Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Kebun Sayur

Setelah sekian lama, baru aku berkesempatan mengunjungi ladang sayur-sayuran adik lelaki aku. Ianya tidaklah besar, namun cukup mengujakan. Cuma malang, ketika aku datang, ladang ini dalam proses penanaman semula. Maka, tiada shot cantik sayur-sayuran. Kerja-kerja menggembur tanah menggunakan mesin. Sebahagian daripada ladang sayuran milik adik. Bila aku tanya berapa besar kawasan tanaman sepatutnya, dia tunjukkan dari tempat dia berdiri itu hingga ke tepi sempadan lebuhraya. Agak luas. Tetapi masih tidak cukup, katanya. Dia masih berusaha untuk mendapatkan modal daripada Agrobank dan juga dua orang pekerja untuk membantunya nanti. Baris-baris anak pokok yang baru tumbuh. Anak pokok.. Err, aku lupa pokok apa. Aku jumpa terjumpa sepetak ruang yang ditanam dengan terung. Bila aku tanya. adik aku menjawab bahawa tanaman terung ini tidak menjadi kerana faktor cuaca yang tidak menentu membantutkan pertumbahan pokok terung dan buahnya. Kadang-kadang aku fikir; kalau kita lihat anak muda sebe...

Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar

Ini adalah sebuah masjid lama di Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar, Perak. Ianya berhampiran dengan plaza tol Kuala Kangsar. Kalau keluar dari tol, belok ke kiri dan beberapa ratus meter di sebelah kiri, kamu akan jumpa masjid ini. Gambar di atas adalah gambar sebelum proses pemuliharaan oleh Jabatan Warisan Negara. Aku sungguh teruja bila mengetahui ada usaha untuk memulihara masjid ini. Sejak kecil dulu aku lihat masjid ini semakin lama semakin buruk dan terbiar. Mungkin kerana telah dibina sebuah masjid batu di sebelahnya. Apabila aku pulang ke kampung tempohari, aku berkesempatan mengunjungi masjid ini yang sedang dipulihara. Aku puji usaha Jabatan Warisan Negara ini. Hasilnya boleh kamu lihat di bawah. Struktur bangunan masjid yang sudah dipulihara (belum sepenuhnya) nampak kukuh. Anyaman tepas yang digunakan sebagai dinding masjid. Cuma warnanya saja yang aku tidak berkenan. Sepatutnya warna yang digunakan perlu mengikut warna asal dan kalau tak salah aku warna asalnya (mengikut k...

Kebun Sayur Adik

Siang tadi berkunjung ke kebun sayur-sayuran adik. Teruja melihat tanah ladang yang sedang diusahakan. Bila ditanya seluas mana kawasana ini, beliau menunjuk dari tepi semak hingga ke tepi lebuhraya. Besar. Namun ketika aku datang, kebun ini dalam proses penanaman semula. Maka, tiada pokok sayur-sayuran yang kelihatan kecuali terung yang tidak menjadi. Sensitif juga sayur-sayuran sebenarnya. Aku sempat merakamkan suasana persekitaran. Tunggu aku upload nanti di sini. Ada beberapa keping yang sedang aku edit menggunakan teknik HDR.

Sekejap

Mengundur Ada perkara yang aku langsung tidak faham dengan pemandu kenderaan di Malaysia. Kalau tersalah masuk simpang, terutama di lebuhraya atau persimpangan bertingkat, mereka sanggup berhenti kereta di tepi dan mengundur kereta untuk kembali ke simpang yang mereka terlepas. Aku tidak tahu sama ada mereka bodoh atau kebal, tapi perbuatan mereka itu langsung tidak masuk akal dan membahayakan orang lain. Apa salah kalau terus saja ke hadapan dan pusing kembali kalau tiba di persimpangan atau terjumpa u-turn. Tapi sebenarnya aku juga faham kenapa. Satu masalah sistem jalanraya di Malaysia, terutama lebuhraya, kadang-kadang langsung tidak ada tempat untuk membuat pusingan semula (u-turn) kalau sudah terlajak atau tersalah jalan. Pemandu biasanya terpaksa memandu lebih jauh atau tercari-cari tempat untuk membuat pusingan semula. Malah kalau kamu perhatikan di plaza tol, tiada ruang untuk berpusing kembali ke lebuhraya. Pemandu terpaksa keluar dari tol dan pusing, masuk tol kembali; suatu...

Munghurai Sepi Malam Sebegini

Sepatutnya aku balik kampung siang tadi, selepas waktu pejabat. Namun kerana badan terasa amat letih dan kurang selesa, aku tertidur di rumah sehingga lewat malam. Malam bukanlah waktu sesuai untuk aku balik walaupun aku suka memandu waktu malam. Mungkin aku akan balik esok. Itu pun kalau badan terasa sihat. Malam buta, aku memandu mencari makanan. Restoran makanan Thai dan Seafood memang banyak di kawasan ini. Aku sudah muak. Aku mahu spageti atau sekurang-kurangnya bukan makanan Thai. Memandu hingga Serdang, berhampiran UPM, aku berhenti makan di situ. Aku fikir, bukan kerana aku suka spageti dan bencikan makanan Thai. Ianya lebih bersifat keinginan. Desire. Maka aku makan spageti bebola daging dengan kuah spageti yang terasa begitu masam dek perencah tiruan yang digunakan. Dan sekarang jam sudah 3.30 pagi. Aku masih belum tidur. Aku mahu bercuti, ke pulau atau mana-mana saja yang boleh aku pergi, untuk aku berehat. Kerana aku sudah terlalu letih dan terlalu bosan. Aku mahu pergi Ind...

Sekejap

Sambil buat kerja, aku menonton The Holiday (untuk kesekian kalinya) di skrin iMac. Nasib juga skrin iMac sebesar 20 inci. Jadi tidak ada masalah untuk selit video sambil buat kerja. Hampir habis. Ada happy ending, obviously. Cuma, aku masih belum temui happy ending dalam hidup. Entah bila.

Slumdoq Millionaire a.k.a Q&A

Memanglah aku sudah menonton filemnya. Namun seorang sahabat pernah sarankan aku membaca novelnya pula. Sepatutnya baca novel dulu, baru menonton filem. Tapi memandangkan aku tidak pernah tahu kewujudan novel Q&A karya Vikas Swarup sebelum filemnya keluar, jadi aku telah menonton filem dulu membaca novel. Setakat beberapa bab yang aku baca, memang ianya agak berbeza daripada filem yang ditayangkan. Mungkin atas faktor komersial. Tunggu aku habis baca dulu, baru aku komen. Menarik.

Lagi HDR

Masjid Besi.. Sebelum dan selepas

Ilmu Baru - Teknik HDR

Sebenarnya, teknik HDR (High Dynamic Range) bukanlah perkara baru dalam fotografi. Cuma baru sekarang aku hendak berjinak-jinak dengannya. Aku belum ada sampel yang menarik. Dua set gambar di bawah adalah percubaan pertama aku. Sebelum HDR Selepas HDR Nampak lebih menarik. Apa yang aku perlu lakukan sekarang adalah melakukan fotografi dengan kontras cahaya yang berbeza untuk membolehkan aku menggunakan teknik HDR. Best. Dapat belajar sesuatu yang baru. Walaupun agak terlewat. Tidak mengapa, bukan?

Sebenarnya Aku

Berat badan, turun sekilo. Badan terasa sengal sana sini. Kedua-dua belah pergelangan kaki terasa amat sakit dan kalau tersalah pijak, aku boleh menjerit kesakitan. Kepala terasa pening (mungkin darah tinggi?). Jari manis tangan kiri amat sakit kalau cuba dibengkok. Erm.. Apa lagi ya? Tanda-tanda aku sudah tua dan langsung tidak pandai menjaga kesihatan diri. Akibatnya tugas menjadi seperti seksaan dan aku terdampar lesu di pembaringan, menanti hari esok. Namun aku tidak boleh tidur. Walau aku cuba bagaimana sekalipun, mata masih belum mahu terpejam lena. Itu penangan anemia yang aku fikir semakin hari, semakin meruncing. Tidak perlu beritahu aku itu ini, begitu begini. Kelak nanti aku akan kembali kepada tabiat lama. Cuma ada masanya terasa begitu cemburu melihat orang lain. Ketika itu, semangat berkobar-kobar mahu mengubah nasib diri. Sehari kemudian, lesu. Kenapa ya aku begitu jujur di sini? Mencari publisiti murah atau supaya menarik minat orang membaca? Tidak. Aku fikir dengan men...

Sekilas Pandang

Sukan Aku pergi ke Kelantan atas tiket urus setia majlis persaraan, sebagai jurufoto. Walaupun ada program lain iaitu sukan dalaman, namun aku tidak bertanggungjawab untuk membuat liputan. Walau bagaimanapun, atas dasar tanggungjawab, aku gigihkan juga untuk merakam program sukan tersebut. Aku rakam peristiwa yang aku mahu rakam saja. Aku tidak peduli arahan atau permintaan orang lain terutama urus setia sukan yang mahu aku mengambil gambar itu dan ini. Aku mahu mereka belajar sesuatu; jangan abaikan publisiti seperti jurufoto dan juruvideo. Jangan fikir kamu boleh dakwa bahawa bila aku bertugas sebagai jurufoto majlis lain, aku juga bertugas sebagai jurufoto program sukan. Lagipun, apa aku dapat? Tidak ada apa-apa. Bila aku persoalkan perkara itu, banyak yang kamu jawab. Tapi aku tahu dalam hati kamu juga berkata bahawa Idan ini tamak dan mengada-ngada. Tidak mengapa. Mungkin kamu tidak tahu, tugas jurufoto bukanlah mudah seperti memetik picu kamera. Otak jadi penat memikirkan shot ya...

Lima Minit Berselang

Cahaya senja petang semalam di Bentong, Pahang sungguh mengujakan. Lima minit berselang, dua suasana berbeza diluahkan oleh permainan cahaya dan langit senja. Satu, langit biru dengan ombak awan yang cukup damai dan menenangkan. Dua, langit suram dengan cahaya berwarna emas di celah-celah awan, menjadikan malam yang bakal menjelma seperti mimpi. Kalau begini indah alam memperlihatkan kepada kita susuk tubuhnya, kenapa masih kita sanggup untuk memusnahkannya?

Ribuan Rama-Rama

Okay, tajuk mungkin seperti ditokok tambah. Namun perkara ini benar-benar berlaku sewaktu kami berhenti rehat awal subuh di hentian rehat Gua Musang, dalam perjalanan ke Kota Bharu. Mungkin aku mamai atau terlalu leka, aku tidak merakamkan suasana ketika ribuan rama-rama berterbangan di sekitar kawasan rehat itu. Rama-rama seperti bermain dengan cahaya lampu. Aku tidak pasti spesis apa, tetapi rama-rama ini agak besar (sebesar tapak tangan aku) dan mereka hinggap di mana-mana, termasuk pinggan berisi makanan dan belakang badan kamu. Apa fenomena yang sedang berlaku, aku tidak tahu. Semua gambar yang aku ambil ini dirakam dua hari kemudian, semasa dalam perjalanan balik. Nyata masih banyak yang hidup. Aku sempat bertanya kepada seorang peniaga di kawasan rehat tersebut mengenai rama-rama ini. Dia kata ini pertama kali peristiwa ini berlaku dan hari yang kami tiba di situ adalah hari kedua ribuan rama-rama ini menyelubungi kawasan rehat tersebut. Tiada spekulasi. Mungkin fenomena alam bi...

Pasar Besar Siti Khadijah

Dalam masa setengah tahun, tiga kali aku berkunjung ke Kota Bharu. Untuk tempoh hampir 14 tahun, itu adalah jumlah yang banyak. Dua kali sebelum ini, walau aku berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah, aku tidak pernah merakam suasananya. Kalau ada dirakam pun, cuma menggunakan kamera telefon bimbit. Apabila gerombolan rakan pejabat singgah di situ, aku berjalan ke arah lain untuk mencari sudut yang lebih selesa. Aku berdiri memerhatikan sekeliling. Hampir semua (boleh dikatakan semua) penjual adalah wanita. Maka tidak hairan kenapa pasar ini ditukar nama kepada Pasar Besar Siti Khadijah (nama asal adalah Pasar Besar Buluh Kubu). Ianya sebagai penghormatan untuk kaum wanita yang berniaga di situ. Apa yang menarik semalam, aku perhatikan lebih ramai pembeli terdiri daripada orang lelaki. Kenapa ya? Kemudian aku melihat rakan-rakan cuba tawar menawar dengan peniaga, untuk mendapatkan harga termurah. Ada yang berjaya (kalau pandai berloghat Kelantan), ada yang cuma dapat sedikit diskaun. N...

Kuda "Syaitan"

Hari pertama tiba di Kota Bharu, awal pagi Jumaat, aku berjalan-jalan seorang diri sekitar Pasar Siti Khadijah dan Kompleks Kraftangan.  Di satu laluan bersebelahan kompleks kraftangan, aku terpandang kelibat arca ini. Seekor kuda dibina daripada tunggul-tunggul kayu, lalu diukir bentuk menjadi seekor kuda. Aku terbayangkan kuda syaitan di dalam filem Sleepy Hollow yang ditunggang oleh hantu tanpa kepala. Hampir sama wataknya, dan seramnya apabila dirakam. Kemudian aku terfikir, ini Kota Bharu. Bandar yang dinobat menyanjung Islam. Ada arca sebegini dan orang sekeliling memandang penuh minat tanpa aku dengar ada cercaan dan kritikan. Aku fikir, kalau patung yang sama berada di Kuala Lumpur, ada pihak yang akan menempelak sebagai tidak islamik dan boleh menyesatkan. Paling mudah bila ada wartawan akhbar tabloid murahan terserempak dengan patung ini. Pasti menjadi isu panas. Tapi di Kota Bharu, sesiapa yang melintas akan berhenti dan menunjukkan rasa kagum di atas kehalusan seni ukiran k...

Jauh "Masa" Berlalu

Jam 9.30 pagi dari Kota Bharu. Jam 10.00 malam tiba di Putrajaya. Singgah berehat di mana-mana saja bila perlu menyebabkan lebih dua jam lamanya masa sekadar untuk berehat. Ada gambar. Banyak. Ada cerita. Juga banyak. Namun begitu, aku kepenatan dan perlu berehat. Terasa kurang sihat. Aku siarkan gambar dan ceritakan kemudian, ya.

Hari Ini, Esok Dan Seterusnya

Ini adalah post ke 954. Tinggal 46 post lagi untuk mencecah ke angka 1000. 1000 dalam masa enam tahun, boleh tahan. Tapi kalau hendak dikira betul-betul, post aku dalam bentuk blog sudah lama mencecah seribu. Aku sudah menulis post ala blog ini sejak September 2001; dalam website sendiri, di Diaryland dan juga uJournal (lebih kurang sama dengan LiveJournal). Ada yang masih boleh kamu tengok kalau rajin cari. Okay, aku beri satu, LIHAT SINI . Sudah lama. Kadang-kadang rasa penat untuk terus menulis di sini. Kadang-kadang rasa tertekan dengan orang yang datang di sini dan meninggalkan kata-kata yang kurang selesa. Cuma yang terus menguatkan aku untuk menulis di sini adalah kerana minat. Minat untuk menulis. Bukan kerana kamu, tapi kerana diri sendiri. Selama mana tempat ini akan bertahan? Kamu boleh tanya kembali soalan itu 10 tahun dari sekarang. :-) InsyaAllah.

Cuba Faham (Maksudnya BERFIKIR)

Aku fikir ramai rakyat Malaysia tidak pandai membezakan apa itu kerajaan, apa itu parti politik. Ramai antara mereka yang fikir apabila sesuatu parti politik itu memerintah, parti politik itu adalah kerajaan. Which is WRONG. Aku malas nak cut and paste apa maksud kerajaan. Kalau kamu rasa kamu rajin dan hendak menambah ilmu atau mungkin hendak berfikir secara terbuka, sila Google atau baca. Kemudian datang balik sini dan fikirkan apa yang aku cakap. Sebab aku bukan anti-kerajaan yang memerintah. Aku cuma tidak suka mana-mana parti politik yang memerintah menggunakan harta benda dan jentera kerajaan sebagai modal politik mereka. Bonus, gaji dan elaun kakitangan awam adalah ditentukan oleh kerajaan yang memerintah, tidak kira siapa mereka dan ianya menggunakan duit rakyat, tidak kira apa sokongan politik rakyat tersebut. Kena ingat perkara tersebut. Kita tidak kutip cukai dari satu kumpulan penyokong parti politik tertentu saja. Kita kutip cukai dari semua orang. Jadi adalah salah kalau ...

Sekejap

Halmet Semakin kerap aku temui penunggang motosikal yang tidak pandai mengikat tali topi keledar. Adakah manusia semakin bodoh atau tali topi keledar semakin sukar untuk diikat? Atau ramai penunggang motosikal tidak pernah jadi pengakap untuk belajar ikatan buku sila? Apa pun, aku fikir topi keledar sekarang cuma perlu diselak kepada penyelak yang disediakan, tidak perlu lagi diselit keluar masuk lorong besi seperti topi keledar zaman batu dulu. Itu pun susah juga? Kalau mat rempit, aku faham. Mungkin bila kepala mereka pecah itu adalah satu kebanggaan. Tapi ini aku tengok orang biasa, malah perempuan pun melakukan perkara yang sama. Inventors perlu fikir sekarang, bagaimana cara terbaik untuk memudahkan orang mengikat tali topi keledar tanpa perlu diikat oleh penunggang motosikal. Serkup saja topi di kepala, tali secara automatik diikat bawah dagu penunggang. Fikirkan cepat! Kamu akan pasti jadi jutawan! Warganegara Sebenarnya ini isu sensitif. Tapi memandangkan Najib sudah umumkan ba...

Fotografi Itu Adalah Dadah Bagi Aku Untuk Mengabaikan Kamu

Dengan kereta kancil, aku menuju ke penghujung senja di tepi tasik Putrajaya. Idea asal untuk merakam matahari senja. Namun dek kerana jerebu masih ternampak, suasana agak kabur dan kurang bercahaya. Lalu aku rakam perkara lain, termasuk kereta kancil aku. Sang rama-rama sedang menghisap madu, atau mencari sarang untuk berteduh. Cuma suasana agak malap jadi gambar juga agak kabur. Gambar atas aku sudah edit sepenuhnya. Seekor burung bangau sedang bergegas pulang dari jauh menuju ke sarangnya yang mungkin di taman Wetland Putrajaya berhampiran. Menarik. Lalang. Aku begitu inginkan merakam lalang yang sedang ditiup angin. Hari ini dapat, walaupun tidak sebanyak mana. Bunga kecil kalau diperhatikan dengan teliti, nampak cukup cantik. Seharian di pejabat begitu menekan hati. Aku sebolehnya mahu berdiam diri dan melangsaikan kerja yang ada. Aku tidak mahu terlibat dan aku tidak mahu masuk campur. Sebab aku kecewa melihat apa yang sedang berlaku. Kamu staf JPN yang selalu membaca di sini, ke...

Makcik, Kamu Sudah Salah Kedai!

Kelmarin semasa di The Mines, aku berkunjung ke kedai menjual CD cetak rompak (ya, aku tidak cukup kaya untuk beli CD original). Aku cuma meninjau perisian dan games terbaru. Namun apa yang menarik adalah apabila aku mendengar pertanyaan ini dari seorang pelanggan; "Tokay, RAM 1Gb untuk laptop berapa harga?" Dalam hati aku, "Kamu sudah salah masuk kedai." Tokay kedai cakap, "Aiya, ini kedai jual CD. Mana ada jual RAM." Pelanggan tersebut terus berlalu pergi. Aku yang sudah di luar kedai melihat beliau bersama rakan-rakannya. Mereka tiga orang perempuan dan kemungkinan besar pelajar universiti terdekat agaknya berhasrat untuk upgrade RAM laptop mereka. Mahu saja aku cakap, "Dik, kedai jual RAM ada sebelah sana (sambil menunjuk arah dengan jari telunjuk)" Tapi memandangkan aku tidak cukup hensem dan juga tidak cukup rajin untuk sibuk hal orang lain, aku biarkan saja. Sebenarnya, kalau aku sendiri pun mahu upgrade RAM laptop, aku akan pergi ke kedai...

Kerja Baru, Skil Lama

Dua hari aku menyiapkan sebuah website untuk seorang sahabat. Beberapa jam untuk aku siapkan design dengan menggunakan Adobe Photoshop dan Dreamweaver. Sehari setengah berhempas pulas menyelesaikan web hosting yang tak masuk akal. Domain name sudah dibeli beberapa bulan lepas. Cuma web hosting saja aku gunakan yang percuma. Lebih menjimatkan, pada fikirkan aku. Walaupun ada banyak perkhidmatan web hosting percuma (tanpa iklan), namun unt uk mendaftar agak susah. Kena jadi ahli forum mereka, kena tapis dan juga kena tolak sebab katanya pengguna dari Malaysia selalu menyalahguna perkhidmatan mereka. Betul agaknya. Semakin banyak website lucah dari Malaysia sekarang. Kamu Google pasal benda lain pun boleh tiba ke website lucah dari Malaysia. Sudah aku dapat beberapa web hosting percuma, aku cuba upload. Dari semalam hingga tadi, baru selesai. Hampir 10 web hosting aku cuba. Ada yang tidak boleh keluar gambar, ada yang tidak boleh keluar apa-apa pun. Aku sudah lama tidak menghasilkan websi...

You And Me

You And Me - Lifehouse What day is it? And in what month? This clock never seemed so alive I can't keep up and I can't back down I've been losing so much time Cause it's you and me and all of the people with nothing to do Nothing to lose And it's you and me and all of the people And I don't know why, I can't keep my eyes off of you All of the things that I want to say just aren't coming out right I'm tripping on words You've got my head spinning I don't know where to go from here Cause it's you and me and all of the people with nothing to do Nothing to prove And it's you and me and all of the people And I don't know why, I can't keep my eyes off of you There's something about you now I can't quite figure out Everything she does is beautiful Everything she does is right Cause it's you and me and all of the people with nothing to do Nothing to lose And it's you and me and all of the people And I don't know wh...

Novel RM10

Sedang aku berjalan-jalan dengan seorang sahabat di Carrefour Alamanda, kami berhenti di kawasan menjual buku murah. Menariknya, harga sebuah buku cuma RM5. Terdapat banyak novel turut sama dijual dengan harga yang sama. Mulanya aku fikir mungkin novel yang dijual murah ini adalah hasil karya penulis yang tidak dikenali atau tidak popular. Sehinggalah aku bertemu dengan sebuah novel bertajuk No Country For Old Men, karya Cormac McCarthy. Bagi sesiapa yang tidak tahu, novel ini telah difilemkan dengan tajuk yang sama oleh Joel dan Ethan Coen (Coen Brothers) dan berjaya memenangi kategori filem terbaik, anugerah Academy (Oscar) 2007. Aku sudah menonton filemnya tidak lama dulu. Jadi ada baik aku membaca novelnya pula. Aku belek lagi beberapa novel di rak. Kemudian aku temui sebuah novel karya Philip K Dick, penulis futuris yang amat popular. Masih tidak tahu siapa dia? Banyak novel dan cerita pendek karya Philip K Dick yang telah diterjemahkan ke layar perak. Antara yang popular adalah M...

Pisau

Aku beli dua biji buah mempelam (aku fikir mangga hanya berkaitan dengan kunci) beberapa hari lepas. Aku beli sebilah pisau pemotong buah. Ya, aku tidak pernah ada pisau pemotong buah atau apa-apa pisau yang sesuai untuk memotong. Ceritanya, aku tidak mahir menggunakan pisau. Lebih terperinci, aku tidak pandai mengupas buah, memotong daging, menyiang ikan, atau apa-apa perbuatan teliti dengan menggunakan pisau. Kalau aku guna pisau sekalipun, potongan aku cuma lurus. Lebih jelas lagi, aku agak penakut dengan pisau. Aku takut pisau melukakan jari dan tangan. Jadi apabila menggunakan pisau, barang yang hendak dipotong biasanya dipegang dengan hujung jari saja, jauh dari pisau. Bukan kerana fobia, tetapi lebih kerana aku tidak suka luka. Atau sakit. Agaknyalah. Jadi, amat jarang aku beli buah-buahan yang berkulit kerana aku tidak pandai hendak mengupasnya. Selalu aku akan beli pisang, epal, kiwi (kerana aku boleh potong lurus dan mengorek isinya dengan sudu) dan anggur. Limau juga, kalau ...

Masjid Besi Bercahaya

Akhirnya, setelah hampir dua tahun dalam pembinaan, masjid besi bergemerlapan dengan cahaya lampu. Kebetulan aku dalam perjalanan balik di awal senja dengan telefon di telinga menjawab panggilan rakan. Dalam rancak berbual (Aku jenis tidak mahu beri alasan untuk letak telefon kalau orang yang menelefon tidak berbuat demikian. Aku akan tunggu hingga orang yang menelefon memohon berhenti.), aku berhentikan kereta di tepi jalan dan keluarkan kamera. Aku letak kamera di atas bumbung kereta (sudah pasti aku tidak boleh rakam gambar yang baik dengan sebelah tangan saja), aku rakam seberapa banyak gambar yang boleh. Hasilnya kurang menarik kerana sudutnya kurang menarik. Tetapi cukup untuk kali ini, sekadar aku sempat rakam suasananya.

Berhenti Seketika

Mulanya aku fikir ada sesuatu sedang meletup. Cahaya yang terpancar amat kuat dan terbias oleh awan begitu memukau mata. Ianya hanyalah cahaya mentari yang sedang berlabuh di sebalik awan. Dalam detik penuh sesak dan kelam kabut, sempat aku memerhati awan di angkasa dan cahaya yang bersinar. Hasilnya seperti di atas. Ya, sekali sekala kita perlu berhenti dan lihat apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Walau hanya untuk seketika. Mana tahu, kita mungkin boleh terlihat keindahan yang kita tidak pernah tahu wujud.

Memaksa Tidur

Siang hari nanti kerja. Tengah malam buta sebegini masih belum tidur. Memang aku ada masalah untuk tidur malam. Amat-amat bermasalah. Tapi belum sampai tahap untuk guna pil tidur atau apa-apa ubat untuk mengatasinya. Biasa aku biarkan sajakan sehingga aku benar-benar mengantuk dan itu mungkin dalam jam 3 - 4 pagi nanti. Awal subuh sudah bangun kembali dan akhirnya mamai mengantuk di pejabat. Bos Besar lama dulu pernah berkata, orang seperti aku lebih senang bekerja tengah malam buta; bila orang lain lena tidur, idea datang ke benak otak aku. Sekurang-kurangnya dia faham. Namun, bila tiba hujung minggu, aku bagai beruang sedang berhibernasi; tidur lena sepanjang siang. Aku selalu kata, itu aku cover balik tidur aku sepanjang minggu. Mungkin ada betulnya. Tapi rasanya tidak. Cuma ada satu saja untuk bila di hujung minggu dan aku tidak ke mana-mana, hanya di rumah. Aku akan kurang makan. Amat-amat kurang. Bila petang baru aku keluar mencari makan dan biasanya di hujung minggu, aku mahu ma...

New Divide

New Divide - Linkin Park I remembered black skies, the lightning all around me I remembered each flash as time began to blur Like a startling sign that fate had finally found me And your voice was all I heard that I get what I deserve So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean Let the floods cross the distance in your eyes Give me reason to fill this hole, connect the space between Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide There was nothing in sight but memories left abandoned There was nowhere to hide, the ashes fell like snow And the ground caved in between where we were standing And your voice was all I heard that I get what I deserve So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean Let the floods cross the distance in your eyes across this new divide In every loss, in every lie, in every truth that you'd deny And each regret and each goodbye was a mistake too great to hide And your voice was all I heard that I get wha...

Sick Cycle Carousel

Sick Cycle Carousel - Lifehouse If shame had a face I think it would kind of look like mine If it had a home would it be my eyes Would you believe me if I said I am tired of this Well here we go one more time I tried to climb your steps I tried to chase you down I tried to see how low I could get down to the ground I tried to earn my way I tried to change this mind You better believe that I tried to beat this So when will this end It goes on and on And over and over and over again Keep spinning around I know that it wont stop Till I step down from this for good I never thought Id end up here I never thought Id be standing where I am I guess I kind of thought it would be easier than this I guess I was wrong now one more time Cause I tried to climb your steps I tried to chase you down I tried to see how low I could get down to the ground I tried to earn my way I tried to change this mind You better believe that I tried to beat this, So when will this end It goes on and on And over and ov...

Kerana Seorang Diri

Jam di laptop menunjukkan hampir 4.00 pagi. Aku masih belum tidur. Aku terpandang gitar di hujung tilam. Bila cuma lampu tidur yang meneranginya, ia nampak cool. Betul cool. Aku rasa cool bila ada sebuah gitar elektrik bersama amplifier di dalam bilik walaupun aku tidak tahu bermain gitar tersebut. Siang tadi aku setkan tone di Roland Micro Cube dengan full gain dan bersama efek lain untuk mendapatkan bunyi gitar elektrik rock yang selalu kita dengar. Teruja. Serius. Walau hanya untuk seketika itu. Aku harap aku tahu lebih dari hanya note A. :-) Bila orang tanya kenapa beli gitar elektrik, jawapan aku mudah. Aku mahu aku sedar aku habiskan duit yang banyak untuk sebuah gitar dan aku perlu sekurang-kurangnya boleh memainkan satu lagu darinya. Aku tidak mahu bazirkan duit hanya untuk aku abaikan gitar itu tanpa diguna. Itu adalah cabarannya. Sama seperti membeli sebuah laptop berharga RM3000 yang baru beberapa hari beli, keyboard huruf O sudah pun hampir tertanggal. Kenapa aku sanggup ba...

Bersama Alam

Empat hari aku meninggalkan hiruk pikuk kota (Seri Kembangan kira kota juga) dan hidup damai bersama alam yang masih bersih dan segar. Walaupun hanya di sebuah resort di pinggiran kota. Aku rakamkan suasana malamnya yang damai dan tenang. Aku rakamkan suasana resort yang cantik dan menyenangkan. Serta air yang mengalir dari sudut hasil buatan manusia. Dan yang dicipta Tuhan. Aku harungi pagi yang penuh damai, mengingatkan kembali suasana sebegitu sewaktu di Gerik, lebih 25 tahun lalu. Letih tetapi menyegarkan.