterjemahkan di sini kan mudah. Berangan je aku ni. Entah. Nantilah aku tulis panjang. Nak pegi main Futsal.

Entah

Baru la dapat relaks daripada buat assignment sepanjang masa. Lega rasanya. Kalau tak kelam kabut hidup ditambah dengan kerja yang tak sudah-sudah. Pace aku rasanya dah jadi gear ke 4 - 5 kot. Biasanya slow je. Ini dah laju semacam. Penat pun ada. Dah berapa lama aku tak pegi jogging. Aku nak jogging la. Malas jadi gemuk dah. Nak tulis apa ye? Hehe.. Tatau la. Takde apa yang menarik melainkan aku sibuk dengan kerja dan study seminggu dua yang lepas. Cuti hujung minggu merdeka ni pun tak tentu aku balik kampung ke tak. Emak dah bising sebab aku lama tak balik, disuruhnya balik. Tapi aku ni susah sikit nak balik. Bukan tak suka balik tapi tak senang nak balik. Nak kena cari kereta juga la lepas ni. Baru selesa agaknya balik. Kalau tak selesa juga, baik aku pindah balik kampung je senang. Dah le tu. Nak balik nak pegi kedai jual CD games. Nak cari CD Locomotion. Tak payah tanya la. Korang takkan minat.

Pelik

Busy siapkan assignment. Aku ada satu problem la. Entah kenapa tiap kali time aku nak baca buku ilmiah atau buat kerja ilmiah, secara automatik jadi mengantuk amat sangat sampai nak buka mata dan berfikir pun susah. Tapi bila aku pergi buat kerja lain, suff ke, baca komik ke, tiba-tiba je mengantuk tu hilang. Aku berbalik untuk cuba buat kerja ilmiah, terus mengantuk balik. Aku pelik dan tak faham kenapa. Kenapa?

Voice From Within v1.0

Aku tengah mencuba BlogThis! dalam Blogger. Ini website member baik aku yang boleh kata setiap hari aku masuk walaupun tak setiap hari dia update. Voice From Within v1.0

2 Tahun di Bekerja

Heh! Dah Ogos 2004. Kejap je masa berlalu. Dua tahun dulu aku keberatan nak terima jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara ni. Memang waktu tu aku langsung tak berminat nak bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Yang aku paling berminat ialah nak buat bisnes sendiri. Malah kertas kerja untuk di persembahkan kepada pemodal masih ada di binding dengan sempurna. Tapi semakin berabuk tidak membawa apa-apa makna. Ketika itu aku sedang belajar disebuah institut latihan professional dalam kursus Microsoft Certified System Engineer (MSCE). Bayaran amat mahal pulangannya memang besar juga. Tapi bila dapat surat tawaran kerja dari JPN, aku serba salah. Loan dah apply. Emak dan Ayah pula bising suruh pergi. Petaling Jaya. Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Ingatkan dapat area Perak atau yang lebih dekat. Tapi dapat terus Ibu Pejabat. Mula sekali problem ialah tempat tinggal. Mana aku nak cari tempat tinggal dalam tempoh seminggu? Jadi kesana kemari aku pergi. Hari first terus aku lepak hotel mur

Lelaki yang Macam Perempuan (Bukan Pondan!)

Dr. Fadhilah Kamsah pernah berkata, " lelaki yang baik adalah lelaki yang byk ciri-ciri perempuan". Hah, baca tu lelaki. Letak jauh-jauh sikit ego korang bila baca tulisan aku seterusnya ni. Macam aku kata sebelum ni aku ialah lelaki yang sukakan perempuan, bukan gay walau aku suka tengok perangai orang gay (yang kebanyakkannya lebih bagus dari straight guy). Lelaki ni kadang-kadang terlebih sangat sifat lelakinya hinggakan tak boleh sikit nak terima sifat perempuan walaupun ianya betul dan sesuai juga kita nak guna. Paling bermasalah bagi seseorang lelaki ialah, EGO. Ego ni banyak sifat egonya. Ego segala-galanya dan ego berkaitan sesuatu perkara iaitu mungkin prinsip, perilaku, kaedah dan sifat. Tapi rata-ratanya takde seorang manusia pun yang takde ego. Semua orang ada ego cuma yang jenis lelaki ni suka sangat ego menguasai diri. Contoh ego lelaki yang paling senang nak dengar di mulut, "Lelaki mana boleh menangis!". Pi rah mabuk. Pantang pula jadinya kalau nak m

Belajar Dan Lupa

Sebenarnya aku sibuk dengan assignment UiTM yang kalini begitu perit untuk disiapkan. Puncanya tiada connection internet di rumah dan di pejabat internet terpaksa berkongsi dengan 60 orang yang lain. Tambah lagi, lecturer ni macam tak faham orang ni kerja. Time bila nak check internet dengan banyak online assestment + online test + online quiz + homework + take home test + dll lagi nak kena siapkan. Penat ooo. Ini pula ditambah dengan kehadiran. Kehadiran aku rasa satu option bila belajar e-pjj sebab bukan semua orang ada masa. Tapi lecturer Accounting sorang ni fikir kalau tak datang mesti kena buat surat tunjuk sebab. Pelik betul. Memang penat kerja sambil belajar ni. Penat sangat. Sebenarnya memang takde masa nak studi tambah-tambah kalau kerja dari awal pagi sampai malam setiap hari. Bila balik rumah dah penat jadi kalau studi pun memang tak masuk dalam kepala. Semester lepas walaupun aku score tinggi, aku akui memang aku tak studi langsung. Semunya last minute. Subjek sains politi

TENSION!

Keliru kalau kenyataan sudah berada di depan mata tapi realitinya tak dapat disentuh atau dimiliki. Hanya dapat melihat dan itu sahaja. Hanya dapat menghargai dan itu sahaja. Aku dalam keadaan sekarang amat-amat aku rasa terkilan dan kecewa. Tak dapat aku lakukan apa pun, hanya pasrah. ermm... AAARRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! KENAPA!!!!!!!!!!!

Merapu Sekali Sekala

Assignment nak kena siapkan sebelum hujung minggu ni. Tapi baru kelmarin dapat pilih tajuk yang sesuai dan baru semalam dapat download segala mak nenek data dan artikel yang diperlukan. Kalau lecturer marah sebab aku tak buat rujukan buku di library, suruh dia pergi cari sendiri. Bila masa aku nak pergi? Jadi aku bagi rujukan artikel semasa yang aku fikir lebih relevan dan isu yang diutara lebih jelas dengan tajuk yang aku buat ni. Nasib baik kebetulan aku jumpa isi yang banyak dari website Bernama yang berkaitan dengan konferens di Kuala Lumpur tidak lama dulu. Orang yang membentangkan kertas kerja pun adalah dari kalangan cendiakawan yang terkenal jadi harapnya rujukan aku ni 'power'. Kelas perakaunan untuk hujung minggu ni kena batal dan digantikan pada minggu depan. Aku ada OT minggu depan so terpaksa korbankan OT tu semata-mata satu kelas yang lecturernya tegas nak mampos. Kesian kalau difikirkan member-member yang tinggal di Terengganu, Perlis dan Johor. Susah nak datang

Penat dan Sibuk

Kembalilah aku dari Pulau Langkawi dengan seribu kenangan. Aku pasti akan pergi lagi kesana suatu masa nanti. Cuma ralatnya bila pergi bersendirian. Ramai yang bertanya kenapa dan mengapa. Di Langkawi sendiri tidak sedikit yang bertanya sedemikian. Jawapan aku cuma satu, kawan-kawan sibuk kerja. Tapi nyatanya aku mahu sendirian. Aku pergi kemana sahaja dengan kemahuan aku semasa di Langkawi. Dalam masa sehari, aku keliling Pulau Langkawi dan pergi ke tempat orang lain takkan pergi. Mungkin orang lain akan bosan kalau ikut aku tempohari. Kalau ada yang suka mereka mungkin terpaksa atau untuk menjaga hati. Aku agak sibuk dengan studi. Tengah sibuk menyiapkan tugasan. Malas nak buat kerja lambat sebab nanti jadi kelam kabut. Baik buat sekarang kemudian boleh rehat dengan senang hati. Jumpa Lagi...

Gelap Berselindung Disebalik Cerah

Bukan senang nak menilai orang lain. Atau melihat orang lain dan cuba membayangkan cara hidupnya. Selalunya kita hanya dapat lihat dari sudut fizikal yang amat sempit pandangannya. Realitinya hanya mereka saja yang tahu. Realitinya hanya kita saja yang tahu hidup kita bagaimana. Pakar psikologi pun takkan dapat tahu semuanya hidup kita yang sebenar. Dan aku sendiri tak pernah bebas menulis apa saja disini dan mendedahkan segalanya. Masih ada yang amat terlindung dan aku tidak mahu orang lain mengetahuinya. Tapi kalau kita 'terserempak' dengan sesuatu yang buruk di kalangan yang baik seseorang itu, apa yang perlu kita lakukan? Diam sahaja sebab kita tak perlu masuk campur urusan orang lain dan tak perlu jaga tepi kain orang (ini persepsi salah kot)? Atau kita selama-lamanya berubah persepsi terhadap mereka? Kalau mereka tunggang terbalik sembahyang setiap masa dan menjeling kepada kita yang dikira jahil ini sedang mereka jelas melakukan sesuatu yang mungkar, apakah kita perlu be

Berjalan-jalan

Esok kelas. Kali ni tidak lagi dibawah tempat duduk Stadium Shah Alam. Sekarang di Seksyen 17, Shah Alam. Lebih selesa harapnya. Kurang sikit aku mengantuk dalam kelas nanti. Aku ada matlamat besar untuk semester ni. Untuk membuktikan yang result aku dapat last sem bukan nasib semata-mata. Kali ni aku nak tingkatkan lagi. InsyaAllah. Minggu depan nak ke Langkawi. Aku nak bercuti dan berseorangan. Member pelik bila aku cakap yang aku nak bercuti sorang-sorang di Langkawi. Kenapa pelik sangat? Aku suka begitu. Dan aku tahu orang tak suka ikut aku sebab aku tak pernah nak set kemana aku nak pergi. Jadi tak payah tanya kalau-kalau boleh ikut. Kalau nak ikut, pergi je. Tapi tak jamin boleh ikut aku kemana-mana. Apa aku nak buat di Langkawi? Pertamanya aku tak pernah kesana lagi walau sudah berdekad orang sibuk cakap pasal Langkawi. Sejak dulu teringin nak pergi tapi masih tak tercapai hasrat. Tapi kali ni betul-betul nekad nak pergi. Cuti dah ambil tapi tiket masih belum beli. Macam ni pera

Perjalanan Yang Jauh

Semalam merayau dengan motor tanpa arah tujuan. Sebelum keluar dari rumah, di benak otak ni terfikir hendak kemana aku. Memang tiada arah tujuan yang ditentukan bila motosikal mula bergerak. Aku hanya menurut rasa hati. Belok ke Pantai Dalam aku terus masuk NPE (New Pantai Expressway). Sebab aku naik motor jadi beranilah lalu sini. Kalau kereta, sure dah kena RM1.60 satu tol. Jalan punya jalan sampailah aku di Pelabuhan Klang. Dekat tepi stesen komuter Port Klang aku berhenti di KFC untuk makan. Satunya memang lapar dan satu lagi sebab sakit pinggang lama sangat menunggang motor. Seronok memerhatikan laut dan suasana sekeliling yang kali terakhir aku berada disana adalah 6 tahun yang lalu. Masih tiada apa yang berubah. Ditepian tebing masih ada bot-bot yang tertunda. Masih ada bau dan suasana yang sama. Masih ada jeti yang membawa aku ketempat kerja suatu masa dulu. Masih tidak berubah. ==== Artist: Joseph Arthur Song: Honey & The Moon Don't know why I'm still afraid If you

Kasta Dalam Sistem Jabatan Kerajaan

Kadang-kadang rasa tak adil kerja dengan kerajaan ni. Maksud aku pangkat dan darjat dalam jawatan kerajaan. Kalau dah taraf kerani kebawah tu, rasa macam kuli je. Kalau dah pegawai pertengahan tu, kira macam tengah honeymoon dan kalau pegawai atasan tu, rasa macam tak kerja je. Cakap la apa orang nak cakap dan keluarlah kenyataan dan fakta apa sekalipun, tapi selagi orang tersebut tidak berada didalam keadaan orang yang bekerja itu sendiri, mereka takkan tahu. Kalau tengok pegawai atasan, nak sain laporan pun siap boleh buat di hotel dan resort. Nak buat brain storming sampai ke genting atau mungkin ke Port Dickson. Nak buat paper work untuk projek baru boleh terbang ke Sabah atau mungkin ke Langkawi. Setiap hari sekurang-kurangnya mesti ada mesyuarat yang selalunya berjam-jam habis sebab bersembang je. Setiap waktu mesti ada kursus itu dan ini tetapi anak buah langsung tak tahu apa-apa juga. Apa tidaknya, orang yang pergi kursus pun tak tahu apa-apa selepas balik dari berkursus. Pegaw

Kaunter

Kenapalah orang kaunter jabatan kerajaan ni garang, susah nak senyum dan malas nak jawab soalan pelanggan? Aku kakitangan kerajaan bila berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan pun selalu hadapi semua tu. Patut sangat orang ramai malas nak berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan. Sombong tak tentu pasal. Tadi aku ke Medan Mara di KL untuk memohon borang pinjaman pendidikan. Sampai tingkat 3, aku mengah lepas naik tangga. Ye la, badan dah gemuk dan langsung tak senaman. Rehat kejap kemudian terus ke kaunter untuk bertanyakan perihal pinjaman tersebut. Dengan keadaan aku batuk (memang batuk teruk pun), aku bertanya dengan nada yang agak perlahan. Kakak kaunter tu senyum pun tidak, bangun pun tidak dari kerusi yang dia duduk berselindung disebalik kaunter yang tinggi melangit (kenapa orang buat kaunter tinggi sangat? Nak menyorok dari apa?). Kakak tu pun tak pasal-pasal suruh aku cakap kuat sikit sebab dia kata dia tak dengar. Okay, aku usahalah tinggikan suara dan terangkan dengan jel

Friends

Petang sabtu dan masih di pejabat. Tak penat cuma mengantuk. Semalam aku menonton episod 8 - 12 Season 4, siri Friends. Dah berapa kali ulang tapi aku tak jemu-jemu terutama bila lihat telatah Joey dan Chandler. Ye, aku peminat Friends. Satu KL aku jelajah sedang mencari Friends Season 8 yang tak original. Erm, aku beli original tapi tak mampu nak beli semuanya. Season 1,2 dan 5 aku beli original VCD. Season 3,4,6 dan 7 aku beli DVD cetak rompak. Mana larat nak beli yang original oii. Watak paling aku suka dalam Friends? Kalau boleh aku nak kata Chandler tapi aku tak sekelakar dan sesinis dia. Kalau boleh aku nak kata Joey tapi aku tak sehensem dan seromeo dia. Mungkin aku nak cakap Ross sebab perangai Ross lebih kurang macam aku tapi lainnya ialah aku tak suka konfrontasi dan aku takkan nak mempertahankan sesuatu mati-matian. Jadi kiranya aku suka Chandler, Joey dan Ross. Watak perempuan aku suka Pheobe sebab wataknya amat jujur, naif dan selamba. Monica, aku takkan boleh hidup dengan

Pendek Aje

Sesiapa yang baik hati, sponsor la laptop untuk aku. Senang aku nak buat assignment dan connect dengan hotspot WiFi. Hehehe. Ada ke patut minta sedekah. Tapi mana la aku ada duit nak beli laptop. Bukannya murah. Paling murah dan okay pun dekat RM3000. Jenuh aku nak kumpul duit banyak tu. Sponsor la... Sponsor la... *WinK* *WinK* *WinK* (Dengan gaya mata simpati Puss In Boots cerita Shrek 2) ==== Kejap lagi nak pegi main futsal. Ada lawan pula harini. Ingatkan nak main saja-saja je. Malas sangat nak lawan sebab banyak pressure. Kalau takat main-main je, boleh gelak-gelak. Boleh buat lawak dan boleh rileks sikit. Ini sudahla playmaker takde, aku pun tengah mengantuk ni. Ingat nak balik awal kemudian tido. ==== Aku akan register masuk kembali ke UiTM hari Ahad ni. Minggu depan start class. Erk! Dah belajar balik. Boleh ke aku score 3.82 macam last sem lagi ni? Harap-harap boleh la ye. Kalau tengokkan subjek takde la susah sangat. Kalau nak susah pun subjek politik je. Subjek lain tu boleh

Duit Lagi..

Hujung minggu ni mulalah aku kembali belajar di UiTM. Sibuk balik dengan assignment dan kelas. Harapnya tak bosan macam sekarang. Tambah-tambah ada subjek akaun. Aku cukup suka dengan subjek akaun. Aku tak kata senang tapi aku tak rasa susah. Bolehla. Dulu masa belajar pun time subjek akaun, aku dapat A. Itu pun malas tahap beruang koala nak study. Hujung minggu ni melayang RM1000 lebih untuk yuran belajar. Aku boleh ambil sikit tapi rasa rugi sangat kalau ambil sikit. Aku nak cepat habis. Boleh apply jawatan tinggi sikit. Aku dok merungut pasal KWSP. Aku kerja kerajaan dan masa awal masuk dulu aku dah pilih skim pencen. Maksudnya aku tak payah nak mencarum ke KWSP sebab bila bersara nanti, aku dapat duit pencen tiap-tiap bulan iaitu lebih kurang 1/2 dari gaji terakhir. Tapi dah dekat dua tahun aku kerja dan dekat setahun aku diluluskan jawatan tapi KWSP masih tetap dipotong. Katanya aku kena tunggu sampai 3 tahun baru boleh dibatalkan KWSP tu. Lepas dari tu aku boleh keluarkan semuany

Bebel

Aku sementara waktu ni memang menjauhi aktiviti PC selain buat kerja di pejabat, tulis blog ni dan tengok TV (ye, aku tengok TV di PC). Main games pun tak, buat website pun tak dan apa-apa yang lain pun tak. Oh ye, kelmarin aku cuci PC aku luar dan dalam. Habis habuk aku buang. Korang patut buat macamtu sekali sekala. Tengok kipas dalam CPU tu kot2 dah penuh dengan habuk. Jangan tak cuci, silap-silap boleh terbakar CPU tu nanti. Tapi kalau tak reti, jangan buat. Terbakar duit pula nanti. Harini seharian tak buat kerja di pejabat. Sebabnya memang takde kerja. Hujung minggu lepas aku dah siapkan semuanya (ini bukan rajin tapi terlebih laju buat kerja). Jadi harini aku rehat secara tak rasmi dan ianya sungguh-sungguh membosankan. Pegi library pejabat, aku kaut sebanyak mungkin National Geographics. Selak mukasurat je. Takde masa nak baca semuanya. Ye, majalah paling aku suka ialah National Geographics. Nerd? Orang bodoh je yang tak baca National Geographics. Dan orang bodoh je yang baca U

Seorang Personal Computer

Senang kalau hati ni jenis macam software komputer. Tukar aje setting kalau tak serasi atau tak senang dengan setting semasa. Kalau rasa bosan, tukar je interface atau theme. Kalau rasa dah rosak, format je balik. Kalau lupa, restore je. Kalau nak cari sesuatu, taip je Find... Kalau sakit hati, delete je perkara tu masuk dalam recycle bin. Kalau kecewa, uninstall je. Kalau gembira, simpan atau print banyak-banyak... Senang ke?

Macam-macam.

Rugi betul rasanya terpaksa cancel satu subjek. Terpaksa sebab nanti clash dengan subjek lain. Nak tambah rasa malas pula sebab bila disemak, subjek yang sesuai diambil adalah untuk semester 4 ke atas. Aku tak nak melangkau jauh sangat. Semester 2 dan 3 nampak banyak sinambungan saja. Jadi baik aku teruskan sementara waktu. Jimat duit lebih kurng RM270. Sekarang pun tengah sempit ni. Takpelah, hasrat nak dapat sijil dekan semester ni terpaksa aku pendam dulu. Sekarang tengah pening nak settle semuanya sebelum 23 hb ni. Kemudian 27 hb kena daftar. Bulan depan sudah mula kuliah. Penat + pening = aku tengah migrain. ==== Tol mahal? PLUS nak naikkan kadar tol? Hmm.. Lepas tu ramai la orang komplen katanya tak bertimbang rasa dan tak patut. Cuma kadang-kadang aku terfikir. Orang kita ni sanggup ambil loan berpuluh ribu RM, bayar bulan-bulan beratus-ratus RM dan harga kereta yang cukup mahal (berbanding dengan nilai matawang Malaysia), kita sanggup semua itu. Tapi bila harga tol mahal sikit,

Fobia dan Api Dalam Diri Ini

Orang kalau fobia dengan sesuatu perkara atau keadaan, bila ianya datang kembali dapat dilihat bagaimana takutnya dia dengan keadaan atau perkara tersebut. Nak berhadapan atau hendak mengawal keadaan orang yang sedang fobia adalah begitu rumit sekali kerana walau seboleh mana kita cuba menenangkan hati mereka, ianya tetap sukar untuk diterima. Mungkin orang yang mengalami fobia adalah dari golongan mereka yang tidak tahan bersabar atau tidak tahan ditekan. Akibatnya mereka menjadi takut dengan bayang-bayang imaginasi sendiri. Cuma sekiranya ada orang disekeliling kita yang sedang menghadapi fobia, sebaiknya kita tenangkan hatinya dengan tidak menekankan betapa tidak releven fobia mereka itu. Sebaliknya aku rasa kita perlu sokong ketakutkan mereka tetapi tidak menjurumus diri kita sendiri dengan ketakutan tersebut. Apa yang patut kita lakukan ialah memberi gambaran yang ikhlas dan memberi peransang untuk mereka supaya dapat mengawal perasaan kembali. Tetapi kadang-kadang aku agak terkil

Macam Pandai Je nak Pomen WinXP Sendiri-Sendiri. Ni Hah Cara Orang Bodoh Macam Aku Buat Kerja. Grrr

Aku dah guna Microsoft Windows XP Professional sejak Oktober 2001. Sekarang di rumah aku masih gunakan WinXP Pro. Aku dah evaluate Win LongHorn dan kesimpulannnya masih terlalu awal nak diperkatakan. Tapi kalau dari gaya yang aku nampak, memang amat menarik dan lebih best dari WinXP. Tapi forsure LongHorn akan memerlukan ruang HDD yang besar dan RAM yang melampau besar. Berbalik kepada WinXP. Banyak yang aku pernah alami masalah mengenai WinXP ni. Tetiba je timbul 'Blue-Screen-of-Death' yang menandakan secara senangnya korang perlu install balik WinXP. Kalau WinXP tak boleh nak run, ada beberapa sebab. Selalunya samada hardware rosak (Hard Disk, RAM dan lain-lain), Kernel WinXP tu dah korup. Registry dah mabuk dan lain-lain yang sebenarnya korang tak nampak ianya berlaku sebab semua tu banyak berpunca dari segi teknikal. Tapi yang pastinya kalau PC korang tu bila on dan nak masuk WinXP, tapi terus sampai ke skrin biru, itu tandanya WinXP korang problem. Penyelesaian? Aku tak se