Aku yang menunggu, seperti seribu tahun lamanya. Lima hari dia menyepi tanpa berita. Sejauh mana semua ini sedang berlangsung, tidak sejauh hingga aku mengetahui segalanya. Baru setakat itu; mengenali diri dan menghargai antara satu sama lain. Aku seperti berputus asa. Maka, sehari-hari sepanjang masa itu, aku tidur lama semahu aku dan aku tidak tidur langsung, semahu aku juga. Akibatnya masa menjadi keliru dan sekurang-kurangnya dia dapat aku ketepikan sementara. Kemudian, telefon berbunyi. "Awak, apa khabar?" "Baik saja. Sihat?" "Tak sangat. Awak, saya minta maaf tak balas mesej awak." "Tak mengapa." "Saya kurang sihat la, wak. Kepala asyik rasa pening bila berbaring." "Tekanan darah, mungkin. Baik awak pergi jumpa doktor." "Tekanan darah? Darah saya okay je awak." "Mana la nak tau. Mungkin bukan darah tinggi. Mungkin low blood." "Ye ke awak? Kalau macam tu saya pergi la nanti." "Ye, pergi....