Tak payah cari, tiada fotografi terbaru. Siang tadi Isnin. Orang sibuk hari Isnin. Tunggu hujung minggu. Aku terfikir hendak merakam gambar flamingo di tasik Putrajaya. Kalau dapat dan kalau ada masa. Malam, balik dari pejabat aku terus ke McDonald's. Itu saja yang boleh aku pergi dengan mudah. Beli makanan, baki duit dalam poket cuma RM2. Itu kerana sebelum ke McD, aku isi minyak kereta. Kalau tidak bolehlah aku beritahu aku ada berpuluh ringgit dalam poket. Jadi, biar sajalah baki RM2. Itu pun dalam hati masih menghasut suruh habiskan dengan membeli pie apple. Aku tidak mahu. Lalu aku duduk makan sambil membaca majalah TopGear keluaran bulan Mac (yang keluar lewat Februari). Baru nak baca. Minggu lepas aku sudah beli keluaran bulan April, masih belum baca. Sambil melakukan dua perkara itu, aku juga membalas mesej seorang sahabat, yang kemudiannya sudi datang untuk turut sama makan. Lalu kami duduk makan dan berbual hingga jam 10 malam. Mungkin lebih sikit. Sahabat baru aku ini be...