Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Sejiwa

Sejiwa - Spring Pada irama ku berpesan Lagu ini ditujukan Padanya yang Tersayang Kasihku kau pernah dipersia Lalu kubawa cintaku Sebagai penawarnya Biar lukamu masih terasa Sesaat engkau tidak ku temu Bulan seakan pilu Tiada dapat beradu Begitu jika engkau membisu Badai jauh dilautan Tiada ketepian Sebegitu cintaku padamu Usahlah cinta dibawa bersama Ditenggelami mentari di timur Gelap gelita tiada bercahaya Ku tiada berdaya Inginku selalu di sampingmu Tiap waktu siang melambai malam Bagaikan senja denyutan cinta kita Penyambung hadirnya Akan ku bina istana bahagia Menjadi lambang kasih berpanjangan Hentikan airmata pedih kenangan Yang mencakar perasaan Mekarlah bunga cinta Seharum wangi kemboja Mekarlah bunga cinta Di taman kita sejiwa p/s: aku lagukan kepadanya setiap malam sebelum tidur. :-)

Menunaikan Kehendak

Semalam semasa menyelongkar eBay, aku terserempak dengan tawaran kamera yang sangat murah. Jauh lebih murah dari harga pasaran. Kamu bayangkan sendiri, sebuah Nikon DSLR D700 (badan sahaja) ditawar dengan harga RM2500 saja. Amat murah! Oh, kamu tidak tahu berapa harga pasaran sebenar. Lebih kurang RM8,900. Empat kali ganda lebih murah! Tetapi dek kerana aku kekurangan wang, aku cuma mampu telan air liur. Sebenarnya dulu aku sering tertangguh dan menyebabkan aku rugi. Ketika aku ada duit yang agak banyak, aku lupa untuk membeli basikal idaman. Bila tiba masa untuk beli, duit sudah berkurangan dan akhirnya aku terpaksa membeli basikal yang tidak mengikut kehendak aku. Sekarang aku sudah semakin rimas dengan brek getahnya. Aku letih menahan hentakan daripada tayar belakang yang tidak mempunyai penyerap hentakan. Bila sudah ada teman, dia menjadi penasihat yang baik. Apa yang ada sekarng, jangan dibazirkan dan tidak perlu fikir untuk menggantinya sedang ia masih elok. Kamera yang rosak pun...

Memetik Kata-kata Sean Dari Good Will Hunting

Kononnya semasa pertandingan bola sepak piala dunia kali ini, aku mahu mengikutinya sekerap mungkin. Jadi tidak hairan kalau aku sanggup sambungkan semula akaun Astro aku untuk membolehkan aku menonton perlawanan di rumah. Kemudian sesuatu yang tidak disangka terjadi. Maka bila kamu bertanya, apakah yang telah terjadi? Aku akan menjawab, "I gotta see about a girl" :-)

Lima Perkara

Kerja besar tahunan aku sudah semakin siap. Aku andaikan ianya sudah 95% siap. Selebihnya nanti, esok siang aku akan selesaikan. Laporan Tahunan ini sepatutnya siap lebih awal. Aku salahkan diri sendiri kerana melengah-lengahkan kerja. Nasib baik bos jenis yang memahami bahawa kreativiti bukan boleh dipaksa-paksa. Esok aku mahu lunaskan kerja. Aku akan kembali membuat kerja yang sudah lama aku tinggal; menghasilkan buletin jabatan. Asal dulu aku diserap masuk ke bahagian sekarang kerana aku ditugaskan untuk membuat buletin. Setelah lebih setahun aku melakukannya, kerja tersebut bertukar tangan kepada dua orang petugas lain. Sehinggalah petugas terakhir bertukar tempat kerja. Jadi aku akan kembali membuat kerja yang sangat aku suka. Buletin lebih senang untuk dihasilkan berbanding Laporan Tahunan. Buletin dari sudut desain, lebih liberal dan menyeronokkan. Laporan Tahunan perlu mengikuti satu set aturan yang sama setiap masa tetapi kerjanya lebih detail. Tunggu kejutan daripada aku nant...

Berputus Sahabat

Akhirnya sahabat berkata, "Sampai setakat ini persahabatan kita." Aku tidak pernah jumpa manusia yang begitu mudah untuk memutuskan tali persahabatan hanya kerana orang lain tidak faham sikap dan prinsip hidupnya. Aku tahu kenapa. Aku tahu dia tidak suka orang mencelanya walaupun 'celaan' yang dianggapnya itu sebenarnya pujian terhadapnya. Tetapi dek kerana hati yang buta untuk melihat kebenarannya, dan kemarahan yang meruap di jiwa, persahabatan baginya tidak ada harga. Kamu perlu tahu, ini semua bukan salah aku. Bukan berpunca daripada aku. Ianya berpunca daripada kemarahannya terhadap orang lain. Orang lain yang juga sahabat aku. Aku tidak mempertahankan sahabat tersebut, sebaliknya aku cuba memberikan andaian bahawa sifat manusia ini tidak sama dan jangan harapkan sesuatu yang tidak patut kita harapkan. Ada manusia yang tidak mengerti itu semua. Maka kata-kata aku dilihat sebagai menyebelahi orang lain. Lalu dek kerana itu, dia putuskan persahabatan. Kamu tahu apa...

Bila Mengharap Budi Dikenang

Ada juga manusia yang bila melakukan sesuatu kebaikan terhadap orang lain, dia pantas berkata; "Saya buat ini untuk kamu. Saya tidak mengharapkan apa-apa kembali dari kamu." Maksudnya, dia mahu kita tahu bahawa dia jujur berbuat baik terhadap kita. Lalu kita tersenyum dan berterima kasih, serta memahami akan kebaikan yang diberikan itu. Kalau manusia seperti aku, apabila disedari orang sedang melakukan kebaikan, secepat mungkin aku mahu ucapkan terima kasih tanda penghargaan. Kerana aku tidak mahu terlupa melakukannya nanti. Ada manusia yang tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk ucapkan penghargaan kerana cara biasa dirasakan tidak cukup untuk menggambarkan penghargaan di hati mereka. Apa jua, aku pasti setiap manusia akan sedar dan terasa dengan perbuatan yang baik oleh orang lain. Tetapi apabila kamu tiba-tiba bersuara, tidak puas hati kerana perbuatan baik kamu itu tidak dihargai, walaupun dengan sekecil ucapan terima kasih, aku jadi kelu. Apa yang patut aku jawab pada m...

Ruang Legap Hati Manusia

Ada manusia yang setiap detik di hatinya, penuh kebencian dan kemarahan. Setiap apa yang dipandang, pasti dicari salah dan silapnya. Setiap perkataan yang terucap di mulut orang lain, pasti ada baris-baris yang dirasakan biadap dan menghina baginya. Setiap niat yang baik di hati manusia, pasti baginya ada kejahatan yang terselindung. Aku bersimpati dengan manusia sebegini. Mereka orang yang baik, secara zahirnya. Aku pasti, sesiapa saja manusia adalah seorang yang baik asalnya. Tetapi dek kerana pengaruh dan keadaan, mereka berubah. Mereka berubah kerana tidak mahu pengaruh dan keadaan itu terus menguasai mereka. Mereka menjadi agresif dengan tindakan dan perasaan. Sedetik salah manusia lain terhadap mereka, seribu tahun menjadi cela di hati mereka. Kamu tidak boleh buat apa-apa terhadap mereka kerana hati mereka sungguh keras diselaputi dendam dan marah. Jelas pada mereka, apa saja tindakan orang lain untuk melembutkan hati mereka adalah tindakan yang sebenarnya untuk merosakkan bente...

Belajar Untuk Tidak Membenci Terhadap Kebencian Orang Lain

Dia berkata, "Cukup sekadar saya yang tidak puas hati dengan orang itu. Awak tidak perlu turut tidak berpuas hati terhadapnya kerana awak tidak kenal siapa dia." Betul katanya. Aku tidak perlu mengambil hatinya dengan menyokong semua tindakannya. Lebih baik aku sekadar dengar keluhan tersebut tanpa aku menambahnya sendiri. Aku sendiri tidak mengenali orang itu maka tidak ada sebab untuk aku bersikap apa-apa terhadapnya. Kadang-kadang kita manusia terlalu cepat membuat kesimpulan, walau hanya mendengar dari orang yang rapat dengan kita. Kemudian, dek kerana kita mahu mengambil hatinya, kita turut sama mahu membenci orang yang dibencinya. Kita turut sama untuk mahu tidak suka dengan orang yang tidak disukainya. Kita lakukan kerana kita fikir dengan berbuat demikian, ianya menambahkan lagi rasa hati dia terhadap kita. Aku belajar sesuatu melalui semua ini; Kebencian orang lain, bukan kebencian kita. Kita tidak wajar kerana hanya mahu mengambil hati seseorang, orang lain yang kit...

Alir Sungai

 Aku sudah lama teruja dengan seni fotografi air mengalir sebegini. Ianya seperti 'lembut' dan cukup menarik. Petang semalam adalah kali pertama aku mencubanya. Dengan kamera Canon EOS 400D yang sudah rosak dan lensa standard 18 - 55 mm, aku cuba merakam beberapa shot aliran sungai. Tanpa tripod, ianya agak sukar. Aku guna ISO 100, bukaan aperture pada kadar 1" (ada juga cuba pada 2") dan fokal pada f30 (kemudian turun kepada f22). Hasilnya agak memuaskan. Aku perlu lebih banyak belajar. Aku juga perlukan kamera dan lensa baru. Si dia cadangkan aku baiki saja kamera tersebut. Lebih jimat. Betul. Tidak perlu bazir benda yang bukan-bukan. Aku akan hantar baiki.

Sungai Congkak (Bersama Dia dan Mereka)

 Dulu semasa rajin berkurus di Hulu Langat, setiap bulan aku berpeluang mandi sungai. Resort tempat berkursus membuat empangan di sungai dan akibatnya terbentuk sebuah kolam sementara dengan aliran air sungai yang begitu sejuk dan segar. Semalam aku diajak berkelah di Sungai Congkak. Sudah lama aku tidak ke sini. Sudah banyak yang berbeza.  Air tidak sesejuk yang dijangka tetapi masih segar. Kawasan agak bersih walaupun masih ada manusia yang bebal tidak tahu bagaimana hendak membuang sampah. Tempat mandian agak cetek tetapi cukup selesa untuk santai sambil berbaring di celah batu dan membiarkan air deras mengalir melintasi badan. Aku memerhatikan si dia dan rakan-rakannya begitu seronok bermain air. Aku ruangkan masa sedikit untuk berfotografi. Aku cuba merakam aliran air dan hasilnya agak memuaskan, Itu percubaan kali pertama. Selepas ini mungkin aku akan lebih rajin 'bermain dengan air'. Petang semalam, bersamanya dan rakan-rakan, aku sungguh selesa dan gembira. Bukan selal...

Bagan Lalang (Bersama Dia)

Pantai Bagan Lalang  Dia mengajak aku ke Bagan Lalang di petang sabtu semalam. Aku yang begitu suka memandu sendirian ke situ, sangat teruja untuk bersamanya menikmati indah petang di tepi pantai. Syukur, dengan cuaca yang sangat damai dan angin yang memuput lembut sepanjang masa, aku dan dia bagai mahu terlena di situ. Kami yang duduk hanya beralaskan sehelai pelindung cermin kereta, hanya mampu duduk dan bersandar pada satu sama lain. Mat dan Minah Afrika bermain bolasepak di tengah panas rembang.  Selama 3 jam dan kami berbual, sambil memerhatikan dunia yang berlalu di depan kami. Sesekali berselang dengan ketawa memerhatikan telatah manusia di depan mata. Aku tidak pernah menikmati suasana di Bagan Lalang sebegitu. Biasanya aku cuma memerhatikan dari jauh, di dalam kereta, di tepi jalan. Aku tidak duduk di tepi pantai, aku tidak memerhatikan orang lain. Aku cuma melihat suasana ketika itu. Si kecil sedang menerbangkan layang-layang. Kanak-kanak bermain pasir. Sungguh mempe...

A Great Leader Is...

Kamu boleh bezakan seorang pemimpin itu bagus atau tidak dengan hanya mendengar isi percakapannya. Seorang pemimpin yang bagus akan membuahkan idea dan inspirasi kepada pendengarnya. Manakala seorang pemimpin yang kurang bagus akan berucap perkara yang sama berulang kali tanpa faham apa yang sedang dicakapkan itu. Aku terdetik menulis di sini apabila aku mendengar ucapan seorang pemimpin yang berkata, "... supaya organisasi ini akan terus relevan dalam suasana sekarang dan akan datang." Pertamanya, organisasi yang dimaksudkan ini (pejabat aku sendiri) akan terus relevan kerana terdapatnya undang-undang yang mewajibkan hampir semua dokumen yang dikeluarkan oleh pejabat ini dimiliki oleh semua rakyat di Malaysia. Apa yang tidak relevan mengenai semua itu? Malah, pejabat ini adalah tunjang utama negara kerana di sini terdapat sumber data kependudukan yang paling lengkap dan efisien berbanding organisasi lain. Kerajaan sentiasa perlukan jabatan ini lebih daripada jabatan lain ker...

Bila Hati Sudah Tenang

Bila kita temui apa yang kita mahu lakukan dalam hidup, perbuatan itu akan menjadi lebih mudah daripada terpaksa melakukannya. Bertahun aku di Putrajaya, datang bekerja di awal pagi dan pulang di lewat petang. Tempuhi kesesakan jalan, harungi hujan dan panas dan meluncur laju kereta tanpa melihat apa yang ada di sekeliling. Bila sudah berbasikal dan menikmati keadaan sebenar di Putrajaya, aku tidak ada jawapan kepada persoalan sampai bila aku akan berada di sini. Kalau boleh untuk selama-lamanya. Suatu perubahan kecil dalam hidup boleh menghasilkan transformasi diri yang sungguh besar. Seronok.

Ruang Lapang

Siang tadi sewaktu mahu berbasikal, aku tertinggal iPod Shuffle di laci pejabat. Mulanya aku fikir pasti akan bosan berbasikal tanpa lagu berkumandang di telinga. Separuh jalan, aku tersenyum sendirian. Bunyi alam lebih mengasyikkan. Lalu hari ini, tanpa rasa penat, aku berkayuh jauh dan mendaki bukit di Taman Wawasan. Berhenti di situ dan duduk diam mendengar suara alam; unggas, burung, angin yang bertiup, bunyi hentakan mesin di tapak pembinaan, bunyi enjin kereta dan ekzos motosikal. Semuanya bergabung menjadi irama yang tenang di petang yang sungguh menawan di Putrajaya. Hari ini hari yang sedikit lega. Kerja di pejabat menunjuk progres yang baik. Aku berjaya akhirnya siapkan kulit depan dan layout laporan yang hampir setengah tahun aku berhempas pulas dengannya. Syukur. Seperti yang aku kata dalam post sebelum ini; mungkin kerana si dia yang membantu aku menjadi lebih tenang dan damai. Bila petang, sewaktu berbasikal, hati menjadi begitu lapang dan tenteram. Tidak lagi bergelodak ...

Reka Letak

Sebenarnya kerja menghasilkan laporan tahunan yang aku sedang buat tidaklah sesusah mana. Kalau betul datang idea yang membuak-buak, lima minit boleh siapkan design yang aku cuba hasilkan dalam setengah tahun. Sama seperti cover laporan seperti yang tertera. Puas aku berhempas pulas mencari idea sana sini, mencari ilham dan memaksa diri untuk melakar design yang sesuai. Pagi tadi, selepas lebih kurang sejam, siap satu design yang simple dan elegan. Seperti yang aku idamkan. Mungkin kerana malam tadi aku tenang dan damai bersamanya. Terima kasih buat si dia. Ada beberapa lagi sample cover yang aku akan hasilkan. Kalau beri satu contoh saja, pastinya susah hendak mempertahankannya. Kalau beri lebih, sekurang-kurangnya ada alasan kukuh kenapa design ini lebih bagus dari design lain. Rasanya ramai orang yang membuat design, mereka akan hasilkan design terbaik dulu, kemudian design sampingan, sekadar memenuhi kuota pemilihan nanti. Aku sasarkan konsep 'simple elegant' sebagai motif ...

Satu Rakam, Seribu Kenangan

Masjid Besi using simple HDR Bagi aku fotografi adalah seni. Ada cerita dalam setiap rakaman foto. Ada arah tujuan dan ada maksudnya. Setiap kali aku merakam gambar, itu yang aku fikirkan; kenapa dan apa cerita disebaliknya. Aku tidak akan 'snap' gambar berkali-kali untuk mendapatkan shot yang terbaik kerana bagi aku ianya tidak mencerminkan hasrat asal kita. Lagipun, sewaktu SLR dan kamera kompak biasa masih menggunakan filem, shot berulang kali amat jarang dilakukan. Ianya membazir. Namun dalam era digital ini, kamu boleh rakam 1000 kali gambar yang sama tanpa perlu fikir risiko rugi dan membazir. Seperti Masjid Besi yang aku rakam di atas. Ianya adalah cantuman tiga gambar dengan exposure berlainan yang sengaja dirakam untuk dibina kemudian dengan teknik HDR . Aku tidak perlu risau berapa kali aku perlu ambil gambar yang sama. Kamu pasti pernah ingat bahawa aku sering merakam gambar Masjid Besi dalam pelbagai keadaan cuaca dan sudut. Bagi aku, lebih menarik jika kita berupay...

Alam Memberi Ilham

Syukur dengan hidup yang sedang aku lalui. Semakin damai rasanya dan semakin bermakna. Tidak perlu minta lebih dari ini daripadaNya. Sebaliknya meletakkan penghargaan dan kesyukuran yang tidak terhingga, kerana dalam keadaan aku yang terlalu jauh dariNya, hidup ini sentiasa diberkati dan dirahmati. Cuma tinggal aku untuk cuba dan berusaha menjadi kembali dekat dengan Yang Maha Esa. Moga dipermudahkan jalannya. Aku juga mempunyai insan yang mampu membuat aku tersenyum gembira sepanjang masa. Setiap waktu walau hanya mendengar suaranya di telefon, sudah cukup menyenangkan hati ini. Apa lagi yang aku mahukan selain daripada itu? Ianya pemberian hidup yang tidak ternilai dan aku perlu jaga dan hargainya sebaik mungkin. Mungkin kerana aku sekarang sudah lama berdamai dengan hidup aku sendiri. Aku tidak mendesak diri untuk menjadi orang lain atau berpura-pura untuk hidup cara hidup orang lain. Apa yang aku lakukan, aku lakukan dengan cara sendiri dan ianya sungguh menyenangkan hati. Setiap p...

1Malaysia International Dragon Boat Festival 2010

 Petang tadi aku sempat melihat persiapan terakhir yang sedang dilakukan sempena Festival Bot Naga Antarabangsa 1Malaysia tahun 2010 di Putrajaya. Ini merupakan tahun kedua ianya diadakan. Dulu festival ini dikenali sebagai Festival Bot Naga Antarabangsa Putrajaya. Sekarang sudah jadi trend, apa saja kegiatan, mesti melibatan gagasan 1Malaysia. Apa saja...  Bot-bot perlumbaan dilabuhkan di jeti kompleks sukan air Putrajaya. Bot yang berwarna-warni ini nampak tirus dengan kepala naga di hadapan, simbolik ianya sebuah perahu naga. Aku sempat melintasi khemah peserta dan aku dapati ada peserta antarabangsa yang datang dari United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan Australia. Jadi bermula awal pagi esok, 18 Jun 2010 kira-kira jam 9.00 pagi, festival ini akan berlangsung hingga 20hb Jun 2010. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan pertandingan bot naga ini. Harapan aku, biar festival bot naga ini menjadi sepopular festival bot naga di Hong Kong. Jangan buat sekerat jala...

Ringkas - Putrajaya

Lama tidak bercerita mengenai apa yang berlaku di Putrajaya. Kerja-kerja pembinaan bangunan di sebelah pejabat sedang rancak berlaku. Nampaknya mereka sudah mula mengorek ruang 'basement' dan membuat cerucuk utama. Aku jangka, dalam masa beberapa bulan lagi, kerja membina bangunan sendiri akan bermula. Siap nanti, ia bakal menghalang permandangan aku ke arah selatan Putrajaya. Sewaktu aku berbasikal semalam, aku sempat merakam dua lokasi aktiviti yang akan berlangsung di Putrajaya dalam jangka masa terdekat. Pertamanya, Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Putrajaya akan bermula dari 18 hingga 20 Jun di Kompleks Sukan Air Putrajaya di Presint 6, berhampiran Hotel Pullman. Persediaan sedang rancak dijalankan. Jadi kalau ada kelapangan waktu di hujung minggu nanti, datanglah ke Putrajaya untuk melihat perlumbaan perahu naga. Seterusnya, pada bulan hadapan iaitu dari 10 hingga 18 Julai, akan berlangsung Floria atau Pesta Flora Putrajaya yang semakin lama semakin popular. Tahun lepas...

Nota

Setelah berbual bicara, aku setuju aku tidak akan tulis mengenai dirinya di sini lagi. :-) Katanya, biarlah antara aku dan dia menjadi hal peribadi, dan aku setuju. Aku tidak perlu ceritakan kepada semua orang mengenainya. Aku mahu laluinya dengan lebih damai, InshaAllah. Rugilah kamu tidak lagi dapat mengetahui cerita seterusnya nanti. Jangan marah.

Top Deer

Dammit! Inilah yang terjadi bila Hyundai menghasilkan iklan SUV Hyundai Tuscon baru mereka berdasarkan siri TV automotif paling popular di dunia, Top Gear. James May a.k.a Captain Slow digambarkan sebagai seekor kura-kura. Richard Hammond digambarkan sebagai seekor hamster, sesuai dengan gelarannya dalam siri Top Gear sendiri. Manakala Jeremy Clarkson pula digambarkan sebagai seekor Rusa (Elk rasanya) yang gaya cakapnya hampir sama dengan watak asal di Top Gear. Sungguh menghiburkan, walaupun aku tidak minat dengan Hyundai Tuscon.

Bahasa Hati - 2

Sebenarnya aku tidak puas kalau sekadar berbual di telefon. Aku mahu dia berada di depan mata, biar asyik memandangnya dan mendengar suaranya. Namun dia tidak benarkan aku menyusahkan diri untuk datang setiap masa di sana. Walaupun hakikatnya, aku tidak peduli semua itu. Kemudian aku teringatkan suatu sifat ramai lelaki. Lelaki, bila ingin mendapatkan sesuatu, terutama si pujaan hatinya, sanggup melakukan apa saja. Sanggup bersusah payah demi untuk memenangi hati si dia. Malah, ada yang selama ini kita tahu mereka tidak akan buat perkara-perkara sebegitu, mereka lakukan. Demi kerana si pujaan hati. Namun bila si lelaki sudah memiliki si dia pujaan hati, tahap usaha dan tekadnya berkurangan, malah ada yang berhenti semuanya. Mana hilang sifat berkorban apa saja suatu ketika dulu? Aku fikirkan diri aku sendiri, bagaimana aku akan lalui dan apa tindakan aku. Lalu berkata kepadanya, aku tidak berani berkata bahawa aku tidak akan melakukan perkara sebegitu. Aku akan cuba untuk tidak melakuk...

Dia

Bahasa Hati - 1

Dia berat hati hendak benarkan aku menjemputnya awal pagi tadi di Bukit Jalil. Lalu disuruhnya aku kembali tidur dan biarkan saja dia pulang ke rumah dengan pengangkutan awam. Aku beritahunya bahawa aku sudah hampir tiba di Bukit Jalil dan aku akan tunggu hingga dia tiba di situ. Awal jam enam pagi, dia tiba. Dari jauh aku lihat wajahnya yang manis tetapi sedikit bermasam muka. Marahkan tindakan aku, mungkin. Sepanjang perjalanan menghantarnya pulang, dia mendiamkan diri. Aku cuba sekali sekala untuk menghiburkan dirinya. Tiba di rumahnya, sebelum keluar, dia memberitahu bahawa dia tidak suka tindakan aku datang awal menjemputnya pulang dari kampung. Aku cuma tersenyum dan menjelirkan lidah. Ada dua persepsi; sama ada dia betul-betul tidak suka atau dia tidak mahu menyusahkan aku. Aku memilih persepsi kedua. Aku tahu dia membaca blog ini (mungkin) dan pasti juga akan membaca tulisan ini. Aku bukan mahu mendedahkan kepada dunia apa yang berlaku atau mencari salah siapa. Aku cuma mah...

The A-Team

Petang tadi aku menonton filem The A-Team. Menonton seorang diri sekarang memang agak membosankan. Filem ini diangkat daripada siri TV popular era 80an dengan tajuk yang sama. Aku sempat menonton siri TV tersebut dan ianya sentiasa menarik kerana adegannya agak 'kekartunan' berbanding siri TV lain. Watak paling popular sudah semestinya B.A Baracus lakonan Mr. T. Filem The A-Team memapar keseluruhan gaya yang agak berbeza berbanding siri TV. Ianya lebih kasar, ganas dan 'berdarah' tetapi legasi komikal siri TV asal tidak ditinggalkan. Aku tidak banyak mahu membincangkan jalan ceritanya. Ianya 'straight-to-the-point' tanpa membelit-belit memeningkan kepala penonton. Filem ini mementingkan aksi dan sepanjang masa, aksi-aksi menarik ditonjolkan. Turut mengikut tradisi siri TV, filem The A-Team penuh dengan jenaka yang menghiburkan. Malah, kamu turut mahu bersimpati dengan watak antagonis yang walaupun bijak, banyak melakukan perkara bodoh. Secara keseluruhan, ianya ...

Karate Kid

Khamis tempohari aku menonton Karate Kid bersama seseorang. Pertama kali bertemu dirasakan begitu mesra. Tidak sangka dia juga mempunyai minat yang sama dengan aku, menonton filem di pawagam. Lebih mudah selepas ini. Okay, berbalik dengan Karate Kid. Filem ini adalah 'remake' filem asal yang bertajuk sama. Filem 1984 yang mengisahkan bagaimana seorang remaja dibuli oleh sekumpulan remaja lain, cuba memperbetulkan keadaan dengan mempelajari seni bela diri, Karate. Filem asal mempopularkan seni bela diri karate dan juga memperkenalkan dengan "Crane Kick" yang sentiasa ditiru oleh ramai orang hingga kini. Filem versi 2010 pula membawa penonton ke negara China, lokasi peristiwa dengan jalan cerita yang sama. Bila berada di negara China, maka seni bela dirinya pastilah bukan karate, tetapi Kung Fu. Filem ini keluaran syarikat penerbitan milik Will Smith, pelakon popular Hollywood. Maka tidak hairan kalau watak utama, Dre dilakonkan oleh Jaden Smith, anak Will Smith sendiri...

Sepuluh

Aku sukakan saat bila kamu aku kenali, seperti mataku ini kembali dibuka. Aku sukakan saat bila kamu membuat aku tersenyum dengan hanya sepatah kata darimu. Aku sukakan saat bila kamu membuat aku ketawa dengan jenaka yang tanpa diduga. Aku sukakan saat bila kamu bertanyakan khabarku, kerana itu tidak pernah berlaku sejak dulu. Aku sukakan saat bila kamu menceritakan hidupmu seperti aku sudah mengenalimu sejak sekian lama. Aku sukakan saat bila kamu memandangku disisimu yang membuat aku menunggu untuk dirimu ucapkan sesuatu. Aku sukakan saat bila kamu bersuara di sebalik corong suara di telefonku, seperti tiada bunyi lain di dunia ini seindahnya. Aku sukakan saat bila kamu luahkan manjamu dalam setiap bicara denganku tanpa aku sedari ianya sedang berlaku. Aku sukakan saat bila kamu hadir dalam mimpiku, seperti ruang kosong alam ini hanya terisi susuk dirimu di mana-mana. Aku sukakan saat bila kamu disisiku, tiada lebih dari itu, aku mahukan ianya sentiasa berlaku.

Piala Dunia FIFA 2010 - Afrika Selatan Bermula!

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 akan bermula dalam masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari sekarang. Kejohan edisi ke-19 ini akan diadakan di Afrika Selatan, pertama kali kejohanan bola sepak terbesar di dunia datang ke benua Afrika. Seperti biasa, aku sebagaimana manusia lain di dunia ini yang meminati bola sepak, akan turut bersengkang mata dan berjaga di malam buta untuk menonton perlawanan terutama pasukan kegemaran. Anehnya tahun ini, aku tidak ada pilihan pasukan kegemaran. Kalau empat tahun lalu di Jerman, pasukan pilihan kau adalah Brazil, sekarang di Afrika Selatan, aku cuma mahu menonton dan menyaksikan kehebatan pemain terhandal di dunia beraksi. Aku mengikuti bola sepak Piala Dunia FIFA ini sejak tahun 1982, ketika ianya diadakan di Sepanyol. Aku tidak ingat perlawanan lain dalam kejohanan tersebut kecuali perlawanan akhir. Melihat kelibat Paolo Rossi menjadi wira Itali muncul sebagai juara. Pada tahun 1986, ketika ianya diadakan di Mexico, aku sudah mula mengikuti...

Sehari Siang Semalam

Berubah Semalam semasa di kedai runcit bangunan pejabat sebelah, aku mencari gula-gula untuk menghilangkan rasa mengantuk. Sesudah beli aku terlihat seseorang sedang makan airkrim di sebalik barangan di kedai runcit tersebut. Seorang perempuan. Aku jenguk melihat siapa dia yang penuh asyik menyuap aiskrim (cup) dan duduk bersilang kaki, berbaju kurung. Rupanya dia adalah ketua juruteknik bangunan. Ya, memang ketua juruteknik bangunan di pejabat adalah seorang perempuan dan suatu ketika dulu dia adalah seorang yang seperti tomboy dengan baju juruteknik, seluar jeans faded dan berkasut Converse All Star. Pernah juga jumpa di luar dengan sebatang rokok di jari. Rupa masih seorang perempuan tetapi lagak seperti lelaki. Mungkin kerana anak buahnya semua lelaki. Setelah berkahwin dengan seorang pegawai di pejabat, aku sedar dan nampak dia sedang berubah. Sudah rajin berbaju kurung, make-up di muka dan aksesori di badan dan kepala. Nampak seperti perempuan yang sebenarnya. Kamu dapat rasakan ...

Pintu Baru Di Penghujung Liku

Maaf jika aku tidak berlaku jujur kepada kamu semua. Maaf juga jika aku tidak berterus terang. Aku sedang lalui suatu episod dalam hidup ini yang aku cari selama ini. Aku mahu laluinya dengan tenang dan yakin. Mungkin ada yang berasa sukar hendak menerima kenyataan ini tetapi fahamilah, inilah yang aku cari selama ini dan aku sudah menemuinya. Aku sedang berusaha untuk jadikannya suatu kenyataan dan bersama dengan tindakbalas yang aku terima, inshaAllah semoga perjalanan ini dipermudahkan olehNya. Jangan ada api antara kita, ya. Aku tetap berdiri di sini, sedia berada di sisi kamu selagi perlu dan selagi mengizinkan. Kamu tahu, aku sedang gembira dan bersyukur. Aku mahu kamu sama merasainya.

Elixir

Tanjung Tuan, Senja 2008 Tolong! Aku rindukan pantai dan senja yang indah. Sudah lama aku tidak menyaksikannya. Aku mahu menyusuri gigi air di tepi pantai sambil menguis pasir, mencari kulit siput yang cantik. Air adalah elixir aku. Penyembuh dari rasa duka dan sedih. Sebab itu jugalah aku begitu selesa berbasikal di tepi tasik Putrajaya. Sekali-sekala di atas basikal, aku akan cuba kayuh rapat dengan tebing, sengaja mahu melihat riak air dan biasannya. Mari pergi bersama aku. Kita duduk dan menanti senja. Kita berjalan dan biarkan ombak mengusik jari-jemari di hujung kaki. Kita terbangkan khayal kita sejauh mungkin. Ayuh!

Apple iPhone 4

Apple iPhone 4 sudah keluar! Buat masa ini harga di pasaran Amerika Syarikat adalah sekitar USD199 - USD299, mengikut kapasiti memori. Lebih kurang RM1100 untuk model paling mahal. Entah kenapa bila sampai di Malaysia, harga menjadi sekali ganda lebih mahal dek kerana pakej tidak masuk akal oleh Maxis dan DiGi. Antara ciri-ciri menarik yang ada di telefon terbaru keluaran Apple Inc. ini adalah Skrin resolusi tinggi (Retina display) 960x640 piksel. Sangat tinggi untuk sebuah telefon bimbit. Gambar lebih jelas, seperti kamu menonton skrin komputer atau televisyen HD. Badan telefon diperbuat daripada besi khas. Biasanya telefon diperbuat daripada plastik sebagai kerangka badan. Besi dilihat lebih kukuh. Malah, skrin utama juga menggunakan kaca! Prosesor Apple A4 digunakan sebagai enjin utama, sama dengan Apple iPad. Teknologi FaceTime untuk membuat panggilan video dengan lebih cool dan mudah. Multitasking - Apple iPhone terdahulu tidak boleh melakukan multitasking. Apple iPhone 4 telah m...

Melangkah Lebih Jauh

Mungkin, lebih senang jadi kanak-kanak yang tidak perlu fikir mengenai hati orang lain. Tidak perlu gusar mengenai hati siapa yang terluka dengan kata-kata kita dan hati siapa juga yang kita kecewakan. Menjadi dewasa, kita memikul tanggungjawab dan segala emosi yang tersimpan selama ini menjadi senjata dan alat untuk berkomunikasi dengan manusia lain. Kita, dalam setiap niat, pasti mahu berlaku baik terhadap sesiapa saja di sekeliling kita. Sentiasa mahu menyenangkan hati orang lain dengan harapan orang lain juga akan melakukan perkara yang sama dengan kita. Maka timbul istilah 'bertimbang rasa' dan 'give and take'. Kita cuba berdiplomasi mengenai emosi dan hati masing-masing dengan orang lain. Kanak-kanak tidak perlu lakukan itu. Kanak-kanak akan menangis dengan mudah. Kanak-kanak tidak perlu malu kerana mereka tidak memahaminya. Kanak-kanak dalam setiap kejadian adalah manusia yang mengecap gembira dalam setiap hembusan nafasnnya. Mungkin kerana aku semakin sering mem...

Jurufoto Perkahwinan

Bila aku di majlis perkahwinan dengan kamera di tangan, kadang-kadang ada rakan yang bertanya kenapa aku tidak buat perniagaan fotografi perkahwinan. Semua orang tahu ianya suatu bisnes yang sangat menguntungkan dan pasaran sangat besar. Ada beberapa alasan yang sering aku berikan: Aku tidak ada peralatan lengkap untuk fotografi. Aku tidak ada flash gun yang wajib ada untuk aktviti fotografi perkahwinan. Aku tidak faham dengan orang yang tidak guna flash gun semasa merakam gambar 'delicate' sebegini. Hanya jurufoto profesional saja yang mampu melakukannya dan mereka tetap akan guna flash gun. Aku juga tidak ada lensa yang perlu seperti wide-angle 11-22mm yang perlu untuk shot semasa bersanding dan juga zoom lense yang sesuai ketika outdoor shot. Orang akan kata, buat permulaan kita tidak perlu semua itu. Basic sudah cukup. Tapi aku rasa banyak shooting angle yang kita bazirkan akibat daripada ketiadaan peralatan ini. Aku masih kurang kemahiran dalam fotografi potret manusia. Ak...

Bawah Jambatan, Penjuru Masjid & Menanti Senja Berlabuh

Bawah Jambatan Penjuru Masjid Menanti Senja Berlabuh Tidak ada apa yang aku perlukan lagi untuk sentiasa berasa tenang dan damai. Tuhan sudah berikan segalanya. Terima kasih.

Kolam Teratai

Ada sebuah kolam teratai yang terletak di Taman Wawasan, Putrajaya. Kolam teratai ini sepanjang lebih kurang 200 meter di tepi laluan aku sering berbasikal. Semalam aku berhenti untuk merakam suasananya dengan lebih dekat. Rugilah kalau kamu tidak pernah ke Putrajaya.